Kawan-Kawan

Tuesday, 31 July 2012

Sesi Mendobi & Shopping Trip

Hai!

Yea!! Dah boleh amik gambar sendiri letak kat blog.  ^.^

Setelah bertangguh untuk 2 minggu,akhirnya sabtu lepas i basuh baju baby.Basuh guna mesin jer pun, tapi i guna option yang gentle.Baju baby yang kami sendiri beli,sikit jer. Tak sampai 20 helai tapi baju adik i yang masih elok (mami i bagi), ada juga dalam 20 helai. Penuh satu bakul! Tapi semuanya baju campur-campur saiz..dari newborn sampai setahun. Jadi,lepas ni,setahun tak beli baju baby? Tak mungkin.

Patutlah suami asyik cakap baju baby lagi banyak dari baju dia.

I cuci baju baby guna A-B-D Pureen.Kat kotak cakap guna sesudu jer untuk muatan penuh tapi i guna dua sudu sebab i tengok takde bubble pun. Dah letak dua sudu pun masih gak bubble dia sikit jer so i assume pencuci baju baby memang kurang bubble kot.Tapi i suka bau pencuci tu.Pleasant smell.Lepas cuci pun masih wangi.  :)

--------

Seperti yang semua tahu, kat Mid Valley ada Parenthood Expo. Aritu i minta izin kat suami nak pegi sana, tapi dia tak bagi i pegi sorang-sorang sebab dia kerja.So, sebagai gantinya, i bawa dia pegi Fabulous Mom di Skudai, JB.I nak beli sterilizer dan warmer sebab i takut nak didihkan botol dan pam susu baby. Nanti tetiba pam susu i kemek sebab air panas, camna? Melayang RM600 aku. I faham mungkin ada sesetengah orang cakap,didihkan dalam air panas pun boleh jer tapi i betul-betul tak berani nak gamble bila ianya melibatkan duit.Lagipun sterilizer dan warmer ni ada orang sponsor..Rezeki baby..  :)

Niat asal nak beli brand Jingle Jungle.Sampai jer kat sana, sterilizer tu takde stok pulak. Last-last kami beli sterilizer+warmer Little Bean dengan harga RM159.Kat online ada yang lagi murah tapi bila fikir postage, tolak tambah harga, sama juga kan?



Masa kat kereta
I : Barang baby dah siap dah.lepas ni tak perlulah shopping barang baby lagi.. 
Suami : Tak payahlah.bulan lepas pun awak cakap camtu..

Eh,i ada cakap camtu?  =.='



Dah dekat cukup bulan baru merasa

Hai kengkawan!

Nak update entri bergambar tapi charger kamera i tertinggal kat Sarawak masa balik bulan Mei aritu. Semalam dah minta mami i pos, so tunggu yer. Nak ambil gambar pakai hp,i rasa macam tak cantik pulak. Hehe.

Minggu ni i officially masuk 32 minggu/8 bulan. Erk..memang cepat betul masa berlalu.I pula asyik sakit pinggang jer. Sakit macam nak patah pinggang, macam masa nak uzur. Tapi versi ni lagi sakit sebab i tak boleh nak suruh suami urut pinggang i ganas-ganas macam masa nak uzur tu.  =.=

Untuk kurangkan sakit pinggang tu, i amalkan beberapa benda :

Guna sandal yang tapaknya rata tapi tebal. Sebelum ni i guna wedges. Kenapa kasut kena rata? Supaya tak beri tekanan kepada tulang belakang. I suka pilih yang tapaknya tebal untuk menyerap hentakan..almaklumlah, i ni sangat berat.  

Masa duduk,letak bantal kecik kat belakang..bagi support.

Jangan duduk lama sangat.Contoh, kalau i duduk 30 minit, i jalan-jalan kejap. 

Masa berjalan, i pastikan posisi badan i tegak.Macam nak nyanyi lagu Negaraku.Sebab bila perut dah besar, kita cenderung untuk berdiri dengan posisi yang tak betul kan..

Jadikan yoko yoko sebagai teman baik. Sebenarnya i tak guna banyak pun benda ni sebab i tak tau ada effect ke tidak ke atas baby. Tapi kalau dah sakit sangat, i sapu juga. Harapnya takde apa-apa.

Kalau sakit sangat masa tidur, i cuba tidur secara mengiring. Tapi baby tak suka kot i tidur mengiring. Tak henti-henti dia bergolek-golek kat dalam perut. Kalau i telentang, baru dia diam. Tapi masa tidur tu, i alas perut dengan bantal, kaki pun i bengkokkan.

Lepas buat semua ni, syukurlah sakit pinggang i berkurangan.



