Sunday, 25 March 2012

Mom & Baby Expo @ Danga City Mall

Hi good people!



Selaku first timer, i memang super excited bila pergi ke baby ekspo. Ni first time pergi baby ekspo sebab last year, i was like apa-kes-aku-nak-pegi-baby-ekspo sebab belum pregnant lagi kan..So pada 23-25 Mac,baby ekspo yang besar-besaran ni diadakan di Danga City Mall (satu-satunya mall di bandar JB yang i jarang pergi).

I pergi ke ekspo tu tiga kali. Masa lunch break Jumaat tu dengan kawan, malamnya pergi dengan husband. dan hari Sabtu the next day. Tapi i pergi kejap jer. Dalam sejam setiap kali pergi. Despite sikap suami yang tak suka tempat sesak dan penuh dengan orang tu,dia sudi teman i. thanks sayang. :')

Barang memang banyak, orang pun banyak. Murah? Hmm..takdelah murah sangat pun. Cuma barang yang pelbagai jenama (Avent, Pureen, Pigeon, Tommy Tippee, Fiffy dll) tu dikumpulkan satu tempat so rasa meriahla nak membeli tu.


My favourite part, tentulah goodie bag!!!  I love free stuffs, everyone does kan? Nasib i dan kawan i pegi awal, jadi tak perlu beratur lama untuk amik goodie bag ni.


 Semua ni barang dari goodie bag tu. Barang yang i beli, i tak ambik gambar. Nanti-nantilah. 


Apa barang yang i beli?


I ada beli maternity dress sepasang dari mumdreams (harga RM70), dua kotak ubat gigi maternity pureen (RM6 sekotak), skirt maternity (RM43), pureen top to toe body wash (RM11) dan wet tissue little bean (6 pek,RM10).

Dan ehemmm.. i beli barang lain juga. I tahu mungkin ada yang akan cakap terlalu awal tapi i dah tanya my mom, dia cakap tak salah ready awal. Bagi kami suami isteri, memandangkan sekarang kami ada rezeki lebih, tak salah membeli awal. Kan?

So i beli nursing pillow dari babylove. RM59.90. Kawan i cakap, bantal camni bagus supaya kita tak lenguh masa menyusukan baby.Lagi-lagi kalau baby tu badannya montel. Beli ni dapat PWP stroller bag RM4.


Oh,ada sedikit insiden.Cashier tanya i..nak beg warna pink ke biru?


I confident jawab..biru.  :)


Bukan sebab i nak baby boy atau baby girl tapi kesiannya our baby nanti,kalau boy tapi kena pakai beg pink. Kalau tanya kat i, i tak kisah langsung jantina apa,janji baby sihat sempurna dan jadi manusia yang berguna.


Then kami beli breastpump dan botol susu Avent. I doa sangat dapat memberi susu badan kepada baby nanti.Amin.. (kat entri lain, i akan cerita lebih lanjut pasal ni ye)

Tengah sesak-sesak tu, tetiba suami i cakap..botol susu pun ada limited edition? (yang dia maksudkan adalah botol susu avent yang ada warna pink dan biru)


I senyum je. Suami adalah anak bongsu dan takde anak saudara atau anything yang berkaitan dengan baby jadi semua ni adalah perkara baru bagi dia.Takpe sayang, kita ada banyak lagi masa untuk belajar..

Last sekali, kami beli cooler bag (RM42), reusable ice pack (RM20) dari autumnz. Breastmilk storage, kami beli yang jenis botol dari pureen dan jenis plastik dari autumnz. Storage ni totalnya dalam RM50.


Itu jerlah barang yang kami beli. Benda lain tu, beli after scan jantina baby nanti. Mungkin masa baby 6-7 bulan.  ^.^


p/s : Dear baby, your parent spend a lot of money for you. We just hope u stay strong,be healthy okey..so u can use all the things we bought for u..  :)



Thursday, 22 March 2012

Citer Peknen.. :)

Hai. 


Sorrylah sebab blog ni dah jadi blog ibu mengandung pula.Bukan apa, i takut nak try produk-produk baru sebab risau kalau ada effect pada baby. (sebenarnya memang malas nak bermekap segala pun sekarang ni).

I cuma nak share amalan makanan i semasa mengandung sekarang ni.Yelah, i tinggal berdua jer dengan suami. Takde orang tua. So, apa yang i buat atau amalkan, i buat ikut suka hati i jer.

