Wednesday, 27 June 2012

Itu ke Susu Ibu?

Hai.

Malam tadi, masa i tengah mengadap laptop untuk main FB, i tersentuh baju kat bahagian dada.
Then, i rasa basah.
I dah pelik, apsal pulak basah tetiba ni?
Cepat-cepat i selak baju, lepas tu i tengok ada cecair sedang keluar dari nipple kanan i. 
Taklah banyak, dalam beberapa titik.

I dah panik sebab i sorang jer kat rumah.
Terus terfikir, eh..badan aku bocor ke? Apa dah jadi ni? Aku sakit ke? Apa nak buat ni?
I bergegas ambil kapas kat bilik sebab i nak check cecair tu betul ke warna jernih jer..ntah-ntah darah..
Bila dah ada kapas tu, i tekap kat nipple, memang cecair tu jernih. 
Kalau susu, bukan sepatutnya warna putih ke?
Kalau kolostrum, bukan sepatutnya warna putih kuning ke?
Lagipun i baru jer nak masuk 27 minggu, takkan susu dah keluar?

Apa pun, cecair tu definitely bukan darah atau nanah.
I tak rasa sakit.
Jadi, i rasa takdelah apa sangat nak dirisaukan.

Hmm..tak sabar nak check up next week. Nanti bolehlah i tanya kat doktor..

Monday, 25 June 2012

Our Maternity Photoshoot

Hai.

Seperti parents-to-be yang lain, both of us memang sangat agak excited with our little bundle of joy ni, lebih-lebih lagi i la..Even sebelum pregnant lagi i dah pasang niat nak ambil gambar time mengandung.

Jadi,pada hari Ahad lepas (24.6.2012), kami pun ambillah maternity photoshoot di Taman Tasek Merdeka.Kenapa awal sangat sedangkan baby baru 26 minggu? Sebab bulan depan dah puasa, ogos dah raya, september pulak i tunggu masa nak bersalin. Jadi jun ni jelah yang paling free.

Seriously, i memang ada masalah nak pakai apa sebab baby bump i comel sangat. Kalau guna baju longgar,perut i nampak buncit, instead of pregnant. Kalau guna maternity dress yang ketat, punggung dan peha i yang sebesar-besar alam ni nampak pulak.   =.=

Akhirnya i pakai apa yang suami suggest.Shoot start pukul 9.30,abis dalam pukul 11 pagi. Panas giler. I siap nak pitam lagi sebab memang tak tahan panas. Time bergambar pulak,i memang keras kejung macam kayu. Takde bakat model langsung. Jurufoto tu asyik cakap..hai kak,macam takde perasaan jer abang peluk? Erk, memang takde pun.  =.=

So, here's the picture..




 


Bila dah tengok gambar, rasa penat tu automatik hilang. Tak sia-sia i kena sunburn sebab lupa pakai sunblock..at least hasilnya boleh i jadikan kenangan..

Till then!
 





Friday, 22 June 2012

Tak Tahu Nak Pilih Diapers Apa

Hai.

Tadi i berbual dengan kawan mengenai diapers ni.
Sebab lately ni i memang asyik fikir nak bagi diapers apa untuk baby nanti.
Ikut hati, memang nak bagi Mami Poko tapi i tengok, harga untuk Mami Poko ni kalau untuk NB52,S48,M44,L38,XL34 dan XXL28..semuanya RM30 kalau ada sale. Makin besar saiz, makin mahal.Kalau baby jenis badan berisi, memang jadi Mami Pokai la i nanti.

Untuk permulaan, i bagi baby pakai Huggies New Born sebab kawan i jual. NB22, dia jual RM10. Kira murahlah sebab i beli 66 pieces dengan harga RM30. Lagipun menurut google, banyak yang cakap Huggies dan Mami Poko ni memang ok, cuma Mami Poko yang paling bagus.

Tapi semuanya terpulanglah pada kulit baby kan?Suami cakap, jangan bagi baby barang mahal dulu. Nanti dia terbiasa, both of us juga yang susah. Hmm..

Apa diapers yang bagus ye?