Saturday, 28 July 2012

Mangsa Online Shopping?

 update : Beg tu dah sampai in a very good condition pada 31 Julai 2012.   :)

Hai kengkawan!
Dalam entri sebelum ni,i ada mention yang i beli baby bag kat Zalora.
I belum dapat beg tu lagi sebab dia cakap kena tunggu 7-14 hari.Arini ntah kenapa hati i terbuka nak buka fanpage Zalora.
Cuba korang buka kat link tu dan tengok betapa banyaknya komplen ke atas website ni.

Kawan i pernah beli sandal kat website ni dan dia memang ada masalah dengan barangan yang diorder. Diaorang cakap takde stok. And it takes about 2 weeks untuk dia dapat barang yang dia nak tu. Itu pun selepas call berkali-kali.

Bila i suarakan hasrat nak beli barang kat sini, kawan i tu adalah orang pertama yang membantah.
Tapi i degil jugak.
Sekarang i dah risau. Abislah kalau i kena tipu.

Lepas ni,i akan fikir 100 kali kalau nak beli barang kat Zalora ni. Tak sanggup nak menanggung risiko.




Thursday, 26 July 2012

Baby Bag

update : Beg baby dah sampai dengan selamat pd 3 Ogos 2012 in a very good condition. :)

Hai kengkawan.

Tadi terbaca kat entri Fira pasal Baby Bag. I tergoda, macam biasa.I memang dah ada baby bag brand Kiko, tapi yang tu bukan i beli..mami i bagi.Jadi i rasa, tak salah kot i beli baby bag yang baru.Lagipun dah kebetulan dapat bonus setengah bulan gaji ni, bagi sikit untuk bahagian baby. Ni kira duit raya awak tau baby..

The AUBREY by Baby Couture is a Fashionable Diaper Bag with Waterproof Changing Mat, Clear Pouch, Waterproof Compartments, and Adjustable Straps. It measures L41cm x W13cm x H26cm.

I beli kat Zallora dengan harga RM86.90 free postage.Pada pandangan i,beg ni tak comel,orang tak tahu pun ni baby bag tapi itulah tujuan i beli. Bukanlah segan nak bawa beg baby tapi i lagi selesa kot kalau bawa beg yang nampak macam beg biasa. (banyaklah bagi macam-macam alasan.cakap jerlah memang saja nak beli.huhu..)

Tadi dah order, dah buat payment..so nak tunggu jerlah beg tu sampai..

Wednesday, 25 July 2012

Diari 31 Minggu

Hai.

Tadi i pergi check up di KK dan Columbia Asia. Sebenarnya i dah tak nak check up kat private mulai bulan ni sebab i nak bersalin di hospital kerajaan tapi i ada masalah 'membuang', so terpaksalah jumpa doktor kan..Suami suruh bagitau nurse kat KK jer tapi i tak nak menyusahkan diaorang (ayat berlapik jer ni).

Berat i naik 1.5 kg dalam masa 2 minggu.Nurse cakap kena kontrol makan.Macam mana berat tak naik kalau tiap ari asyik menapau kat bazar je?Pastu nurse cakap kalau selera makan ok, tak payah makan Vitamin B. Baru arini i tahu rupanya Vitamin B tu meningkatkan selera makan.Pasni jangan harap i nak makan vitamin tu lagi.Dahla busuk!
Oh ya,result MGTT i dah keluar. Syukur,resultnya adalah normal. Check up before puasa, 3.9..lepas puasa 4.3.. 
Tadi nurse suruh i check gigi.Dia cakap sepanjang pregnancy,akan diberikan sekali dental check secara percuma.Masalahnya,doktor yang kononnya check gigi i tu just tanya,gigi i ada rosak tak?I nganga mulut,dia tengok tak sampai 5 saat, siap!

Then pegi Columbia, jumpa Dr Rajesh.Dia pun tegur berat i naik.Pastu i tanya dia dua soalan :

I : Dr, saya baca masa peknen,elok tido mengiring. Tapi saya tak boleh tido mengiring sebab kalau tido camtu,baby saya tendang kuat-kuat tak berhenti-henti.
Dr : Its ok. U boleh tidur telentang atau mengiring, no problem.Cuma masa nak bersalin,masa contraction tu, memang elok kalau u mengiring sebab boleh kurangkan sakit.


I : Saya ni asyik membuang jer.Kalau makan iron, saya cirit birit sedangkan orang lain sembelit.
Dr : Asalkan najis u tak berdarah, then its ok.Normally orang pregnant akan sembelit.Walaupun u tak sama macam orang lain,doesn't mean its not normal.