Minum air soya 
I tahu ada yang cakap minum soya bagus sebab nanti kulit baby putih.Tetapi i baca, memang kulit baby cantik tapi fragile.Maksudnya, kulit jadi macam kulit kami adik beradik.Ada ekzema. So, i memang tak minum soya,makan tauhu dan benda-benda camni.

Minum air kelapa
Doktor cakap jangan minum air kelapa di awal kehamilan. Nanti keguguran. Yelah,fungsi air kelapa kan macam membersih.  Dulu i tak tahu jadi i minum sebab nak baby berkulit cantik dan bersih. Nasib baby ok je.Sekarang,kalau i terasa nak sangat, i minum juga..tapi sikit jelah.

Durian
I baca,orang cakap tak boleh makan durian.Tapi masa baru pregnant (dalam 5 minggu), i teringin sangat nak makan tempoyak. Jadi i makan juga. Lepas tu, i dah tak makan lagi durian sampai sekarang.

Susu
I minum susu sebab suami cakap kalsium tu sangat penting.Dalam sehari, i pastikan i ada minum susu. Tapi susu kotak jelah sebab i malas nak bancuh susu. I minum susu low fat.

Nanas, tomyam, limau nipis
Doktor cakap tak boleh makan tiga benda ni sebab tajam.Nanas i ada makan sikit sebab aritu i makan pizza yang ada nanas tapi i makan sebab tu nanas dalam tin,dah diproses dan dimasak.Dan i makan sangat sedikit.Tomyam dan limau nipis, i memang tak sentuh langsung.

Kurma
Dalam sehari,i pastikan i ada makan sekurang-kurangnya sebiji kurma. Orang cakap, bagus untuk otak baby.

Selain tu, i tak angkat barang lebih dari 10kg, i elakkan dari penat sangat dan paling penting i memang takkan buat diri i stress sampai orang sekeliling boleh stress tengok betapa i ni tak ambil pot semua benda.Contoh situasi :

Bos suruh buat something urgent.

I relax jer. Dalam hati cakap, apa kes nak paksa aku.Nak cepat sangat, buat sendiri.


Orang lain mengadu masalah kat i.
I cuma bagi nasihat suruh sabar..bla..bla..kalau dia tak nak dengar, i cakap jer, kalau susah sangat nak hidup, baik tak payah hidup jer.


Jahat tak i?Apa boleh buat..kalau i stress,nanti perut i sakit. I pun tak tau kenapa.Paling i risau,kalau i tertekan, i kena high blood pressure, kena admit..bos dan orang-orang yang buat i stress tu paling-paling pun cuma lawat i dan bagi buah-buahan. Sungguh tak berbaloi!



Tuesday, 20 March 2012

Buku Merah Sudah Siap! :)

Hai.

 Pinjam gambar kat google.  :)

Hari Khamis lepas iaitu 15 Mac 2012, i pertama kali pegi klinik kerajaan untuk check up.Sehari sebelum pergi, i dah buat checklist dah nak kena bawa apa semua.Kecoh kan?Pegi klinik pun nak ada checklist.Bukan apa..sebab i dengar macam-macam benda pasal check up kat klinik kerajaan ni.

Apa yang i prepare?

Bekas urin - I punyalah risau i tak boleh kencing kat klinik,pastu nurse marah. Adoila..mau aku menangis nanti.

Sijil kahwin - Ada yang cakap kena bawa sebab takut nanti baby tu takde status.Hmm..ye ke?Apa pun,i bawa juga.

Bil - Untuk mengesahkan alamat rumah. I tak pasti ni perlu ke tak tapi i bawa juga sebab i sentiasa lupa alamat rumah.  =.=

Wet tissue - In case toilet kat klinik kotor.Ni wajib bawa especially when you are pregnant.Make sure kalau masuk toilet,bersihkan dulu sebab kita tak nak sakit kan?

IC - Penting!!

Suami - Orang cakap kena bawa tapi dia teman i sejam jer,lepas tu i suruh dia balik sebab kesabaran menunggu dia sangatlah rendah dibandingkan dengan i.Buat aku stress jer tengok dia stress.

I pegi ke Klinik Abdul Samad, Johor Bahru.Dengan pakaian yang longgar sebab i takut nurse marah i guna baju ketat.Nak tahu apa yang betul-betul diperlukan?

Kad pengenalan, alamat, nombor ic suami (yang ni i hafal 100% so i tak perlukan suami dalam perkara ini), tarikh kawin (ok,kena rujuk sijil sebab i lupa.nasib ada bawa),wet tissue dan duit (untuk beli makanan sebab nanti lapar).

