Wednesday, 23 May 2012

1st Check Up di Columbia Asia Nusajaya

Hai.

Tadi kami suami isteri pergi check up di Columbia sebab kami betul-betul nak tahu gender baby sebelum balik Sarawak weekend ni. Ni first time kami nak pegi sana. Hari tu time i pegi dengan kawan-kawan,kami cuma jalan setakat Aeon Bukit Indah jer. Nasiblah hari ini otak i bijak sikit (tak pelupa macam biasa), jadi i dapat ingat dengan baik jalan nak pergi sana. Masalahnya,jalan balik i totally lupa. Nasiblah dapat laki yang jenis cepat ingat jalan.  =.=

Sebenarnya dari malam tadi i pujuk baby untuk buka kaki dia masa scan. Pagi tadi,i beli coklat dan fresh milk untuk pujuk rasuah baby. Siap cakap..baby,nanti baby buka kaki. baby be good, mama bagi coklat ok..

Kenapa nak pergi Columbia Asia yang jauh bagai nak rak sedangkan kami tinggal di bandar JB?  Sebabnya kawan-kawan i yang pergi situ cakap Dr Rajesh Mahendran (O&G kat situ) sangat bagus dan sangat baik.

Masuk jer tempat tu, security tu siap ucap 'Selamat Pagi'. Suami siap puji, bagus betul security kat sini. Then pendaftaran macam biasa, i dapat kad. Siap ada gambar i lagi. Lepas tu, pegi lagi kat kaunter lain dan nurse timbang i. Berat masih 74.5 kg, macam masa i check up aritu.

Bila jumpa doktor, first impression..Dr. Rajesh ni sangat friendly, sangat pleasant. Selepas beberapa Q&A, maka masa untuk scan baby pun tiba. Doktor tanya, i nak baby apa? I cakap tak kisah sebab ni 1st baby. Dia tanya suami pulak. Suami cakap nak girl.

Baby kat dalam masih mengiring membelakangi kitaorang macam hari tu tapi syukurlah dia buka kaki.  So,nampaklah ehem-ehem dia.Next month kalau scan lagi dan confirm, i announce yer..  ^.^

Doktor cakap baby sangat aktif. Tendang sana sini. I cakap kat doktor..baby aktif sebab i dah bagi dia coklat tadi. Kalau tak,jangan haraplah dia nak bergerak masa orang lain pegang. Overall baby sihat, syukur sangat. Muka dia tak nampak walaupun scan 3D sebab dia membelakangkan kami. I boleh nampak tangan dia berpaut kat perut i.

Sebelum balik, i dapat goodie bag. Yeay!!



Sekarang i terasa macam nak bersalin kat Columbia Asia ni pulak. Hmm..Tapi suami mesti tak bagi sebab membazir dan tempat tu jauh sangat..Tengoklah nanti macam mana.

Take care!

Monday, 21 May 2012

Set Berpantang Shaklee

Hai.

Kandungan i dah lima bulan, so i fikir lebih elok kalau i beli barang untuk berpantang sekarang. Nanti kalau ada rezeki lebih esok lusa, boleh i guna duit tu untuk benda lain pula. Pasal set berpantang ni, i ada banyak sangat kekeliruan.

Kalau ikut MIL, mesti dia suruh i berpantang cara Cina (sebab dia mix Cina-Iban).
Kalau ikut mak i, dia mesti cakap berpantang cara Iban.
Kalau tanya kengkawan, diaorang suruh i makan jamu segala ikut style Melayu.
Kalau tanya suami pulak, dia mesti cakap suruh i bersenam macam orang putih.

Pergh!Nak berpantang pun guna konsep 1 Malaysia.

Jadi, last-last i decide,biarlah i cari set berpantang yang elok untuk badan i,yang boleh i makan sambil menyusukan baby, yang boleh dimakan walaupun baby kena jaundice (i tak minta, ini in case saja), yang i yakin i sanggup makan dan paling penting,harganya berpatutan. 

Maka, i pun beli Set Berpantang Shaklee (trial pack) dan Osteomatrix dari Puan Azlin..Total RM159. Recommended seller, baik sangat. Tadi barangnya sampai. Siap dapat bekas plastik dan bekas ubat free lagi.Yeay!!