Dia suggest i baca BaiBoo.com. Berat baby sekarang dah 1.5kg, which is normal kalau ikut usia dia. Kandungan air ketuban i juga adalah normal.Tapi tadi sedih sikit sebab tak dapat tengok baby sebab monitor 3D Dr Rajesh rosak.Dapat scan 2D je.   :(

Takpelah, asal kami sihat walafiat.Arini i dapat MC..yehaaa! First time check up boleh dapat MC. 
 

Saturday, 21 July 2012

Cuti Bersalin 90 Hari

Hai.

Jumaat lepas, masa tengah bekpes,pegawai i tanya berapa lama i nak cuti bersalin?
Baru i teringat yang i belum isi borang permohonan cuti bersalin dan belum minta GL lagi.
Ingatkan nak isi borang tu, main isi cenggitu jer, then hantar kat bos. Rupanya kena buat benda lain juga.

I tulis sikit ya, macam mana staff kerajaan nak mohon cuti bersalin. Nak tahu lebih detail, boleh baca kat pekeliling ini.

- Boleh pilih sama ada nak cuti 60 atau 90 hari.Kita layak untuk dapat 300 hari cuti, jadi kalau nak cuti 90 hari setiapkali bersalin, maksimum anak kita ialah 3 orang tau.Lebih dari tu,kena ambil cuti tanpa gaji.

- Masa isi borang tu, kena sertakan sekali borang pengesahan mengandung dari doktor. Borang ni boleh didapati di mana-mana klinik kesihatan yang kita check up.

- Boleh pilih sama ada nak bercuti 14 hari lebih awal daripada due date kita yang telah disahkan oleh doktor, atau cuti pada hari due date kita.Contohnya, due i pada 27 September 2012, jadi i boleh pilih nak start cuti pada 14 September (2 minggu lebih awal) atau pada 27 September itu sendiri.

- GL pula,kita ambil untuk standby jer. Manalah tahu hospital yang kita nak bersalin tu takde HRMIS. Kalau kita nak bersalin kat private pun, kena dapatkan GL juga tau. Yelah,mana tahu kot-kot kita direfer pada hospital kerajaan, takdelah tercari-cari GL nanti.

I tak pasti nak cuti bila. Suami cakap ambil jer cuti 2 minggu awal tapi i macam malas pula nak cuti awal sangat.Membazir je.Dahlah cuti rehat tinggal 12 hari jer lagi. Hmm..Sejak akhir-akhir ni, mudah sangat penat..Inikah rasanya sarat mengandung?




Thursday, 19 July 2012

Headband Comel

Hai.


Sebenarnya i tak nak beli headband ni tapi i tengok baby Adelia yang oh-so-adorable ni pakai, i pun tergoda juga sedangkan i tahu yang baby takde gi mana-mana pun masa pantang. Ah, tak kira. Nanti anak i lepas mandi tiap pagi kena pakai headband even kat rumah. 


Polka dot cotton fabric headband (white,red & pink) - RM10.90 (3 set)
Hydrangea flower headband (purple) - RM7.90
Rose on cotton elastic headband (light pink+baby pink) - RM6.90

Total RM31.70 termasuk postage. Murahkan?
Berkenan tak? Boleh jer beli kat Ohbabygirl Boutique.


p/s : Tak sabar nak tengok baby pakai.

^.^



  



Entri 3 in 1


Hai.

Isnin lepas, i dapat call dari mummy i, dia bagitau yang sepupu i dah bersalin. Dapat babygirl. Bersalin secara c-zer.Cousin i ni muda sangat tau, baru 19 tahun.Jadi i memang sangat teruja bila dia bersalin sebab baby dia cucu dan cicit pertama dalam family.

Tadi i call dia.Dia cakap takdelah sakit sangat sebab dia czer.Tapi masalahnya,dia kata dia kena inject perut dia sendiri selama 5 hari lepas bersalin sebab darah beku dia tak dapat dikeluarkan. (hmmm...i sangat pelik dengan prosedur ni. czer kena inject diri sendiri ke?)

Dia bersalin masa 38 minggu pregnant..dan kalau i ikut dia, i ada lagi 8 minggu! Erkkkk..

----------------------------------------------------------------

Oh ya, aritu i ada buat entri pasal rocker. I buat entri tu saja jer nak melawak. Tapi i sedih sebab kak Aty (biasa tak panggil kakak tapi baru perasan,beza umur 6 tahun.hehe.) cakap dia sedih.
alaaa..jangan ar cakap macam tu...aty rase bersalah pulak...siyes nih...sebenarnyer aty rase..bendalah rocker FF tu tak de pon tak per..membazir beli mahal2...aty nyesal gak ar..bagi aty..baik aty beli breast pump spectra baru..same gak hargenyer..ley tinggaal kat opis..tak yah kulu kilir using breast pump..aty tak tipu ni..bukan nak sedapkan hati...sebab biler dah beli..terpakse ar memanfaat kan nyer gak..*sigh... sebenarnyer aty nak buat n3 tu sebab aty tak mo kawan2 lain membeli macam aty..sanggup membeli mahal2 penuhi kehendak..walaupon ade pilihan lain yang lebih berguna dan murah..tapi mungkin maksud tu tak sampai... maaf yer awak....:( on Nasib Awaklah Dapat Mama Kedekut
Uwaaaa... kak aty, saya takde maksud apa-apa pun. Saya suka akak review barang baby. Saya faham niat akak.. Jangan sedih tau! Sayang akak banyak-banyak..