How is my check up?

Sebelum pergi, i makan kurma dua biji dan minum susu. Untuk tenaga.

Lama juga i kena tunggu tapi takpelah.I tak kisah pun.Nurse kat klinik tu baik sangat-sangat. Semua pun baik. Macam tak caya pula i tengah berada di klinik kerajaan.

Mula-mula ambil nombor giliran.Then buat buku merah. Nurse tu interview pasal kita. Pasal sejarah kesihatan kita dan keluarga, kerja, suami merokok tak, tinggi dan berat,pernah keguguran ke..benda-benda basic camtulah. Nurse cakap,buku merah kena bawa ke mana-mana. Kalau hilang,kena repot polis sebab tu consider second ic.

Lepas tu nurse suruh i buat urine test.Nasib i ada terasa nak kencing so semuanya ok. Kemudian, dia uji tekanan darah.

Then tunggu lagi untuk ambil darah. Sebab nak check untuk HIV, Hepatitis, Talasemia..benda -benda gitulah.Yang ni i sangat risau sebab i takut kena suntik. Lagipun mami i cakap, nanti nurse akan cucuk guna jarum besar..lepas tu ambil darah sebotol.Sebotol ok?Abislah darah aku! Mami siap cakap, nanti kau confirm pitam. Uwaaa..dahlah i sorang je.

Masuk bilik nurse jer,nurse belek-belek..pukul-pukul sikit tangan i..lepas tu dia cakap..

Dik,vein awak ni kecik sangatlah. Akak tak nampak, tak rasa apa pun.

I jawab jer..'saya tahu.selalu jer camni'.. sebab tulah i takut. Tak pernah kalau sesiapa nak ambik darah i,cucuk sekali jer terus dapat.Mesti ada problem punya. =.=

Nurse tu cucuk sekali,tarik picagari tu..then hasilnya,darah i tak keluar pun. Hanya setitis dua. 

Sakit tak?Susahlah ni dik.Dah pakai jarum paling kecil pun tak boleh.Kita cuba ye.Jangan risau.Kita doa dia (vein) nampak.

Nurse belek lagi tangan i.At last jumpa juga. Dia cucuk tapi i tak rasa sakit apa pun. I tengok sendiri tangan yang kena cucuk tu. Eh, tak sakit pun?? I siap tanya nurse lagi..kenapa tak sakit? Nurse senyum ajer.

Paling penting,nurse ambil 10ml saja, guna jarum yang paling kecil dan i tak rasa nak pengsan pun. Drama jer cerita my mom ni. +.+

Last sekali,jumpa nurse lagi sorang. Nurse ni check keadaan badan i. Check perut, payudara,explain tentang breastfeeding (yes,i want to breastfeed the little one!). Then bagi i date untuk next check up. Next check up ni, i akan jumpa doktor dan baby akan discan.  ^.^

I can't wait to see you again next month, little one!Please be strong,be good and take care ok..

p/s : I mula rasa jadi mom-to-be taklah seseronok yang i tengok kat novel atau dalam drama tu.Banyak dugaannya tapi i cuba bersabar. After all, kat badan i ada nyawa lain..lojiklah i kurang selesa kan?


Sunday, 18 March 2012

Johnson's Baby Soft & Shiny Shampoo

Hi readers! Ini bukan review tau, ini bebelan semata.


Sekarang ni ialah musim malas i.So i sedang berusaha menukar produk-produk yang i gunakan kepada 2 in 1,3 in 1 dan banyak lagilah yang in 1. Kalau boleh nak semua masuk dalam satu produk.

Dulu, rutin harian i adalah seperti ini. Pagi i shampoo rambut. Lepas tu letak conditioner. Setiap tiga hari, i guna hair mask. Tapi rambut tak juga cantik. Masih juga camtu. +.+  Tak kisahlah kan,yang penting i make an effort untuk jaga rambut. Sekarang i dah malas. Maka i shampoo rambut jer. Conditioner..dalam 2-3 hari sekali. Hair mask..seminggu sekali. Makin hodohlah rambut i ni.

 So i pun terfikir,kan best kalau ada shampoo+conditioner YANG MURAH. I mula-mula nak pakai shampoo himalaya tapi shampoo himalaya kat Giant semuanya botol besar. So, kebetulan i lalu rak Johnson's dan ternampak shampoo ni. Maka i ambillah. Harga pun murah. Tak sampai RM10.

