Saturday, 29 September 2012

Puding Roti Karamel

*scheduled entry*

Tengok kat tengah tu macam failed kan? Tapi kat tepinya sedap tau.. (kes masuk bakul angkat sendiri)
 Hai.

I ni bukan seorang yang terer memasak walaupun i kira kawin awal. 22 tahun tu awal kan?
Nak buat jemput-jemput pun kena rujuk google.  =.=
Tapi dah kawin dekat 2 tahun ni, bolehlah i masak sikit-sikit.
So, hari tu..i google resipi, dan terjumpa resepi puding roti karamel ni. I share resepi dulu :

Bahan-bahan

Roti gardenia 4 keping
Susu segar 1 kotak (250 ml)
Susu pekat 2 sudu besar
Gula pasir 2 sudu besar
Telur ayam 3 biji

Cara-cara

Carikkan roti kecil-kecil. Masukkan dalam blender.
Tuang susu segar dan susu pekat dalam blender tadi. Biarkan.
Panaskan gula dalam kuali non stick. Bila gula dah agak-agak cair, masukkan dalam 2 sudu besar air.
Bila gula dah jadi karamel, tuang karamel tu dalam loyang. Biarkan.
Pecahkan telur dan pukul telur hingga sebati. I pukul telur guna sudu jer.
Tuang telur dalam blender yang berisi roti dan susu tadi. Blend hingga semuanya hancur.
Bila dah sudah, tuang ramuan tadi ke dalam loyang berisi karamel.
Kukus selama 35-40 minit. I kukus guna microwave.

Lepas semuanya siap, simpan puding dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk barulah sedap! :)


p/s : Masa i first time buat ni, i kukus selama 20 minit jer. Akibatnya puding i tak masak kat tengah. Masak kat tepi sahaja. Bengang betul. Tapi takpe. Next time, pastikan kukus lama sikit.




Thursday, 27 September 2012

Bengang!!!

Gambar fresh dari oven.  :)

I sangat tak puas hati!

Due date i adalah pada 27 September 2012, ikut tarikh scan.
So, i apply cuti bersalin mulai 27 September dan ianya telah diluluskan.
Tapi start 18 September aritu, i guna cuti rehat i..

Tadi, kawan i sms i..bagitau kalau i tak bersalin hari ini, atau malam ini..i kena ambil MC atau i kena ambil cuti rehat sehinggalah i bersalin sebab cuti bersalin dikira dari tarikh kita bersalin, bukan tarikh kita dijangka bersalin.
Heiiii..geramnya aku! Ok, salah i juga tak baca pekeliling tu betul-betul.
Manalah i tahu yang i akan overdue?
Lagipun semua orang yang i kenal, semuanya lahirkan baby sebelum due date.. =.=

Bayangkan i tak bersalin sampai next week, maknanya cuti rehat i akan ditolak seminggu? Hadoi!

Dahlah i confuse dengan cuti sakit. Setahu i, kalau cuti sakit swasta, tak boleh lebih 14 hari dalam setahun kan? I rasa i dah banyak ambil mc swasta sepanjang pregnant ni. Padan muka aku. Pegi klinik jer pun ngegada nak MC.Kalau cuti sakit gomen, tak silap i 180 hari. Kan? Masalahnya, nak ke doktor KK tu bagi i mc sedangkan i sihat walafiat?

Bukan salah sesiapa pun. Dah memang pekeliling tu camtu, i nak buat apa..dah memang baby belum nak keluar, i nak buat apa?

Sabar jelah...


Wednesday, 26 September 2012

Nak bersalin cepat punya pasal

 *scheduled entry*




Hai.

I tahu Tuhan dah tetapkan apa yang terbaik untuk kita tapi tak salah kalau kita berusaha kan?
Maka i pun sibuk google cara nak cepatkan bersalin..selain daripada induce.
Tanya kengkawan kat Facebook, sms kengkawan, call mami dan nenek i..