---------------------------------------------------------------

Hari ini, kandungan i genap 30 minggu. Setiap hari, badan semakin penat dan mudah letih. I rancang nak cuci baju baby dan sediakan beg hospital weekend ni.

Ok, take care!





Tuesday, 17 July 2012

Nasib Awaklah Dapat Mama Kedekut

Hello anak mama!

Ni mama taip, nanti baby dah pandai baca, baby baca tau.
Hari tu, auntie Aty ada cerita pasal Fisher Price Rocker. Orang lain citer, mama tak kisah sangat tapi aunty Aty siap buat review lagi..mama dah tergoda sangat.
Bila mama cakap kat papa, papa cakap kena bagi dia tiga alasan kenapa rocker ni bagus. Mama cakap sebab rocker ni cute, boleh guna sampai baby 18kg dan harganya jauh lagi murah kalau beli online. RM210 jer instead of RM300++.

Papa cakap, ikut suka mama lah tapi mama tahu papa macam tak bagi jer.  =.=
Jadi tadi, mama dan papa beli rocker sweetcherry ni dengan harga RM59.90 di Giant.



Kenapa mama beli rocker ni?

Sebab alas dia boleh ditukar dan mudah didapati.
Mama kedekut nak berjimat.
Mama tengok banyak orang dulu-dulu pakai benda alah ni, elok jer.
Kedudukan baby kat atas ni pun boleh laras kepada 3 bahagian, oklah tu.
Kalaulah baby tak suka duduk kat sini, at least takdelah mama rasa nak hentak kepala sendiri guna rocker ni sebab reganya takdelah mahal sangat.

Mama harap baby suka ye. Nanti kalau baby dah lahir, baby duduk diam-diam dalam rocker ni ok sayang..




Monday, 16 July 2012

Jika Kau Fikirkan Kau Boleh!

Hai.

Hari tu, i ada buat entri pasal Susu Mengandung. Masa tu i cakap, bila i minum susu A ni, air susu i keluar tapi bila i minum susu B, air susu i tak keluar.
Selepas sebulan, i baru perasan sesuatu.

Sebenarnya, bukan susu apa yang i minum masa mengandung tu menentukan susu badan kita tapi minda kita ni. 

Kenapa i cakap gitu sedangkan masa tu i cakap yang i dah buat eksperimen?

Sebab masa i buat eksperimen tu, setiap malam i google pasal breastfeed. Jadinya automatiklah otak i menghasilkan hormon prolaktin yang sememangnya tinggi di waktu malam. Sebab i asyik fikir nak susukan baby, nak susukan baby..terus susu badan i menitik keluar.

Hebatkan kuasa minda kita ke atas tubuh badan kita? Maka lepas ni,i nak letak baik-baik kat otak i..

Yang susu badan i banyak.Cukup untuk mengenyangkan anak i sampai dia berumur dua tahun..

Yang i boleh,mampu dan kuat untuk mengharungi cabaran breastfeed baby..

Apapun,semuanya dengan izin Tuhan. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin..

Friday, 13 July 2012

Supplemen Mengandung

Hai.

Masa mula-mula pregnant dulu, i banyak search pasal supplemen yang perlu diambil semasa mengandung.Sebenarnya, kalau difikirkan, tak perlu pun nak ambil benda-benda ni semua kalau kita jaga makanan tapi masalahnya i tak suka makan sayur dan buah-buahan. Jadi memang sah-sah badan i tak cukup nutrien untuk diri sendiri, apatah lagi nak dikongsi dengan baby.Jadi kena ambil supplemen.Banyak yang suggest Obimin, tapi i tak ambil pun. 

I share yer supplemen yang i ambil sepanjang pregnancy ni.

I confirm pregnant pada Januari 2012 tapi masa tu i belum tahu lagi yang i pregnant cuma i memang niat nak ada baby. Ada sorang kakak kat ofis ni suggest i ambil Iberet Folic. Masa tu, i memang tak tahu apa benda asid folik ni. I makan pun sebab kakak tu cakap banyak kawan dia lepas makan ni dan ada lagi beberapa tips lain, diaorang terus mengandung. I makan Iberet Folic ni tak banyak pun. Tak sampai 12 biji..then awal Februari tu i buat UPT, syukur..i disahkan mengandung 5 minggu.I rasa benda ni fungsinya untuk bagi baby tu lekat..kot?