Wednesday, 20 June 2012

Kena Minum Air Gula & Check Up

Hi good people!
Entri ini panjang dan i buat dalam bentuk diari yer..

8.30 pagi
Tiba di Klinik Kesihatan Abdul Samad untuk MGTT.  Sejak pukul 10 malam tadi, i tak makan dan minum apa-apa pun tau. Masa dalam kereta dah pesan kat baby. Arini mama ada ujian so mama kena puasa. Nanti mama bagi baby makan sedap-sedap. Baby be good yer.. Appoinment pukul 8 tapi i ingat takde orang so i lambat sikit. Sampai jer, klinik dah penuh. Padan muka aku. I dapat nombor 23.

9.00 pagi
Its my turn!! Tekak dah haus sangat. Masuk jer kat bilik nurse, i terus tanya..

I : Nurse, saya boleh minum air?
Nurse : Tak boleh. Kenapa? Awak dah minum air?
I : Eh,takdelah. Saya haus.
Nurse : Takpe, nanti saya bagi air. 

I tahu. Nak bagi air gulalah tu. =.=
Then, as expected, darah i pun diambil.Seperti yang dijangka, kata-kata seperti keciknya vein awak ni akan keluar. Dan seperti dijangka juga, nurse akan cakap darah i tak keluar.Nasib kali ni,dua kali cucuk jer dah dapat darah walaupun darahnya sikit je. Walaupun gitu, i tetap pening juga. Pandangan i dah start kabur sebab nak pitam masa nurse cakap kena habiskan air gula tu.

Tapi i minum juga. Sebab haus. Rasanya taklah teruk sangat. Manis jer. Lebih kurang manis macam air bikarbonat. I boleh habiskan tak sampai 2 minit. Nak bagi lagi pun boleh tapi i nak ice cube yer nurse. Tak suka air suam.

11.15 pagi.
Selepas 2 jam yang sangat bosan dan seksa, akhirnya darah i kali kedua diambil. Kali ni nurse cakap awal-awal yang dia akan tadah darah i sebab susah nak dapat. Dia cakap cara ni biasa diguna untuk baby. Rasanya? Sakit oi. Kesiannya kalau baby kena ambil darah camni.

2.30 petang.
I ada appoinment di Columbia Asia Nusajaya. Kali ni,suami temankan. Banyak pula patient arini dan Dr Rajesh pun nampak busy jer. Nurse timbang, berat i turun kepada 74.5kg. Last 2 weeks, 76kg. Aik, senang betul berat turun?

4.00 petang.
Baru nama i dipanggil. I tanya doktor, Neurogain okey tak sebab i niat nak ambil neurogain lepas blackmores i habis. Tapi Dr Rajesh cakap, since i dah ambil blackmores dan i takde apa masalah, continue jelah dengan blackmores.

Lepas tu,scan baby. Alololo...mula-mula baby tutup muka dia dengan tangan.Then ntah apa doktor buat, baby baik hati pula alihkan tangan kecil dia dan tayang muka comel tu. So, kami nampaklah mata dia yang tertutup, bibir dia yang macam my lips,hidung dia pun macam i juga.Berat baby 760 gram,which is normal. Uri pun kat atas,panjang baby semua normal. Syukur sangat-sangat.  ^.^

I tanya juga kat doktor, jantina baby masih sama ke? Doktor cakap, yes masih sama. Nasiblah, sebab kami dah beli banyak barang.

Oh, we're so happy! Mama and papa love you baby..

Monday, 18 June 2012

Antenatal Class di KPJ Johor

Hai.

 
16 Jun lepas,kami suami isteri attend antenatal class di KPJ start pukul 2-7 petang.
Kelas ini diadakan setiap Sabtu minggu ketiga dan bayarannya pula adalah RM32 per couple.
Masa kelas tu, makanan untuk refreshment disediakan. Ada sandwich telur, soya bean, mineral water dan muffin.

Masa baru sampai, both of us terkial-kial juga nak cari Dewan Anugerah tu sebab KPJ ni tengah renovation. Tapi nurse kat situ helpful, so kami sampai on time kat venue. Legaaaa..  :)

Aktiviti masa antenatal class?
Mula-mula tu ada presentation dari Stem Life. Sebenarnya i tak tahu sangat apa dia cakap sebab laju sangat kot. Tambahan pula, i dan suami memang tak minat sebab mahal.