Antara nasihat-nasihat yang i dengar dan baca :


Minum ais krim soda
So, i dengan gigihnya cari ais krim soda yang botol kecik tu dan minum. Pas minum, memang i terus sakit perut. Bukan sakit perut nak bersalin, tapi nak membuang..  =.='

Makan nanas
I cuba jerlah sebab kebetulan teringin nak makan nanas. Lepas makan, i cirit-birit jugak. =.='

Banyakkan berjalan
I memang banyak berjalan tapi kat shopping mall. Tiapkali berjalan, tiapkali jugak duit i abis. Nampak aiskrim, nak makan. Nampak EachACup, nak minum. Nampak diapers baby, sibuk nak beli sedangkan baby tak kuar lagi. Nasib suami tak bagi beli.. =.='

Bersenam
I ada jugak menari Gangnam style. Huhu. Yelah, dah duduk kat rumah takde keja. Adakah itu dipanggil satu senaman? Kawan i siap cakap, orang biasa meroyan lepas bersalin, i ni meroyan SEBELUM bersalin..  =.='

Bersama suami
Suami tak nak ambil risiko sebab i tengah tunggu hari. Takkan i nak paksa pulak? Hahaha..

Makan bendi
Takde hasil.

Makan kari.
Cirit-birit.

Minum coke.
I selalu minum coke masa pregnant. Huhu. I tahu benda tu tak baik. Jadi, minum coke untuk cepatkan bersalin langsung tak berkesan untuk i.

Minum kopi panas.
Dahla i memang tak minum kopi. Tapi i minum jugak kopi mekdi tu. Akibatnya, baby berjaga sampai 1 pagi. Tendang sana sini. I yang tak boleh tidur dibuatnya.  =.=

Last-last, i malas nak try apa-apa dah. Cuma dapat pujuk baby dan berdoa agar semuanya selamat dan dipermudahkan. Amin..

Saturday, 22 September 2012

Coretan buat anak mama dan papa



Dear anak mama dan papa,


Mama rasa inilah last mama update kat blog ni sampai mama bersalin.
So, last entri ni biarlah untuk baby..nanti bila baby dah besar, mama tunjuk blog..baby boleh baca ye..

Kelmarin, mama,papa dan nenek pegi check up baby di Columbia.
Doktor Rajesh cakap, berat baby dah 3.3 kg. Eh, mama ingatkan berat baby dalam 2.8 kg gitu jer..
Papa pun cakap..perut mama kecik jer, kenapa baby cam berat pulak?
Tapi tak kisahlah berat ke ringan,asalkan baby sihat.
Air ketuban mama 12.5, which is good. Tali pusat pun ok..Tumbesaran baby pun ok.
Syukurlah.

Yang buat mama risau sikit, doktor kata kepala baby belum engaged.
Jadi doktor kata, since baby belum engaged,mungkin u bersalin sakit sikit..
Sakit sikit???? Nak ambil hati mama lah tu. Mesti sakit banyak.  =.='

Pastu, mama tengok kat screen scanner tu, EDD baby kalau ikut tumbesaran ialah 23.9.2012.
Esok?? Baby nak keluar esok ke?
Ok, mama kena makan banyak-banyak.

Nanny (nanti baby panggil nenek sebelah mama tu nanny ye) cakap better mama bersalin kat swasta.
Sebab mama tak tahan sakit.
Nanny risaukan mama.
Mama pun risaukan diri sendiri.

TAPI....

Since baby belum engaged lagi, mama tak nak ambil risiko.
Sebab mama ada baca..kalau baby tak nak engaged jugak sampai masa nak keluar tu, baby kena keluar ikut tingkap. Kalau kat swasta kena czer, terbanglah semua duit mama dan papa nanti.
Mama selalu pujuk baby, engaged la sayang....
Mama takut kalau kena operate, nanti papa tak dapat teman kita.
Mama doa sangat biarlah bersalin normal..nanti papa boleh tengok baby keluar..  :)

Baby, bila baby nak keluar?
Tiap hari orang tanya mama..ada rasa sakit tak? Baby dah keluar tak?
Mama bukan tak larat atau tak sanggup tapi mama teruja sangat nak pegang baby..nak tengok baby..
Tapi kalau baby nak tunggu jugak, tunggu sampai 6 Oktober ye..sebab 5 Oktober ada Baby Expo kat JB ni. Bolehlah kita pergi shopping.. Huhuhu..

Tuhan..lindungilah anak kami..
Kurniakanlah kami anak yang sihat sempurna dan baik akhlaknya..
Lindungilah aku ketika melahirkan dia agar aku dapat menjaganya..
Amin..