I attached sekali yer jadual pengambilan Shaklee ni, untuk panduan i sendiri. Jadual i berbeza sikit dengan yang kat container ni sebab i ada ambil osteomatrix.

After breakfast - B Complex sebiji, Vitalea sebiji.
After lunch - Vitamin C sebiji, Zink sebiji
Sebelum tidur - Osteomatrix dua biji, digalakkan ambil bersama segelas susu

Minimum minum 2 liter air
Make sure tambah kekerapan direct feed/pam susu.
Elakkan makan Vitalea bersama Osteomatrix sebab nanti daya serapannya akan berkurang.
Kalau baby flu/demam, ibu boleh ambil dua biji B Complex dan sebiji Vitamin C patahkan jadi dua (ambil dua kali) untuk yang lebih optimum.


Semoga set berpantang ni sesuai dengan i dan membantu sedikit sebanyak dalam menghasilkan susu yang terbaik untuk baby.I doakan semoga anak kami dimurahkan rezekinya untuk menikmati khasiat susu ibu sehingga berusia dua tahun.

Amin.

Saturday, 19 May 2012

Barang-Barang Baby

Hai.
I nak share barang-barang untuk the little one yang telah kami suami isteri sediakan. Bila i tengok-tengok balik, tak sangka pulak i beli barang yang exactly macam kat checklist. Takde membazir lagi kot..so far la.Entri ni dibuat bukan untuk menunjuk tau, tapi untuk rujukan i di masa depan.
 
Baju baby yang pertama. I sanggup drive sorang-sorang ke Angsana semata-mata nak beli. Tadi baru realise, baju ni untuk 6-12 months.  =.=

 Semua ni i dapat secara free gift masa ekspo aritu kecuali mom's bag Kiko merah tu. Beg tu adik bongsu i punya, i ambil untuk baby.

 Changing mat Pureen ni beli kat Tesco. RM22. Yang traditional warna biru pink tu harga RM19,so i pilih yang super cute ni. Mitten dan booties beli di Jusco dan Tesco. 7 pasang, cukup la kot. Bunny tu dapat dari Dumex, free gift.

Rompers. Beli 3 jer. Total RM30. Susah nak pilih yang unisex.  =.=

Breastfeeding set. Beg Autumn, Avent Single Electric Pump, Avent Starter Set...semua ni kami beli masa Mom's & Baby Ekspo.

Classic Starter Set, RM100.

Single Electric Breastpump, RM599. Sebenarnya i nak beli yang manual tapi suami cakap, better beli yang ni sebab boleh guna electrik,bateri dan manual.

 I beli barut plain colour saiz M (RM22/5 helai) + RM6 postage di MyBabyComel.Barut ni i memang highly recommended sebab barut dia memang sangat cantik.Jahitan kemas, memang macam homemade punya. Kain dia cotton macam kain cadar kat hospital kerajaan (erk,kenapa kena bagi contoh ni?), so takdelah baby panas nanti.

Cukup ke barut 5 jer? I tanya nenek dan mummy i,dia cakap cukuplah tu.Lagipun baby pakai kejap jer. Sampai tali pusat tanggal, mummy i cakaplah. Takpe,kalau tak cukup, nanti beli lagi.

 Nursing pillow dari Baby Love, RM59. Beli kat ekspo juga.

Kalau tengok gambar ni, mesti orang assume baby ni baby boy. Tapi tidak yer, towel tu sebenarnya ada dua dalam 1 pek, biru dan putih. Stokin tu pulak looks cute.  ^.^

Towel tu harga asal RM19.90, kat Giant, kami dapat RM12.99. Murah giler! Ikut mami i, dia suruh beli sedozen tapi i beli 6 towel, cukuplah tu.

So far,ini jer barang yang ada di tangan i. Baju-baju baby kami memang belum baby sebab tak tahu jantina baby.Next scan,doalah semoga baby tak malu-malu lagi dan tunjuk jantina dia.

Take care!



Thursday, 17 May 2012

Ais Oh Ais

Tahu tak kat Malaysia ni ada macam-macam jenis air yang sedap? Cendol, teh ais, horlick ais, milo ais, laici ais, cikong ais..Apakah persamaan di antara mereka?

AIS.