Then pasal baby care, baby feeding, pasal bersalin, pain relief..benda-benda basic gitulah. Dr. Mohan, O&G kat situ bagi talk pasal bersalin dan pain relief. Suami memang puji cara Dr Mohan ni cakap sebab penerangan dia sangat jelas dan tak membosankan.

I paling suka bila Dr Mohan cakap, kalaulah orang lelaki yang ditakdirkan mengandung,mesti manusia kat muka bumi ni pupus sebab lelaki tak mungkin akan sekuat dan sesabar orang perempuan..  ^.^

Yang paling berguna i rasa ialah masa belajar bagi baby mandi. Sebab benda lain macam breastmilk strorage tu semua,i dah banyak baca dah. Tapi apa yang sangat-sangat berguna? 

Suami dah insaf dah. Dia asyik cakap..oh,rupanya gitu..oh,rupanya camni..Dia bagitau i,dia ingatkan bersalin ni just teran baby tu keluar, then dah siap. Tak sakit sangat, takde apa-apa risiko. So, bila dah ikut kelas ni, dia tahu sedikit sebanyak apa yang akan i lalui.Adakah pelaburan kami sebanyak RM32 tu berbaloi?? Yes, sangat berbaloi.Malah kalau kena bayar lebih pun i sanggup sebab dapat buka mata suami..Huhu..

Bila balik jer, suami tanya :

Dia : Awak dah beli towel baby?
I : Dah, kan kita beli aritu. Ada 6..
Dia : Menyerap air ke?
I : Yelah, 100% cotton. Brand Anakku..
Dia : Saya rasa awak nak kena simpan barang baby dan barang awak siap-siap dalam beg. Nanti takdelah saya kelam kabut nak cari barang.
I : Saya tahu.
Dia : Saya tak nampak awak simpan pun?
I : Saya baru jer 6 bulan. Mami saya cakap, tunggu 7 bulan.

Bila dah terlebih prihatin, banyak pulak benda yang dia tanya.

=.=
 

Friday, 15 June 2012

Angel Baby Bottom Balm



Sekarang, dah nak ada baby, review barang pun barang baby juga ye? Sebenarnya i memang ada baca banyak sangat pasal barang-barang untuk baby ni. Tapi dalam hati terdetik juga, i kalau boleh memang tak nak praktiskan baby ni start pakai benda yang mahal-mahal sebab i baca, adalah lebih elok kalau kita jangan tukar-tukar produk yang baby pakai. Jadi kalau baby start pakai benda mahal, kopaklah poket mama dan papa dia nanti.  =.=

But then, i jumpa this little thing..
Earth Mama's #1 best selling salve is clinically tested, safe for cloth diapers, and safely battles existing diaper rash and protects against flare ups. The only balm made with organic olive oil infused with a proprietary blend of naturally antibacterial and antifungal organic herbs, shea butter and pure essential oils, soothes thrush, itchy bug bites, scrapes, chicken pox, minor rashes, and burns.

Kandungan bahan-bahan dia pula..

Olea europaea (organic olive) oil, Butyrospermum parkii (organic shea) butter, Euphorbia cerifera (candelilla) wax, Simmondsia chinensis (organic jojoba) oil, Melaleuca alternifolia (organic tea tree), Lavandula angustifolia (organic lavender) flower oil, Calendula officinalis (organic calendula)flower extract, Hypericum perforatum (organic St. John’s wort) flower extract, Stellaria media (organic chickweed) extract, Plantago major (organic plantain) extract, Commiphora myrrha (myrrh)
Mesti ada yang terfikir, kenapa nak beli benda ni? Sedangkan Drapolene ada, yang brand Anakku, Johnson's..semua ada diaper cream yang jauh lebih murah. I beli sebab banyak sangat review yang bagus tentang krim ni. I pun macam tak berani nak letak krim yang i tak percaya sangat keselamatannya directly kat private part baby. Yang ni pula selamat kalau nak letak kat mulut ke, kat mata ke (tapi bukan bagi makan pula tau) ..sebab ianya organik.Lagipun ianya boleh diguna satu family.