Wednesday, 19 September 2012

Update 38 minggu!

Hai.

Tadi i pergi check up di KK. Ditemani MIL uolsss.. Sebelum ni, kalau i check up di KK,memang sorang jer..ni ada peneman pulak. Mummy boring sorang-sorang kat rumah, so dia nak teman i. Takut i terberanak tengah jalan lettew..hehe..

Result check up ialah berat i turun 2 kg!!! Eh, biar betul. Sampai nurse suruh i timbang berat 3 kali ok. Nak pastikan yang berat i betul-betul 80kg. Macam mana boleh turun sedangkan i asyik makan jer pagi petang siang malam?Pastu doktor cek perut. Dia tulis kat buku merah, estimated berat baby adalah 2.5-3.00 kg. Sentuh perut je boleh tahu berat. Hebat betul doktor ni. Next week kena pegi check up lagi. Adoiiii...malasnya!!!

Lepas tu i call mami i. Dia cakap kalau berat turun, tanda nak bersalin la tu. Ye ke? Meh i listkan tanda nak bersalin yang orang cakap kat i..

Berat turun mendadak - done!
Kaki surut dari bengkak - done!
Perut jatuh - done!
Asyik nak kencing - done!
Perut memulas tapi bila gi toilet, takde apa - done!
Selalu buang air besar - done!
Hidung jadi pink/kembang - skin tone i memang yellowish, takde pink-pink ni.. Kembang pun takde rasanya
Keluar lendir macam gam - erm..tak pasti..
Keluar darah+lendir - belum lagi.confirm!
Pecah air ketuban - kalau ni jadi, sah-sahlah i tak update blog..haha..

Makin dekat dengan due date, i makin nervous. Tiap malam sebelum tidur, i mesti risau..camnalah kalau nanti tengah-tengah malam i tetiba nak bersalin? Dahlah kaki i asyik cramp jer, lagi-lagi kalau i berdiri lama. Lepas Syima suggest i sapu minyak Yu Yee sebelum tido tiap malam, memang cramp tu dah takde lagi. Nasiblah.

Tiap ari pesan kat baby..

Baby, kalau baby nak keluar..cakap kat mama tau..nanti takdelah mama terkejut.

Tuesday, 18 September 2012

Melawan Cakap Orang Tua



ENTRI INI BUKAN NAK MENGUTUK SESIAPA!!!

Bila berdepan dengan orang-orang tua yang kita kena hormat dan tak boleh nak bangkang ikut suka hati kita.Cara nak didik dia mengenai sesuatu yang kita rasa betul tu memang mencabar atas alasan dia lagi dulu makan garam (walaupun kita lagi dulu makan sushi,starbucks,cheesy wedges dari mereka.diaorang tu setakat garam jer, apa kelas?? apa benda aku taip ni? ). Yelah, kita risau mengguris hati dia kan? So, sebagai permulaan..i terpaksa bagi mitos-mitos mengarut..

Bila orang tua kata.. anak aku dulu masa umur 2-3 bulan dah bagi nestum.
Dalam hati nak cakap..itu anak awak.bukan anak saya.
Mulut I cakap..eh,doktor kata perut baby belum berfungsi sepenuhnya kalau belum 6 bulan. ada kes baby sampai masuk icu sebab mak dia bagi nestum. belum lagi kes baby mati tersedak..

Bila orang tua kata.. baby baru lahir mesti tidur je supaya cepat besar.
Dalam hati nak cakap..saya tahu baby perlukan tidur dalam dalam 18 jam tapi bukan 24 jam!
Mulut I cakap..doktor kata baby kena dibangunkan setiap 2-3 jam untuk menyusu.kalau tak,nanti baby kena kuning. doktor tak pernah cakap gini.aku jer yang cakap untuk tutup mulut orang

Bila orang tua kata.. mesti jemur baby untuk elak kuning.
Dalam hati nak cakap..kita tinggal di bandar ok,bukan kampung.tiada apa yang sihat pasal cahaya/udara kat bandar ni.
Mulut I cakap..cahaya sekarang tak macam dulu.tengok, kita keluar sekejap pun dah kena sunburn..