I adalah peminum minuman berais yang sangat tegar. Dan aiskrim juga.
Dari kecik,sampai ke besar..i memang asyik minum air ais jer.
Tak kira pagi,tengah hari,petang atau malam.
Untuk mengawal ketagihan i yang rasanya kurang baik itu, i tak simpan air ais kat rumah.
Jadi kami suami isteri memang tak minum air ais di rumah.

Bila dah pregnant ni, i masih minum lagi air ais.
Kalau i order minuman panas, mesti kengkawan cakap..apa mimpi kau arini?
Tapi aritu diaorang cakap..

Rasanya sekarang kau patut stop minum air berais..

I tak minum minuman bergas pun dah cukup susah.Sekarang minum ais pun tak boleh??
Rakan sekerja i sorang lagilah teruk. Ada ke cakap kalau minum ais nanti baby i kecut sebab sejuk? Isk..minta jauh!

Tapi kawan-kawan i yang lain cakap, takut nanti baby akan asma,mudah kena flu..hmm..Okeylah baby, mama kurangkan ais yer. Demi baby, mama minum jer mineral water dan susu jer tiap ari.Jimat duit mama.

Wednesday, 16 May 2012

Hadiah Pertama Baby

Hari ini baby dapat hadiah pertama.  ^.^
Tapi mamanya yang seronok lebih sebab yelah..baby tak kuar lagi, nak seronok camna..ye tak?
Sebenarnya i tahu yang my bestfriend memang akan bagi i hadiah sempena kelahiran baby ni jadi awal-awal lagi i dah cakap..

Hah,belikan baby aku benda alah ni.

Tak malu betul i ni kan? Hahaha. I punya konsep pun senang jer, dari orang beli hadiah yang kita dah ada, ataupun kita tak suka, baik kita minta sendiri. 

Nak tahu the little one dapat apa??

 BALBOA ADJUSTABLE RING SLING

I beli (dengan duit kawan i) yang macam ni.
 
Beli kat OneBabyWorld dengan harga RM99.90 + RM6.00 kos penghantaran. Harga asal RM199.90 so since dah 50% diskaun ni, i ambiklah.Tapi benda ni belum sampai lagi. Baru jer order tadi.

Kenapa nak ring sling?

- I ni mudah terlanggar barang dan tersadung,nanti kalau i pegang baby dan terjatuh, adoyai.
-Kalau nak jalan-jalan tempat crowded, lagi senang pakai carrier gini berbanding stroller.
-Boleh laras, ada 4 kegunaan, macam kat gambar bawah ni.
 




Semoga baby suka yer anak mama..sebab mama suka sangat..  ^.^
Thanks tau my bestfriend..   :)

Tuesday, 15 May 2012

Baby Tak Gerak

Hai.

Malam tadi, disebabkan i batuk, i pun minum sesudu ubat batuk yang i dapat dari doktor.
Tapi,  sebelum tidur, i perasan yang baby tak tendang-tendang macam biasa.
I cakap dengan suami.
Suami cakap maybe baby merajuk sebab i bebel-bebel kat baby.
Yela, masa scan baby tak nak tunjuk muka.

I pun okeylah.
Pagi ni bila bangun, i gosok-gosok perut, tapi baby senyap jer.
Bila suami tanya baby tengah buat apa, i cakap jer..baby still sleeping.

Then masa i bersiap nak pergi kerja, baby masih tak bergerak langsung.
I dah sangat risau.
I tepuk-tepuk perut suruh baby gerak.
I minum susu, kot-kot nanti lepas makan, baby gerak macam biasa.
Tapi baby langsung tak gerak.

I risau sebab malam tadi i makan ubat batuk.
Walaupun doktor cakap ubat tu selamat, tapi i masih risau.
Dah menitis-nitis air mata i ni.

I mengadu kat suami, suami cakap nanti baby geraklah.
Masa breakfast,masih no movement.

Kawan i cakap, mesti baby kau mabuk sebab makan ubat batuk.  

Apapun, dalam pukul 8.50 pagi gitu, akhirnya i dapat rasa baby gerak.

Tahu kan perasaan tu bila seseorang 100% di bawah tanggungjawab kita, 100% depend kat kita, dan gara-gara kita melakukan something walaupun tanpa niat langsung yang mungkin menyakiti dia.....the fact that he/she's fine, rasa lega sangat.