Masa 1-3 bulan pertama, i makan jer asid folik yang doktor bagi.

 
Lepas tu, start dari kandungan 3 bulan sampai sekarang dah 7 bulan,i ambil Blackmores Pregnancy Formula sebiji sehari sebab Blackmores ni lengkap.Ada iron,vitamin,DHA..benda-benda untuk ibu mengandunglah.I biasa beli 70 capsules terus, harga dalam RM65 di Watsons/Guardian, kalau ada sale. Tapi masa mula-mula tu, i ada juga skip amik benda ni sebab lupa. Semakin baby besar, i cuba pastikan yang i makan setiap hari.

Masa kandungan i 6 bulan, i ada tanya O&G i sama ada boleh ke i stop ambil Blackmores dan tukar dengan Neurogain. Almaklumlah, i ni kalau boleh semua nak cuba. Tapi Dr Rajesh cakap, memandang HB, berat dan semuanya ok, tak payahlah i tukar-tukar. Lagipun, Blackmores dah siap-siap ada DHA.


Oh ya, nurse kat KK pun ada bagi i Vitamin B, Vitamin C, Iron Tablet dan Acid Folic juga. Jadi sebab i ni fikir, lagi banyak lagi bagus..maka jadual pengambilan supplemen i dari kandungan i 6 bulan sampai sekarang adalah macam ni.

9.00 pagi - sebiji Vit B, Vit C & asid folik
11.00 pagi - minum segelas susu Anmum
Malam - sebiji blackmores

Iron tablet yang KK bagi i memang tak makan, sebab lepas makan jer i cirit birit.Lepas bersalin nanti, i start nak ambil shaklee pula sebab i nak breastfeed baby.

Tak lama lagi dah nak masuk 8 bulan.Nervous+excited!!

Thursday, 12 July 2012

Keperluan atau kehendak?

Hai.

Isu pasal baby cot dah settle dah.
Last-last kami suami isteri decide untuk beli single bed jer. Sebab boleh guna sampai baby dah besar panjang dan senang i nak menyusukan baby. Nanti boleh gabung jer single bed ni, letak kat sebelah katil kami. Untuk elak kot-kot baby terjun katil, i plan nak letak jer bed rail macam kat bawah ni.Tapi untuk awal-awal ni, belum lagi kot i beli bedrail ni. Tunggu baby keluar dulu.




Cleo Carseat

Sekarang ni, i tengah fikir pasal car seat pula.

Kenapa i kena beli car seat?
- Untuk keselamatan baby.Kan banyak kes baby tercampak keluar dari kereta masa accident. Kita tak minta, tapi kalau boleh mesti nak prevent kan?
- Time i nak keluar berdua dengan baby, tak payahlah i nak dukung dia. Gila apa dukung baby time drive? I pernah tengok orang buat gini. Menakutkan betul. Dahla kereta i manual,mana nak tukar gear lagi, nak pegang baby lagi. 

Kenapa i rasa macam tak perlu beli car seat?
- Sebab baby i nanti MIL yang jaga. Jadi i tak perlu hantar baby pegi mana-mana.
- Car seat mahal. I pula nak car seat yang macam kat atas ni sebab boleh tahan sampai baby 18kg. Kalau beli yang untuk infant jer, takkan lepas baby 6 bulan, kena beli lagi?- I bukannya selalu nak bawa baby keluar berdua-duaan. Mesti nanti suami/MIL i akan ikut.


But again, i tak nak suatu hari nanti i menyesal sebab mengambil ringan keselamatan baby ni.Sekarang masih lagi fikir..perlu ke tidak?



Monday, 9 July 2012

Jantina Baby

Hai. 


Sebenarnya dah dua bulan kami suami isteri tahu jantina baby ni. Dah ada nama untuk dia pun. Tapi, saja jer gedik nak tengok petua orang tua-tua bab ni. I dapat dari blog ini.Jadi, antara petua-petuanya ialah :

Perut ibu. Sekiranya kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan - lelaki. Sekiranya bundar atau melebar ketepi - perempuan.
Masa mula-mula pregnant dulu, perut i melebar ke tepi sampaikan bila orang tengok, confirm tak tahu i tengah pregnant. Sekarang meruncing pulak.

Arah tidur ibu. Mengiring ke kanan - lelaki. Mengiring ke kiri - perempuan.
 Erk, i tidur telentang. Kalau tidur mengiring, i sakit pinggang.

Arah berat perut. Sebelah kanan - lelaki. Sebelah kiri - perempuan.
Yang ni, i tak tahu. 