I dah pakai semalam, sebab i ada rashes kat tempat yang i tak perlu cakap..dan memang betul. Lepas sapu sikit jer, i dah tak gatal-gatal. Pagi ni bila bangun, rashes i dah hilang.Jadi bila kulit i yang sah-sah sangat bermasalah ni sesuai guna benda ni, maka i doa semoga ianya berkesan juga untuk the little one.

Bau produk ni sangat best, memang berbau macam bau baby.

I beli krim ni dari Baby Dash. Harga RM44.85 untuk 60ml. Banyak lagi website lain yang jual tapi so far, kat sini yang paling murah i jumpa.

Jadi, tepuk dada..tanya selera..   

Take care!


Wednesday, 13 June 2012

Check Up di KK 25 Minggu

 Tadi i check up di KK Abdul Samad macam biasa. Oh,my pregnancy sekarang 24 minggu 6 hari, so i letak 25 minggu jelah ye.Resultnya camni :
 
Paras gula : Blue
Hb (gm%) : 14.3
(nurse puji cakap paras Hb i cantik )
Berat : 76 (naik 2.5kg)
Tekanan darah : 110/60
Tinggi rahim : 24cm 

Disebabkan berat i naik 2.5kg,maka nurse tu cakap i kena ambik MGTT next week. =.=
I takdelah kisah sangat nak minum air gula ni, tapi bila nurse cakap kena ambil darah, i dah kerut-kerut muka. Habislah i kalau kena ambil darah. Confirm susah nak ambik sebab urat i kecik.


Lepas tu, nurse cakap kena puasa sehari sebelum ambil MGTT tu. Puasa dari 10 malam hingga ke pagi. Pasal puasa ni pun i tak kisah sangat sebab i bukan jenis yang asyik lapar memanjang je. Apapun, doa sangat i takde kencing manis.


Oh ya,berkenaan paras haemoglobin i yang cantik tu? Sebenarnya i just amalkan makan Iron, Vitamin B Complex, Vitamin C dan asid folic yang doktor kat klinik kesihatan bagi. Selain tu, setiap 11 pagi masa kat ofis, i minum segelas Dumil Mama perisa coklat. Then malamnya i makan sebiji pil Blackmores untuk pregnancy formula. I takde makan hati ayam ke,paru ke..semua tu takde lagi sebab i memang amalkan tak makan benda alah tu.


I copy paste dari thebump.com.


Your baby at 25 weeks
  • She's enjoying her new sense of equilibrium -- she now knows which way is up and which is down.
  • She's growing more fat and more hair too!

  Pregnancy symptoms at 25 weeks
  • Constipation. Be sure to eat plenty of fiber-rich foods!
  • Hemorrhoids -- baby is putting a ton of pressure on your digestive tract. And the constipation certainly isn't helping.
  • Gas and bloating. Your hormones are slowing down digestion, creating excess gas.
  • Heartburn. Since baby is pushing on your digestive system it can push stomach acid up your esophagus.
  • All-over aches and pains, thanks to hormone fluctuations.
  • Trouble sleeping. It's tough to get comfy with that big belly in the way!

Tuesday, 12 June 2012

Checklist Barang Baby (updated!)

I ada buat entri baru pasal checklist ni. Boleh rujuk SINI...

Hai.

Sebenarnya i dah ada dah checklist barang baby i sendiri tapi list baru ni i jadikan final list i. I dapat list ni dari blog ini. Bulan depan kandungan i dah 7 bulan, so by the end of this month, kami suami isteri akan cuba lengkapkan barang-barang baby yang penting.

Baju-baju baby i beli sikit jer, sebab nanti 5-7 Oktober 2012 ada Baby Ekspo di Danga City Mall. Kalau semuanya ikut perancangan, i akan bersalin 27 September 2012, jadi boleh kot kalau i keluar sekejap masa Baby Ekspo tu nanti. Kalau tak pun, boleh ajer minta tolong suami belikan.    ^.^

So, here is the checklist.