(sorilah ayat seorang yang emo, memang berbelit-belit)

Apapun,my advise..kalau sakit masa pregnant, JANGAN MAKAN UBAT!!

Tak kisahlah doktor cakap selamat,kita sakit sampai tertonggeng ke, seboleh-bolehnya janganlah mempertaruhkan keselamatan anak kita.

 
Semoga the little one stay healthy, membesar dengan sempurna. Amin.
 






Monday, 14 May 2012

Kecewa

Hai.



Hari Isnin, dan i kurang sihat.
Batuk-batuk seharian.
Suami i cakap,i batuk sebab semalam minum jus epal yang i buat sendiri.
Sebab sebelum ni,kalau i makan buah, i memang selalu sakit.
Durian (sakit dada), mangga (batuk sepanjang malam)..
Tapi ikut lojik, takkanlah minum jus boleh batuk?

So, i ajak suami pegi klinik Bio Sucinas sebab klinik tu jer yang i tahu masih buka lepas working hours.
I tanya boleh ke makan asam jawa sebab i batuk?
Doktor cakap, elakkan benda berasid sebab nanti kalau i gastrik, akan effect baby.
Nanti baby tak cukup khasiat.
 
Then i cakap kat doktor yang i nak scan baby.
Nak tahu gender baby.
Tapi doktor cakap depend dengan position baby.
Bila scan jer, doktor ukur kepala baby..normal.
Memang tepat dengan umur baby iaitu 20 minggu 4 hari.
Panjang kaki baby pun okey, normal.
Syukurlah.

I tanya doktor, kenapa perut i kecik? Doktor cakap, takpe sebab baby kami normal.
Lagipun ukuran spesifik perut masa peknen memang takde.
Yang ada tu cuma purata saiz jer kan?
Then scan 3d, ingatkan nak tengok muka baby.
I dah mula excited, baby cam muka i ke..macam muka suami..

Yang sedihnya, baby boleh pulak mengiring MEMBELAKANGI SCANNER!!
Kami suami isteri cuma boleh tengok kaki,paha,belakang kepala dan montot baby.

Doktor cakap, takpe..kita cuba lagi.
Lepas tu dia godek-godek lagi benda alah tu, tapi baby sikit pun tak bergerak.
Dia baring jer diam-diam.
=.=

Last sekali, lepas bayar dan ambil ubat, kami pun pegi makan.
I baru jer makan suapan pertama, baby dah mula tendang-tendang.
Oh, tadi diam jer..sekarang time makan rajin pulak menendang.
Mama bayar tau nak tengok baby, baby pulak boleh main hide and seek.
 Adoyai anak..

Saturday, 12 May 2012

Retail Theraphy

Hai.
Dengan ini i menganugerahkan KSL City Johor Bahru sebagai my most favourite shopping mall sebab Guardian telah dibuka di sana!! Ada great sale lagi. I masuk Guardian tu, ikut hati nak jer melompat-lompat kegirangan.

I promote mall ni kejap yer.
Benda yang best kat KSL ialah ada Watsons, Guardian, Caring (oh,perfect!!), ada KFC yang luas (super like!) , Auntie's Anne (tapi kalau nak Auntie's Anne yang paling sedap, sila ke City Square), ada Sushi King (his favourite), kedai RM4.99 (ini bukan kedai yang salesgirl dia asyik sebut Selamat Datang. Setiap barang RM5 tu tau. Barang kat sini lebih bagus), ada MBO Cinema, Season's dan Bread Talk dan lastly ada Tesco. I mention tempat i selalu pergi jer okey.

Semalam i paksa suami teman i cari Palmer's Soothing Oil. Cari kat Watsons dan Caring, dua-dua takde. Jadi i terpaksa beli Palmer's Theraphy Oil. Then bila dapat tahu cawangan Guardian dah dibuka, maka i pun ke Guardian dan shopping!!

Jangan tanya i di mana letaknya Guardian tu sebab i memang sangat teribble dalam memberi direction. Yang i boleh cakap, dia terletak di Ground Floor, tak jauh dari Watsons dan Each A Cup.

Ok, sesi merekod barang yang dibeli untuk rujukan di masa depan.