Perangai ibu. Suka bersolek, bergaya - perempuan. Malas bersolek, bergaya - lelaki.
Malas bersolek jadi lelaki. Tapi yang betulnya,i bukan malas bersolek, i malas nak cuci mekap lepas bersolek. Nanti kalau tak cuci betul-betul, rosak muka i,sape nak jawab?

Garisan pada perut ibu. Garisan tegak dari bawah ke atas terang dan tak putus - lelaki.  
Garisan tegak dari bawah ke atas terang dan terputus - perempuan.
Tak putus, jadi lelaki.
Wajah ibu. Berseri - lelaki. Tak berseri - perempuan.
Dah i tak bermekap, memanglah tak berseri. Maka, perempuan.
Buku lali ibu. Licin putih berseri - lelaki. Kehijauan - perempuan.
Buku lali i nampak hodoh.Perempuan.
Response baby terhadap ibu mengandung. Kalau baby suka, maknanya si kecil bertentangan jantina. Kalau baby tak suka, maknanya sama jantina.
Baby kawan i yang lelaki suka pandang i, tak nangis bila i pegang. Sepupu i yang lelaki pun suka sangat main dengan i. Perempuan.
 
Morning sickness. Teruk - perempuan. Sebaliknya - lelaki.
I takde morning sickness. Lelaki.
Cenderung makan. Protein seperti daging + makanan masin + asam - lelaki. Manis dan buah - perempuan.
 I suka yang manis-manis. Perempuan.

Hasil scan pulak, dah dua kali i scan yang kami nampak jantina baby..Its a burger sign.. 




Jadi, our little one is a PRINCESS.

Apapun, kita hanya merancang kan.. Manalah tahu esok-esok keluar boy pula. I tak kisah, apa yang penting, baby sihat sempurna. Semoga Tuhan sentiasa melindungi kami..


Ilmu Yang Berguna

Hai.

Tak payah nak intro panjang lebar. I tepek link-link penting pasal penjagaan baby, breastfeeding dan apa-apa entri yang i rasa memang entri terbaik dan sesuai untuk dijadikan panduan di masa hadapan. Sebelum ni i save dalam pendrive tapi macam susah pulak sebab dah banyak. Sekarang, tak payah i nak google ye tak?







Nanti kalau i jumpa entri best, i tepek link lagi.

^.^

Friday, 6 July 2012

Dilema Baby Cot

Hai.

Semalam i baca pasal baby cot. Dan i mula terfikir, perlu ke baby cot ni?
Balik je, i tanya kat hubby. Dia memang dah cakap awal-awal, kalau baby lahir nanti, dia tak nak tidur dengan kami atas katil, sebab dia takut dia tidur tertindih baby. (kalau tindih maknya, lain pulak citernya nanti.huhu.) 

I pun tak pasti sebenarnya tapi i memang rasa katil queen tu tak muat untuk 3 orang tidur. Sebelum ni, i plan nak beli single bed dan letak sebelah katil kami untuk baby tidur. Suami pula cakap, nanti kalau baby dah pandai merangkak, tetiba malam-malam dia merangkak terjun katil, isk...minta dijauhkan. Memang orang cakap leceh nak breastfeed baby, kena bangun berkali-kali tp katil ni kan boleh letak kat tepi katil kitaorang.

Masalahnya katil baby ni pricey yang amat sangat, lagi mahal dari pam susu aku tau! I ada survey, and yes..i interested dengan katil ni.





4 in 1 Convertible Baby Cot 28'' x 52''

Product Features:
- Quality Solid Tropical Wood (Export Model)
- 2-Handed Dropside
- Castor Wheels with Stopper
- 2 Side Protecting Teething Rails
- 3 Adjustable Mattress Base Height
- Non Toxic Finishing
- Conform to UK & European Safety Standard
- Suitable from birth to approx 5 years old

Boleh guna sampai baby 5 tahun. Harga dia pula RM719.00. Mahal kan? Kalau dah beli katil, kena pula beli bedding set dia pula. I memang sangat berkira part ni sebab risau kalau pelaburan ini tidak menguntungkan. I pun tak tahu nak buat apa. 

p/s : Ada ke orang nak let go baby cot kat i?

Thursday, 5 July 2012

Oh 3rd Trimester!



Hai.

Pejam celik pejam celik, kandungan i dah officially masuk ke trimester ketiga.
Syukur sangat, semuanya dipermudahkan untuk i setakat ni.
Dulu, bila orang tanya bila bersalin, i jawab..lama lagi..Sekarang, kena jawab, due hujung September. So, sila tafsir sendiri, lama lagi atau tidak.