Selain tu, I menentang keras amalan orang tua yang kalau baby kuning, kena bagi air anggur/makanan lain.Lepas tu, katakanlah baby sembuh, mesti diaorang akan cakap..ni sebab bagi air anggur lah ni. Sedangkan dalam waktu yang sama, baby tu ditahan di hospital. Siap letak dalam inkubator. Abis inkubator tu takde fungsi ye?

Bila orang tua kata.. dah bersalin nanti, tak boleh mandi untuk 3 minggu.
Dalam hati nak cakap..GILA!!
Mulut I cakap..nanti penyakit kulit saya datang balik. nasib baik aku memang ada penyakit kulit.

Bila orang tua kata..anak aku dulu mandi guna sabun Palmolive je.
Dalam hati nak cakap..aku pun tak pernah guna sabun tu, takkan nak bagi baby pakai?
 Mulut I cakap..produk sekarang ni dah tak macam dulu.diaorang banyak tukar macam-macam.takut nanti kulit baby alergik..kesian dia..

Bila orang tua kata..baby yang gemuk adalah baby yang sihat.
Dalam hati nak cakap..tak semua baby yang gemuk tu sihat ok!!!!dan tak semestinya baby kurus tu sakit.
 Mulut I cakap..saya dulu masa kecik sampai sekarang  memang gemuk sangat.akibatnya saya ada asma.nasib dah besar ni saya takde asma lagi.tapi doktor cakap asma ni menyebabkan saya ada ekzema (sambil tayang parut ekzema kat badan, kasi effect real sikit).

Then lagi orang cakap,kena bagi baby kanji nasi supaya dia gemuk. (nak sangat gemuk,sila makan kanji nasi tu sendiri ye?)

TAPI…ada juga benda yang orang tua cakap tu I sangat setuju. Dan bila setuju tu, puji-pujilah dia sebab bagi cadangan tu..

Bila orang tua kata..jangan biasakan baby tidur dalam gelap waktu siang.nanti dia terbiasa.
Dalam hati nak cakap..tahu.blogger lain banyak cakap gitu.
Mulut I cakap..ohhh,ye ke?betul juga tu kan?baguslah mak cik ni..

Bila orang tua kata..jangan asyik dukung baby, nanti dia terbiasa.
Dalam hati nak cakap..haah, yang ni pun I tahu.
Mulut I cakap..haah lah.nanti penat kita asyik nak dukung dia.

Bila orang tua kata..jangan duduk menyenget masa berpantang, nanti benda kita besar sebelah.
Dalam hati nak cakap..cam tak lojik jer.
Mulut I cakap..baiklah. demi suami, aku turutkan.

Bila orang tua kata..sila berpantang untuk ehem-ehem selama 3 bulan.
Dalam hati nak cakap..erk,hehehehehehehe..
Mulut SUAMI cakap..baiklah. demi isteri, aku turutkan.

Bila orang tua kata.. semua orang bagi baby minum FM sebab susu ibu ni leceh.
Dalam hati nak cakap..kalau ada sebab munasabah, I terima. tapi kalau sebab malas, kenapa nak nafikan hak anak tu?
Mulut I cakap..tak boleh.banyak baby alergik susu lembu.(sebenarnya i tak tahu nak explain macam mana tentang kebaikan susu ibu ni kat orang tua tanpa menyakitkan hati dia.jadi I cakap je camni walaupun baby tak lahir lagi)

Pastu I hulurkan..


Semoga dia faham niat i cuma nak yang terbaik je. Sebab i pun faham niat mereka ni pun nak yang terbaik. Dengan izin Tuhan. kita boleh jayakan sesuatu yang baik ni bersama-sama kalau kita support each other..Amin..

Sunday, 16 September 2012

Menghitung hari

Hai.

I belum bersalin lagi. Baby masih nak berkepit 24/7 dengan mamanya.
So untuk menyenangkan hati sendiri, i tukar due date i. Hahaha.. Boleh tak gitu?
Sebenarnya kalau ikut last period, due date i ialah 1 Oktober 2012.
Tapi bila ikut scan kat private, doktor kata 27 September 2012.
Disebabkan i lebih percaya kat doktor private (sebab dia kira ikut scan baby), maka i tetapkan 27 September jadi due date i.
Tapi baby tak kuar lagi, dan i cuak nak kena induce ke apa.
Maka i tetapkan ikut last period.