Palmer's Skin Therapy Oil - RM32.80 di Watsons.
Kat Guardian RM26.80. Si 'bijak' ini beli kat Watsons.  =.=

Palmer's Soothing Oil - RM31.84 (after less 15%)

B&B Shampoo & Conditioner - RM4.03
Beli untuk diri sendiri sebab suka membazir murah.

Dove Beauty Moisture Body Wash - RM6.21.
Sekarang i ada 4 botol body wash. ^.^

Johnson's Milk Lotion - Sebotol RM1.48
Walaupun i dah ada 7 botol losyen tapi i beli sebab murah dan wangi.

Colgate
Untuk suami. Kenapa dua kotak? Sebab i lupa yang i dah beli kat Watsons, i end up beli lagi sekotak kat Guardian. =.=

Aquafresh - RM6.40
Untuk suami sebab i guna berus gigi yang sama kaler pink. Jadi dia kena warna biru. Nanti our little one i beli warna hijau muda.   ^.^
I buat entri ni sebab i nak tahu berapa lama i boleh pakai sesuatu produk, takde niat lain.
Take care.

Friday, 11 May 2012

Losyen Semasa Mengandung

Hai.
Bila perut semakin besar, maka bermulalah episod perut gatal.
Gatal yang merenyam-renya,sampai meremang bulu roma dibuatnya. 
Kalau ikut hati, i memang nak garu.
Tapi lepas i tengok gambar stretch mark kat google, i jadi takut (nak paste gambar tu kat sini pun takut). So, i memang tak garu walaupun gatal.

Sejak kandungan sebulan lebih aritu, i memang dah pakai losyen stretch mark.
Ada yang ok, ada yang takde beza apa pun bila i pakai.

I review sikit losyen stretch mark yang i pernah pakai yer.
Ini berdasarkan perut i, perut uols i tak tau.

Palmer Massage Lotion




Ini losyen yang pertama i pakai.
Teksturnya sangat cair, i tak suka losyen cair.
Bau dia okey, takdelah bau koko, tak sweet..just nice lah.
Berkesan atau tidak..i tak pasti sangat.
Sebab masa tu kandungan baru sebulan lebih, jadi perut belum gatal atau ada stretch mark.
Tapi memandangkan  teksturnya kurang meyakinkan, i rasa losyen ni kurang best.

Palmer Massage Cream


I pakai dari kandungan i berusia dua bulan sampai sekarang, lima bulan.
Bau dia sama macam palmer massage lotion yang kat atas tu.
Tekstur dia sangat thick, tapi tak melekit.
Cepat menyerap.
Memandangkan perut i dah start gatal, bila i apply losyen tu, sapu-sapu kejap kat perut, memang gatal tu hilang.
Tapi syaratnya, kena rajin sapu.
I sapu setiap pagi dan malam, lepas mandi.
Selain tu, kalau time tengah-tengah malam, perut tetiba gatal, i sapu gak. (kalau tak,memang i akan garu-garu perut).
So, i memang rasa, this is the best. I akan continue pakai.



Bio Oil






I pakai yang sample jer, dapat masa ekspo aritu.
Mungkin bio oil ni bagus untuk parut-parut (kawan-kawan i cakap bagus tapi kena rajin pakai) tapi in term of menghilangkan kegatalan perut tu, memang tidak ye.
I tetap rasa gatal yang merenyam seperti terkena miang lalang walaupun dah sapu banyak-banyak kat perut.
Jadi, benda alah ni memang kurang sesuai untuk i.

Pureen Stretch Mark's Lotion


I dapat sample juga, dalam dua pek.
Tekstur dia cair, macam palmer massage lotion.
Bau dia lebih wangi dari losyen Palmer.
Berkesan atau tidak..i tak pasti sangat sebab so far i pakai dua kali, memang rasa gatal tu takde tapi i tak suka losyen yang cair.

Itu jerlah point of view i pasal produk ni.
Nak upload gambar sendiri, lambat sangat line P1Max i ni, jadi i pinjam gambar dari Mr Google yer..

Take care!


Thursday, 10 May 2012

Check Up di KK 20 Minggu


Hai.
Short update jer.
Tadi i pergi klinik untuk check up macam biasa.
Tadi first time diaorang ambil darah yang jenis tekan jer tu..untuk paras HB. 
Nasib tak sakit.