* Untuk Ibu ke hospital * (prepare dalam 7bulan untuk masuk dalam beg)
 
Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
Kad Pengenalan
Telefon Bimbit
Baju (2 helai)
Stokin (2 pairs)
Kain Batik (2 helai)
Bra (3 helai)
Disposable Panties (5helai) 
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
Tuala Mandi
Maternity Pad/Pad Biasa (1 pek)
Selipar (1pasang)
Kamera
Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
Termos Air Panas
Bag Plastik
Baju Sejuk (Sweater)-(1 helai)
Sikat
Breast Pad (4 pair)
Nursing Bra (2 helai)



* Untuk Bayi ke hospital*(prepare dalam 7bulan untuk masuk dalam beg)
 
Baby Diapers (14 keping)
Baju (3 helai)
Minyak Yu Yee Cap Limau
Baby Wipes/Wet Tissue (2 pek kecil)
Tuala Mandi (1 helai)
Stokin/Sarung Tangan Bayi (5 pairs)
Peralatan Mandi
Selimut/Bedung (3 helai)
Barut (4 helai)
Topi (1 helai)

Berpantang (Untuk Ibu)
 
Set Berpantang done.i beli Shaklee Set C
Stokin done.suami punya ada banyak sangat, jabatan dia bagi.
Baju Sejuk done.
Selipar
Kain Batik done.ada 6. MIL cakap, nanti dia bagi lagi.
Bengkung done.mami i ada bagi, i ada beli online juga 1.
Maternity Pad done.beli Madamme Pureen tu 1 pek.
Pad Biasa done.baki sebelum peknen dulu.
Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka) memang ada kat rumah.
Minyak Angin/Urut done.beli minyak Alfiat, losyen Mustajab dan minyak berubat NR
Makanan/Minuman (Air Masak, Horlick,  Susu, Biskut, Roti)
Tukang Urut


Baby Gear 


Baju- Lengan Pendek (5 helai) done
Baju- Lengan Panjang (5 helai) done
Rompers (5 helai) done
Seluar- Pendek (5 helai) done
Seluar- Panjang(5 helai) done
Sarung Tangan + Sarung Kaki (5 pairs) done
Baby Bip (1 helai) ada dua.
Sapu Tangan (5 helai/set) pakai lampin je.kalau perlu,mungkin beli lepas baby lahir.
Barut
done.ada lima.
Topi done.ada dua.

Diapering
 
Napkin (1 pek) done.mami i bagi 20 pieces, adik bongsu i punya dulu yang belum dipakai.
Lampin Pakai Buang (3 pek) done.i beli kat kawan i.Huggies for Newborn.
Safety Pin done.ada 4.cukuplah tu.
Changing Mat done.brand Anakku, beli kat Tesco. harga RM17.
Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi done.Pureen A-B-D done

Baby Care & Grooming
Losyen Bayi done.J&J Milk Lotion
Wet Tissue done
Sikat done
Putik Kapas (Cotton Bud) done
Pengepit Kuku (Nail Clipper) done
Nasal Aspirator (untuk selsema)
done 
Methylated Spirit - alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
Minyak Yu Yee Cap Limau done
Cotton done

Diaper Cream. done.
Beg Baby done.

Nursering
 
Selimut done
Bedding set done.i tempah set kekabu.
Katil Bayi done

Dimple Pillow. done
Kelambu done.mami i bagi.
Bakul Baju Kotor memang dah ada.

Almari Baby done. 
Bakul Baby (Simpan Toiletries Baby) memang dah ada kat rumah.


Feeding 
 
Botol saiz S (2 botol) done.brand Avent.
Puting Botol Susu (2 pieces)
done.brand Avent.
Berus Pembersih Botol done.brand Avent.
Nipple Cream i beli Earth Mama Angel Baby, untuk baby tapi i pakai untuk sendiri jugalah.
Nursing Pad Washable (2 pairs) kawan i bagi.
Nursing Pad Disposal (2 kotak) kawan i bagi.