Perkembangan i setakat ini :

Badan i dah mula bersedia untuk hasilkan susu. Memang niat nanti nak breastfeed baby. Hari-hari asyik baca pasal pengurusan susu ibu, sebagai ilmu tambahan sebab i tinggal di persekitaran orang yang tak berapa menyokong breastfeed ni. Even my mom cakap, ketururunan kita takde susu. I akan buktikan mitos tu salah. Yakin boleh, chaiyok chaiyok!

Barang-barang baby semuanya sudah lengkap. Kalau ada balance sikit-sikit tu, boleh beli lepas baby lahir nanti. Barang-barang ni, banyak sangat i beli online. I banyak shopping kat One Baby World. Untuk barut baby dan bengkung i, i beli di My Baby Comel. Set berpantang Shaklee pun i beli online juga. Nasiblah ada barang yang dijual online ni, taklah i penat sangat.

I dah mula kerap kencing, even waktu malam. Ni agak menyusahkan sikit, sebab i jenis yang kalau dah terbangun tu, susah nak tidur balik.

Muka i ada garis hitam macam kat perut tu, kat tepi dagu. I baca, orang cakap tu pregnancy mask. Lepas tu, ketiak i hitam. I ingatkan sebab deodorant, tapi bila i stop pakai deodorant,masih gak sama.Bila tengok kat forum, rupanya benda tu memang normal masa peknen. Ada yang leher hitam. I ni ketiak pulak. =.=

Perut gatal yang melampau-lampau. Ikut hati,nak je i garu sepuasnya tapi takut nanti ada stretch mark,so sabar jelah. Tapi so far, perut i takde stretch mark lagi. Lega...

I cepat penat dan kalau berjalan lama, i sakit belakang. Nasiblah kerja i tak memerlukan i banyak berjalan sangat. Huhu.

Baby pula ada dua hobi. Satu menendang-nendang, satu lagi mengeras. Bila dah mengeras tu (especially lepas makan), i memang rasa susah nak berjalan. Sakit sikit.  

Baby dah boleh tahu kalau papa dia panggil dia/ketuk-ketuk perlahan perut i, mesti dia tendang-tendang. Boleh nampak perut i bergerak bila dia start menendang tu. 

Tiap malam i dah start ajar baby, pasang lagu Twinkle Twinkle Little Star dalam pukul 9 malam, letak headset kat perut. Lepas habis lagu, i cakap kat baby, suruh dia tidur. Semoga nanti dia keluar, dia akan tidur start jam 9 malam juga. (tapi selalunya lepas habis lagu pun,dia masih menendang.adoilah anak mama..)

Mummy cakap, i kena ready beg hospital bila masuk 7 bulan ni. Tapi baju baby belum cuci lagi. Larat ke i nak handwash baju-baju baby?

Tuesday, 3 July 2012

Boleh Bawa Suami Kalau Bersalin di HSA, Johor Bahru

Hi good people!

Panjangnya tajuk kan? Tapi takpe, sebab i rasa ini entri paling berguna untuk ibu-ibu mengandung di Johor Bahru ni yang merancang nak bersalin di hospital kerajaan. Untuk pengetahuan korang, kami suami isteri kedua-duanya berkhidmat dengan kerajaan. Niat i memang nak bersalin di Columbia Nusajaya tapi masalahnya, kos yang tinggi (in case C-zer ke, baby ada masalah ke, i ada kesukaran masa nak bersalin ke, pokailah nak membayar kosnya nanti) dan jarak hospital tu yang jauh dari rumah i. I tinggal di bandar JB.


Then, lepas fikir masak-masak, kami suami isteri sepakat nak bersalin di Hospital Sultan Ismail sebab suami diizinkan masuk untuk teman isteri masa bersalin. Tetapi masalahnya, jarak juga. Buatnya i nak bersalin time petang (5-7 petang), i rasa memang i bersalin kat kereta jer sebab meredah jem kat Jalan Tebrau tu.


So, pilihan terakhir ialah Hospital Sultanah Aminah sebab memang dekat sangat dengan rumah dan tempat kerja i. Dalam 10 minit jer boleh sampai. Masalahnya, semua orang cakap kalau di HSA,memang tak boleh bawa suami sebab ada kes suami menumbuk doktor masa isterinya bersalin.
(p/s : Gara-gara suami yang terlebih kuat ni, orang lain susah tau tak? Kalau i jumpa dia ni, memang dia kena bebel dengan i)


Tadi i pergi ke HSA untuk appointment di klinik kulit. Kebetulan pula, hari ini ialah Hari Bertemu Pelanggan di HSA. Jadi i tanya kat diaorang pasal benda ini. 


Q : Boleh ke suami masuk masa nak teman isteri bersalin?