So far semua ok.
Tapi yang i pelik..doktor tu cakap uri baby elok jer bila scan tadi.
Sedangkan doktor kat Bio Sucinas aritu cakap uri i kat bawah.
Mungkin uri tu dah beralih kot..syukurlah.

Paras gula : Blue
Hb (gm%) : 11.2
Berat : 74.5 (naik 1.5kg)
Tekanan darah : 100/60
Tinggi rahim : 17cm 
(sepatutnya 20cm sebab tinggi rahim ikut minggu pregnancy tapi doktor tak cakap apa-apa dan baby pun sihat jer, so oklah kot..) 

I pun malas nak tanya banyak-banyak kat doktor tu sebab i dah lapar. Si kecik kat dalam dah tendang-tendang dah..Kesian dia.
Sepatutnya jantina baby dah boleh diketahui masa ni, so mungkin sebelum balik Sarawak hujung bulan ni, kami suami isteri pergi scan.

I copy paste dari thebump.com.
 
Your baby at 20 weeks
  • She's got working taste buds.
  • Now, she's gulping down several ounces of amniotic fluid each day -- that's significantly more than before.



Pregnancy symptoms at 20 weeks



Tuesday, 8 May 2012

Durian Oh Durian



Hai.
Ahad lepas, i pergi pasar malam Larkin dengan suami.
Suami beli durian, makanan favourite dia.
Sampai jer kat rumah, suami makan durian tu sambil i tengok jer.

Hubby : Nak tak?
Wifey : Saya tak boleh makan durian.
Hubby : Kenapa?
Wifey : Entah. Orang cakap tak boleh, saya ikutlah.
Hubby : Seulas pun tak boleh?
Wifey : Tak boleh.
Hubby : Kenapa?
Wifey : Nanti baby kuar bau durian..
(sungguh bagus kan jawapan ni?i sendiri pun macam tak caya yang i bagi jawapan 'sebijak' ini.)

Suami pula buat muka macam langsung tak percaya jawapan mengarut i. 

Jadi memandangkan i teringin pulak nak merasa durian,maka setelah i fikir masak-masak, i makan juga seulas durian tadi.

BIG MISTAKE!

Tak sampai setengah jam, i dah start rasa sakit dada. Rasa macam ada benda block kat dada i.Adakah ini yang dinamakan heartburn? I pun tak tahu.I minum air kosong dan susu, dengan harapan sakitnya akan berkurangan. Tapi, masih jugak sakit sampai ke tekak.

Paginya, i muntah-muntah. Lepas tu, baru ok.

Kalau i sakit, i tak kisah sangat tapi i risau takut apa-apa jadi kat baby. Harap dia sihat kat dalam tu. Lepas ni,jangan harap i nak makan durian lagi.

Sunday, 6 May 2012

Review Deodorant Yang Sedang Dipakai

Disebabkan i teramat rajin, hormon happy i sentiasa menemani i..maka here it is...a product review entry! Yeay!

Deodorant. Korang pakai tak? I sentiasa pakai, kecuali time nak tidur. Sebab i paling pantang dengan orang yang ketiak busuk, jadi i seboleh-bolehnya tak nak ketiak i busuk. I dah try banyak deodorant dan sekarang, i ada dua deodorant yang i pakai.


Mari kita buat perbandingan.
Perbandingan ini berdasarkan ketiak i tau, ketiak orang lain, i tak tahu.

Nivea Invisible For Black & White

 
Lepas pakai, ketiak berpeluh?
Tidak sebab deodorant ni anti perspirant. Tahan sepanjang hari. So, i sentiasa yakin bila pakai ni. Takkan ada kejadian ketiak basah, pastu kena kat baju..nampak pengotor.

 
Ada yellow stain tak kat baju? White mark kat baju hitam?
Tiada. Memang langsung takde. Superb! I memang teramat benci bila lepas pakai deodorant, kita nak pakai baju, tetiba ketiak tu terkena kat baju, terus meninggalkan kesan.

Mudah kering?
Yes. Tak payah nak tunggu 5 minit sampai ketiak tu kering.
 