Jadi esok i officially 38 minggu.
2 minggu lagi.
Perasaan i? Sebenarnya i tak sabar nak ada baby. Tapi bila kekadang perut i memulas, i dah mula takut..tanya kat diri sendiri..alamak,dah start nak bersalin ke?
-----
Semalam masa jalan-jalan kat Aeon, i ternampak baby walker. Yes, sebelum ni i memang banned walker sebab walker diharamkan di banyak negara kan? Dalam fikiran i,apa-apa yang diharamkan adalah tak elok. Tapi bila tengok walker tu, i rasa walker sekarang dah sangat moden. Tempat duduk dia tebal, boleh jadi rocker, pastu memang nampak selamat (bagi i lah). Roda dia pun boleh adjust supaya baby tak bergerak ke mana-mana. Tapi tengoklah nanti. Kalau ikut suami, dia tak bagi anak dia pakai walker.

Gambar contoh.
-----

Perkembangan i?
I asyik cramp jer. Terpaksa tampal koyok kat kaki ni.
Mungkin berat i dah terlebih kot jadi kaki i dah tak mampu nak tanggung berat badan.
Selain tu, i sangat suka makan. I kena makan setiap sejam atau dua. Kalau tak,i nak pitam. Over betul!

Semalam MIL i tengok kaki i, dia kata betis i dah bengkak.
Dia kata..dia dulu macam tulah. Lepas dua tiga hari, dia terus bersalin.
Ok, i nervous.

=.='



Friday, 14 September 2012

Last day sebelum maternity leave

Hai.

Arini office i ada jamuan raya dan majlis perpisahan bos i.
Dan arini jugak last day i kerja sebelum i start cuti tiga bulan.
Dulu i beria cakap nak cuti bila dah due betul-betul tapi akhirnya, i cuti awal juga.
Sebab i malas nak bangun pagi, gosok baju, drive pergi kerja..setiap hari.

Gambar terbaru i?

-
-
-
-
-
-
-
-
 
Taraaaaa...


I nampak debab giler kan? Hahahaha..

Thursday, 13 September 2012

Memberi Ubat Kepada Anak

Hai.


Semalam i baca entri ini di blog Ben Ashaari
Lepas tu, ikut link yang diberi dan jumpalah dengan blog Dr Hamid Arshat ini.
Seperti yang kita semua sedia maklum, biasanya kalau kita sendiri sakit, kita cenderung untuk pergi farmasi,beli jer apa-apa ubat,pastu makan ubat tu tanpa apa-apa nasihat doktor. I terfikir, nanti anak sendiri nak buat gitu ke? Memangla tak kan..tapi i sendiri hampir terbuat something yang i rasa nasib baiklah i tak buat lagi..Fuh!!

Seorang bayi perempuan telah dibawa ke klinik kerana diserang ruam lampin. Doktor menyarankan agar ibunya menyapukan sejenis krim steroid tiga kali sehari selama lima hari berturut-turut.  Ruam tersebut telah sembuh dengan cepatnya tetapi berulang-ulang kembali. Ibu  tersebut yakin dengan krim yang digunakan lalu membelinya sendiri dikedai ubat.  Dia telah cuba merawat bayinya tanpa mendapatkan nasihat doktor sehingga usia bayi itu meningkat 20 bulan.  Dalam masa itu, bayinya telah menjadi gemuk, pendek, mukanya semakin bulat jika dibandingkan dengan  bayi-bayi yang sebaya dengannya. Bayi tersebut telah mengidap merah dan gatal-gatal kulit pada bahagian  lampin menyebabkan dia tidak dapat tidur malam.  Si ibu mula berasa bimbang lalu membawa anaknya ke klinik semula.  Doktor yang memeriksa telah dapat mengagak bahawa keadaan ini disebabkan oleh penggunaan krim steroidyang berlanjutan sehingga membawa kepada keadaan yang dinamakan steroid toxicity. Anak ini telah dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatanyang lebih rapi bagi mengawal penyakit kulitnya serta memastikan yangkeadaan ini tidak ada kaitan dengan penyakit-penyakit lain. Kes inimenunjukkan bagaimana penggunaan ubat tanpa nasihat doktor boleh  menimbulkan masalah.       

