Thursday, 14 February 2013

:(

Dear arissa,

Mama minta maaf.
Mama rasa failed sangat-sangat.
Kesian awak sayang.
Mama dah try, pam dari pagi tadi..sampai sekarang mama taip ni..mama cuma dapat 2.5 oz saja.
Sedangkan mama perlu 6 oz untuk awak minum petang ni.

Semalam mama kena hantar ebm untuk awak time lunch.
Hari ni mama nak hantar lagi tapi macam mana nak hantar...benda tak cukup?
Mama minta maaf.
Mama nak sangat beri yang terbaik untuk anak mama, tapi maafkan mama ya..

Im not a good example for you.. :(
Macam mana mama nak ajar awak supaya bf anak awak sepenuhnya nanti bila mama pun gagal? :'(
Macam mana mama nak cakap kat awak jangan mudah give up bila mama sendiri pun give up? :'(


Mama terpaksa campur susu awak.
Doakan mama dapat pam banyak pasni supaya awak tak payah minum fm lagi.

Bila awak dah besar, bila awak baca ni, mama nak cakap..

Jangan salahkan papa ya..papa dah usaha macam-macam..dah beli macam-macam supaya susu mama banyak tapi mama tertekan sayang......bila tertekan,susu pun tak keluar..  :(

Mama nak pegi beli fm untuk awak ni..
Mama harap dan doa sangat perut awak dapat terima.
Kalau awak sakit pasni, mama takkan maafkan diri mama.

I love you babygirl.