A : BOLEH. Masa nak bersalin nanti, pergi ke bilik saringan untuk bersalin, cakap kat kaunter yang suami nak teman, nanti kaunter akan bagi BORANG UNTUK DIISI. Dulu, memang perlukan kebenaran dari Pengarah Hospital tapi sekarang, dah dibenarkan. Cuma kena isi borang.

(jawapan ini diberikan oleh Puan Siti, Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di HSA. I rasa pangkat dia tinggi sebab staf lain panggil dia Puan, instead of kakak. Dia baik, mesra orangnya)


Q : Prosedur untuk mohon wad kelas pertama?  
(kalau kakitangan kerajaan yang layak untuk kelas pertama tu, memang automatik dapatlah ye. i layak untuk kelas dua jer. sobs..sobs..bukan kakitangan kerajaan pun boleh mohon juga. ni untuk warganegara malaysia,warganegara asing, i tak ambil tahu)

A : Masa nak bersalin tu, kena bagi deposit RM800. Caj untuk bersalin normal ialah RM300. Untuk C-zer, RM800. So, let say kita bersalin normal, maka caj RM300 tu akan ditolak dari deposit. Kita boleh dapat baki RM500 tu. Faham ke penerangan ni? Then caj lain-lain i tak pasti sangat sebab staf tu cakap, untuk staff government free. Just perlu bayar caj bersalin jer.


(jawapan ini diberikan oleh staff dari Kaunter Hasil)


Maka i decide untuk bersalin jer di HSA, unless ada orang murah hati nak sponsor i kat swasta. Ngeh..ngeh..Lagipun menurut Puan Thalha, bersalin kat situ ok jer. Staff dah baik, berbanding zaman-zaman dulu. Sepanjang i mendapatkan rawatan kat situ, dari last year, so far service diaorang memang ok. Tak pernah lagi i kena marah. Pengalaman orang lain i tak pastilah. I cuma dapat doa semoga semuanya dipermudahkan untuk i dan baby. Amin..

Sunday, 1 July 2012

Susu Mengandung

Hai.

Sebelum pregnant, i memang kerap minum fresh milk. Memang bersyukurlah sebab tekak i bukan jenis tekak yang tak boleh terima susu macam sesetengah orang.
Sejak i disahkan pregnant, i mula ambil susu untuk ibu mengandung sebab suami cakap, bagus untuk tulang baby.Tapi campur-campur juga, fresh milk dan susu untuk pregnant. Sebab tu, satu peket besar susu, i boleh tahan 1-2 bulan.  =.=

Jadi i review sikit, tiga jenis susu pregnant yang i dah minum setakat ni. Ini berdasarkan pengalaman dan kesan ke atas badan i ye..badan orang lain i tak tahu.

Dumil Mama


I beli sebab isteri blogger BeautifulNara tu minum ni masa pregnant. I beli yang perisa Vanilla. Rasanya sedap, sedikit manis, harga pun okey. I sempat minum ni untuk dua pek, masa mula-mula pregnancy dulu. Kalau dah lama, tepung dia cenderung untuk berketul-ketul sikit.

Mamil Mama


I beli sebab promoter tu cakap ada immunoforce (walaupun i tak tahu apa ke jadahnya benda tu). I ambil perisa coklat. Rasanya pun sedap juga, tak semanis Milo tapi so far antara ketiga-tiga susu ni, ini yang paling sedap dan bau dia pun okey sangat walaupun dia yang paling tawar antara ketiga-tiganya.

Apa yang paling best pasal susu ini ialah ianya untuk pregnant dan breastfeeding mum. Jadi, i buat eksperimen, bila i minum susu ni, susu badan i keluar. Rutin i camni, masa di ofis, i minum segelas susu ni pukul 11 pagi. Malamnya dalam pukul 9, mesti air susu i yang jernih tu menitik keluar. Bila i tak minum pula, malamnya takde apa pun. I tak tahu either ini adalah petanda yang baik atau tidak. Rasanya petanda baik kot sebab ia meransang badan i menghasilkan susu badan.

Anmum Materna


I beli sebab suami cakap protein kat anmum ni lebih banyak dari mamil mama. Asid folik dan DHA dia pun lebih tinggi.Rasanya pula macam dumil mama tapi versi lebih tawar. Rasa fresh milk biasalah, senang cakap. Takde bau pelik.

Yang tak best, susu ini untuk ibu mengandung sahaja, kalau untuk breastfeeding, kena ambil susu lain jadi i pun tak tahu susu ini akan meransang pengeluaran susu ibu atau tidak. Yang pasti, malam lepas minum tu, takde pula air susu yang keluar.


Lepas anmum ni abis, rasanya i akan beli mamil mama tu lagi kot. Sebab rasanya tu yang paling i suka. Nanti dah bersalin pun masih boleh minum.


Till then!