I sebelum ni dapat advise dari mummy dan kengkawan supaya sapu jer krim untuk ruam baby kat baby setiap hari untuk elak baby ruam.Memang i plan nak buat gitu pun.I sendiri memang ada ekzema dan i memang tahu krim-krim gini memang ada steroid. Dan i sedia maklum tentang keracunan steroid ni (doktor kulit yang rawat i bagitahu i). Tapi i tak sangka plak benda yang i ingat nak buat kat baby boleh bagi efek kat dia. I tak terfikir langsung pun.
--
 
Seorang bayi lelaki yang berusia empat bulan telah dibawa oleh ibunya ke klinik kerana menghidap batuk selesema. Doktor telah memberikan ubat batuk dan bayi itu telah sembuh dalam masa tiga hari. Tetapi hampir sebulan kemudian , batuknya berulang kembali dan si ibu telah menggunakan ubat lama yang masih ada lagi di rumahnya untuk merawat batuk anaknya itu.Batuk bayi itu tidak reda ; sebaliknya menjadi semakin teruk. Tiga hari kemudian ,si ibu membawa anaknya ke klinik semula. Doktor mengesyaki bayi tersebut menghidap batuk kokol ( whooping cough ) dan telah memasukknanya ke wad untuk mendapat rawatan intensif. Doktor mendapati bahawa bayi itu hanya mendapat satu dos perlalian sahaja untuk mencegah penyakit kokol. Oleh itu , dia masih lagi belum mendapat perlindungan yang mencukupi. Ibu itu tidak sepatutnya bertindak merawat bayinya sendiri sehingga menyebabkan rawatan untuk penyakit kokol oleh doktor dilengahkan.

Hah, yang ni pun i memang ada ciri-ciri untuk buat. Yelah, ikut lojik kan..since balance ubat tu masih ada dan anak kita dapat sakit yang sama, kita guna jelah ubat tu kan? Tak sangka pulak tindakan camtu boleh membahayakan baby.

I saja je nak share benda ni. Sebagai ingatan jer. Apapun, ini pendapat jer tau. Sebagai ibu, kita sendiri mesti nak yang terbaik untuk anak kita..


Monday, 10 September 2012

Pening cari nama anak

Hai.


Pernah tak masa korang masih couple, tapi dah bajet siap-siap nama anak?
Macamlah confirm kawin dengan si dia masa tu kan?
I pun sama..malah i dah plan nama anak masa masih sekolah lagi. (over betul)
Tapi bila betul-betul dah nak ada anak, i risau.
Takkan nak letak nama suka hati jer kan?
Kena juga fikir persekitaran,makna nama tu, nama anak kita akan kena perli ke, senang tak nak eja/sebut..

Sebenarnya nama baby dah ada.
Tapi i masih gak cam tak puas hati dengan nama tu. 
Plannya nak letak dua nama. Nama kedua memang dah dapat..cuma nama pertama tu yang susah.

Nama yang i suka, suami reject. Siap buat muka kerut-kerut pulak tu.
Nama yang dia suka, i pulak tak suka.Kriteria penting.. i nak nama yang simple, cute dan senang diingati. Tapi tak nak nama yang common sangat. Nanti tak pasal-pasal dalam 1 sekolah tu, ada 4-5 orang nama yang sama.

I dah tengok kat segala website, buku-buku, tanya orang..semuanya tak membantu.

Hadoiii..

p/s : i ni teringin sangat nak pegi k-box.tapi suami tak nak pulak.sedihhh!! dah nak beranak pun sibuk nak menyanyi, macamlah suara tu sedap sangat.. =.='

Saturday, 8 September 2012

Baby Car Seat

Hai.

Aldo Convertible Car Seat
Setelah berbulan-bulan mempertimbangkan baik dan buruk, pro dan kontra..akhirnya i decide untuk beli car seat untuk baby.Walaupun suami tak berapa setuju, tapi last-last dia bagi ayat favourite dia..

Awak belilah kalau awak nak...

Kenapa i akhirnya beli?Ini pendapat peribadi i jer tau..

Masa baby masih kecil, mungkin ok untuk dukung dia sebab dia tak reti nak melompat ke sana sini. Tapi bila dia dah reti duduk, dah reti jalan..i tak nak anak i terlompat-lompat ke sana sini/berdiri/hulur kepala kat luar tingkap dalam kereta.