Shield collector since pam i jenis single, so i perlu beli ni untuk elak pembaziran susu.
Breast Pump done.single electric pump Avent.
Cooler Bag done.brand Autumnz.
Breast Milk Storage Bottle
done.brand Autumnz.
Breast milk storage done
Nursing Pillow done.brand Babylove.
Termos

Cecair Pencuci Botol. done.
Dyring Rack done.brand Pureen.

Travelling
 
Beg Bayi mami i bagi.beg Kiko.
Baby Sling done.
Stroller mami i bagi.

Bathing 
 
Tuala ada 12, suma brand Anakku.
Besen Mandi & Tempat Duduk Dulang done
Sabun Mandi done.

Extra 
 
Penyangkut Baju Bulat Kecil done.

Penyangkut Baju Bulat done.
Penyangkut Kecil done.

Bekas Spray Air. done

Lengkap dah kot. Syukurlah..Yang baki sikit-sikit tu, boleh beli slow-slow.Semoga i dan baby sihat walafiat..Amin..

Sunday, 10 June 2012

Cara-Cara Memandikan Bayi

Hai.
I dapat ni dari ForumCari.
I copy paste kat sini untuk panduan i di masa depan.
Seriously, i dah start rasa cuak dan ragu-ragu nak mandikan baby ni.
Tapi sebagai ibu, i dah janji dengan diri sendiri, biarlah i jaga anak i sendiri sebelum i start kerja.

Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia. Selain menggunakan air suam, ibu bapa juga disaran supaya tidak memasang kipas dan membuka tingkap. Alasannya masih sama supaya bayi tidak berasa sejuk.

Waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi pula, sekitar pukul 10 pagi dan pukul 5 petang. Daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan. Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaik-baiknya bedung bayi menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.

Langkah pertama
Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu.

Langkah kedua
Bersihkan kepala bayi.Kepit telinga supaya tidak  telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.

Ketika proses ini juga, sikat rambut bayi supaya dapat menanggalkan lendir yang melekat.

* Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan.
 
Langkah ketiga
 Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.

Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung.

Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering.
 
Langkah keempat
 Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju.

* Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat.Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.

Selesai bayi dibersihkan, disapukan bedak dan losen serta dipakaikan baju, ibu diwajibkan menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar selepas proses mandian.

Saturday, 9 June 2012

Baby 24 Minggu

Hai.
Baby dah 24 minggu dah. 
So, i nak share sikit perkembangan kandungan i setakat ni.

Perkembangan baby?

Baby semakin kuat menendang.Ada masa tu, sampai nampak perut i bergerak masa baby tendang.

Baby suka makan, i rasalah. Sebab bila i makan yang sedap-sedap, mesti baby asyik menendang jer. Kalau makan yang kurang sedap, dia senyap jer. Jadi, bila i masak sendiri, memang baby duduk diam-diam.  =.=

Kalau dulu,masa i start boleh rasa baby gerak, baby cukup pemalu. Kalau papanya pegang perut i, mesti dia diam tak nak bergerak. Tapi sekarang, kalau suami i atau adik-adik i sentuh perut, rajin jer dia tendang-tendang.

Perkembangan i?

I benci keluar rumah. Jadi tak payahlah nak ajak i shopping ke, berjalan-jalan ke..

I selalu batuk, tiap malam asyik batuk jer. Sampai kadang-kadang i kena tidur duduk.Kalau makan strepsils, elok jugalah batuk i tapi i tak naklah bergantung pada strepsils. Maka i tahan jer sambil minum air kosong banyak-banyak. Mami i pulak risau sangat tengok i asyik batuk jer tapi i cakap takpelah. Dugaan mengandung. At least i takdelah kena sakit yang teruk macam sesetengah ibu mengandung yang lain. Kan?

Kaki i bengkak kalau i banyak berjalan. Tak sakit cuma i boleh nampak yang kaki i bengkak.Jari jemari i pun dah gemuk, cincin kawin memang dah tak muat. =.=

Itu jelah perkembangan i setakat ni. Barang-barang baby semua so far dalam 90% siap. Semoga baby sihat sempurna dan i pun sihat juga sepanjang kehamilan ni.
Amin.