Menghitamkan ketiak?
Malangnya, ya. Lepas sebulan pakai, ketiak i lebih gelap berbanding biasa. Uwaaaa..
 
Tekstur?
Tekstur dia just nice, tak cair dan tak pekat sangat. Bau dia lebih kurang macam deodorant nivea yang lain. Tak wangi, tapi taklah busuk.

Akan continue pakai?
Tak sebab suami sampai tegur, kenapa ketiak i jadi hitam.  =.=

Garnier Mineral Light Extra

 
Lepas pakai, ketiak berpeluh?
Tidak tapi daya tahan deodorant ini bukanlah sepanjang hari. Mungkin sebab dia mineral kot. So, after 5-6 jam, kita akan start rasa sweating. Tapi takdelah sampai ketiak tu busuk.

Ada yellow stain tak kat baju? White mark kat baju hitam?
Ada. Main reason i tak suka pakai deodorant ini.

Mudah kering?
Hadoiii..lambat. Kena tunggu dalam 5 minit.

Menghitamkan ketiak?
Tak, deodorant ini betul-betul mencerahkan ketiak. Tapi kena guna dalam sebulan baru nampak hasil.

Tekstur?
Agak cair, i kurang suka. Tapi wangi, bau lemon..sebijik macam losyen Garnier.

Akan continue pakai?
Buat masa ini, ya. Supaya ketiak i cerah.

Kedua-dua produk ini bukanlah a great product all in one. Both ada pro dan kontra. So lepas ni, i akan try lagi deodorant lain until i find the one.

Take care!

Saturday, 5 May 2012

Resepi Peria Goreng Rangup

Jom kita masak!!


Resepi kita hari ini ialah peria goreng rangup ye puan-puan.
Cara menyediakannya amat mudah, kalau i yang tak terer memasak ni reti buat, orang lain confirm boleh punya.

Bahan-bahan :
Peria (pilih yang besar dan berwarna hijau muda sebab makin pekat hijau dia,makin pahit)
Tepung beras (sila gunakan tepung beras supaya peria kita rangup)
Garam
Minyak secukupnya

Cara-caranya :

Mula-mula bersihkan peria. Potong bahagi dua.

Kemudian hiris nipis-nipis.

Lepas tu, campurkan garam secukupnya dan gaul-gaul rata pada peria yang telah dihiris tadi.

Biarkan sebentar, bagi garam tu menyerap masuk.

Then ambil tepung beras, celup-celupkan pada tepung beras tu. Bagi semua permukaan peria disaluti tepung.

Last sekali, tuangkan minyak dalam kuali, tunggu sampai minyak betul-betul panas, masukkan hirisan peria yang bersalut tepung itu satu persatu.

Tunggu sampai warna peria tu golden, then siap.

Peria goreng ini rasanya exactly macam kentang goreng tau. Rangup yang amat. Sedap. I suka makan, cicah dengan sos cili.Even mummy i pun tanya i macam mana buat ni dan tiru this recipe... (bangga kejap)..

Take care!

Thursday, 3 May 2012

Dapat rasa baby gerak..yeay!

Hai.

Cerita baby lagi, macam biasa. 
Bersabarlah korang yer..
Minggu ni the little one 18 minggu.
Petang semalam, balik jer kerja, lepas i masak siap-siap, i masuk bilik, nak mengganggu ketenteraman suami yang tengah tidur lepas balik kerja shif pagi.

Then kami berbual-bual pasal dokumentari yang suami tengok sambil baring-baring.
Sebenarnya lebih kepada, dia bercerita, i mendengar.
Then tetiba i rasa perut i macam ada benda menendang.

Terus i bagitau suami suruh dia pegang perut i.
Then dia pegang.

Bila suami pegang, i rasa ada benda menendang lagi.

Rasa tak? I tanya suami. Suami geleng-geleng.

Then tendang lagi.

Ada tak? Suami senyap jer.

Pastu tendang lagi. Kesian baby kena tendang berkali-kali untuk bagi papa dia rasa.

Eh, adalah..Oh, baby dah pandai tendang mama dia.. Suami dah sengih-sengih.

Tapi tendangan baby belum kuat sangat. I cuma boleh rasa time i baring, dalam keadaan tenang dan sunyi jer.

Apapun, doa sangat semoga baby sihat..  

^.^