Saturday, 2 February 2013

Sehari jadi mr mama

Erk,mr mama lah sangat!

Rabu lepas,mil i pegi klinik,untuk check up. I ingat nak bawa je rissa gi ofis kejap sementara tunggu mil balik. Tak pun,ambik cuti. Kebetulan suami memang tengah off day. Jadi mil kata,bagi jela papanya jaga.

Suami tak pernah berduaan dengan rissa. Tapi dia selalu la pegang,tidokan dan main dengan rissa. Adakah i risau? Takdela. I cukup percaya yang dia pandai jaga cuma sebagai mak,adalah rasa nervous sikit-sikit.

Pukul 8 pagi,sms pertama masuk.

Dia dah bangun.Nak bagi susu ke?
Iye..

40 minit kemudian.

Dah habis. Jadi nak buat apa sekarang?

Hehe. Comel! Apapun,hari tu berjalan dengan lancar. Rissa memang behave sangat. Yela,dia kan suka sangat kat papa dia berbanding i..Suami cakap rissa langsung takde nangis atau merengek. Ok fine!

Anak papa la konon. Sedih mama tau.


posted from Bloggeroid