Tuesday, 5 February 2013

4 bulan sudah berlalu

Hai.



Esok rissa genap 4 bulan. Dia dah selamat dibotakkan..nak share sikit tentang rissa setakat ni.

- dia dah pandai meniarap.leher dah boleh tegak masa meniarap tapi dia tak nak meniarap.masa baring,dia terlentang gitu aje.nak tunggu dia meniarap cam tunggu bulan jatuh ke riba. =.=

- pandai takut kalau kena tinggal sorang.menjerit-jerit dia nangis.

- pandai pegang barang.

- dah reti bebel.sampai muncung mulut tu kalau nak cakap.geram tengok!

Itu je yang i ingat. Setakat ni,rissa masih menyusu badan sepenuhnya. Syukur. Bf ni ialah benda paling susah yang i pernah buat. I takde stok. Maka i memang struggling setiap hari. Dah sebulan i keja dan dah sebulan jugalah i kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

Kenapa menyusahkan diri?
Tak menyusahkan pun. It comes naturally. I percaya pada rezeki masing-masing.

Dah nak masuk 4 bulan,jadi i kena sediakan bahan untuk solid food rissa. Again,i tak rasa niat i untuk pastikan rissa makan dari air tangan i tiap ari adalah mudah tapi doakan i ye..

Oh ya,mil suruh beli walker tapi i tak rasa nak beli pun. I tak nak rissa ke sana sini guna walker berjam-jam sebab bukan i yang jaga. Kalau nak jalan,usaha sendiri ye anakku. Ini untuk kebaikan awak juga..
posted from Bloggeroid