Sebab i ni ada masalah kepala angin jugak. Gamaknya kalau i merajuk nak bawa baby ke mana-mana, at least ada car seat tu. Tak yah i merajuk nak bawa sekampung pulak ikut i. Hahaha..

Baby nanti MIL yang akan jaga dia. Memang boleh jer MIL pegang baby kalau in case kena hantar baby pegi klinik tapi kalau MIL tetiba ada urusan lain, camna? Nak harapkan suami, dia kerja syif. Bukan boleh keluar pun. Nama jer gomen.

Main reason i ialah safety baby. Since car seat ni diwajibkan di banyak negara, for sure benda ni sangat penting.Bagi i,apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan baby, i won't think twice. Baby dah jadi amanah kita, so kita bertanggungjawab sepenuhnya untuk jaga baby. Ini pendapat i lah..

I guna duit baby yang i dapat masa raya aritu untuk beli car seat ni.Duit yang orang bagi, i guna untuk keselamatan baby..kira berbaloi lah kan?
p/s : Anak mama, bilalah awak nak keluar? Mama tak sabar nak picit-picit kaki awak yang suka tendang mama tu..

Review 29 Februari

Hai.


Jumaat lepas, i pergi menonton filem 29 Februari dengan kengkawan ofis.
Pengalaman menonton wayang semasa mengandung 9 bulan adalah seksa.
Nak patah pinggang ni duduk sejam lebih kat kerusi tu. Hadoiiii..
Pastu, yang menonton filem tu adalah kami berempat jer?? First time i tengok wayang 4 orang.

Pasal filem tu?
Ya,i bukanlah pengulas filem profesional. I bagi sikit pendapat i la.

Kelebihan
Jalan cerita dia lain dari yang lain. So, i bagi kredit kat KRU sebab buat something yang tak berada di comfort zone.

Ada watak berbilang bangsa dalam ni. Kenalah dengan konsep malaysia.

Lagu-lagu dia oklah..i suka lagu kelip-kelip tu walaupun tak terasa nak download jadi ringtone.

Kelemahan
Benda-benda kecil yang orang mungkin tak perasan..tapi sangat mengganggu i. 

Contoh, masa kemerdekaan diumumkan..masa shoot tu, tetiba diaorang paparkan bendera Malaysia? Erk..Semua orang tahu, masa merdeka 1957 tu, kita belum jadi malaysia lagi. Bendera kita belum wujud lagi.Pastu, dalam scene yang sama, boleh pulak ada bendera Sabah??

Watak Budi dalam filem ni, dia hidup berpuluh-puluh tahun tapi dengan senangnya mati sebab kena langgar kereta??Watak Lily pulak..dia tak pelik ke tengok Budi maintain muda? Takkan tak terdetik kat otak dia kenapa Budi kekal muda?

Banyak sangat persoalan i tak terjawab bila tengok filem ni. But again, its not that bad. Banyak lagi filem yang jauh lagi teruk dari filem ni. I bagi 4/10..

Remy nampak tak hensem dalam filem ni.

p/s : Dah ada baby nanti, boleh ke i menonton wayang lagi? Hmm..


Thursday, 6 September 2012

Hadiah baby

Hai.

Nak share hadiah baby nie..
Hehe..sebenarnya i dah terima beberapa helai baju yang sungguh cute untuk baby dari bestfriend i.
Tapi, masa dapat tu..i kebetulan tengah nak mendobi baju baby ni, so tak sempat nak ambil gambar.
Apapun,i dah pilih untuk jadikan salah satu baju hadiah tu sebagai baju baby time balik dari hospital nanti (doakan semuanya selamat ya).

Tadi pula, i dapat bungkusan dari ex-collegue i di Shah Alam. Dapat dua botol susu Avent..  :)


Selain tu, baby pun ada dapat duit raya. Murah rezeki anak mama dan papa ni..Nak kena ambik gambar duit tu ke? Err..tak payah kot. Tak banyak mana pun. Tapi campur duit yang suami simpan sikit-sikit untuk baby, cukuplah untuk kami buat akaun simpanan baby nanti.

Semoga uncle-uncle dan auntie-auntie yang bagi hadiah tu dimurahkan rezeki. Amin..