I dah pakai dah..

Apa yang i suka ialah rambut i rasa lembut macam i pakai conditioner (betullah kot dia ada campur conditioner dalam shampoo ni).

Apa yang i tak suka ialah buih dia kurang sangat (i know its a good thing tapi i lagi suka kalau banyak bubble) dan bau dia macam madu. Sebijik bau madu. Sampai i risau kalau semut confuse ingatkan rambut i ni makanan diaorang.Nasib bau dia tak lama.

Apapun, ianya bukanlah something yang merugikan i. I sukakan shampoo ni dan akan continue pakai selagi i tak bosan.

Okey, take care!

Sunday, 11 March 2012

Kisah Di Hujung Minggu

Tadi pegi window shopping dengan suami di Jusco Tebrau.


Niat i nak tengok baju pregnant sebab sekarang walaupun baby bump i belum ketara sangat,tapi kebanyakan baju-baju i hanya tinggal muat-muat saja kat badan.Kat JJ tu memang ada banyak kedai ibu mengandung tetapi masalahnya.....

Kenapa saya tengok baju-baju tu macam bukan saiz awak jer?

Tengok,laki aku pun perasan! =.=

I pun tak faham kenapalah banyak kedai jual baju pregnant untuk saiz kanak-kanak camtu?Hanya tambah bahagian perut jer.Tahukah korang bahawa banyak lagi ibu-ibu mengandung yang berbadan comel di luar sana?

Ok,lupakan pasal tu. Tadi juga i tanya suami i masa tengah lunch.

Wifey : Sayang, awak tahu tak ada blogger tu,saya baca blog dia..laki dia sampai menangis bila tahu dia pregnant. Awak takde pun?

Hubby : Habis awak nak saya menangis ke?

Wifey : Takdelah camtu.Hehe..Saya dengar orang cerita,bila diaorang pregnant, suami diaorang jerit-jerit sebab happy..excited semua tu..tapi awak biasa jer..

Hubby : Alah,benda tu kan normal. Dah kita 'buat', awak pregnant. Lojiklah. Lainlah kalau kita tak buat apa, awak tetiba pregnant, mungkin jugaklah saya menangis ke..menjerit ke..

Wifey : =.=

Apa boleh buat, suami i memang jenis yang tak reti nak menunjukkan perasaan. Tapi i tahu dia suka sebab nak ada baby.Semoga baby kami sihat,selamat,sempurna dan seterusnya jadi manusia yang baik..Amin..

Friday, 9 March 2012

Lauk Dari Sarawak

Hai.

Oh, petang Khamis semalam, i dengan rasminya memasak lebih dari 1 lauk sejak i mengandung. Kesian betul kat suami tercinta.

Rabu lepas, i teringin nak makan ikan terubuk masin. Maka i paksa suami minta tolong mak dia poskan ikan terubuk tu ke sini. Semalam dah sampai. Yea! Jadi petang tu, balik kerja jer, i tumbuk pucuk ubi dan goreng sayur manis. Both dari Sarawak.

Pucuk ubi tumbuk? Jangan pelik yer. Pucuk ubi,kalau dimasak gini memang sedap giler owh! I sebenarnya masih kurang pandai masak masakan ni. Even kalau mak i masak pun, i rasa tetap tak sedap. Paling terer masak ni ialah auntie i. Ntah macam mana dia masak tapi memang sedap.


Ini pucuk ubi yang belum ditumbuk.Kena tumbuk sampai lumat tau.


Selepas ditumbuk dan sedia untuk dimasak.



Next sayur manis. Kat JB ni,kalau kat kedai, takdenya sayur ni segar bugar. I pun tak tahu sebabnya. Last sekali ikan terubuk masin. Ikan masin ni masin sangatlah pulak. Nyesal i tak rendam dengan air lama-lama.

 Ini sayur manis.Orang Sarawak panggil cangkuk.Tumis dengan telur je pun.

Inilah ikan terubuk masin yang famous amos tu. Kalau pegi Sarawak,wajib try tau.Goreng sikit jer sebab makan berdua kan..

Kesemua masakan i hari tu.Simple sangat.

Walaupun simple, kami suami isteri sangat menikmati masakan tu. Suami siap makan guna tangan lagi. Pastu dia cakap kat i..kalau saya makan guna tangan,maknanya masakan tu sedap.  :')   Tapi, bagi i,sedap bukan sebab i terer masak,tapi sebab semuanya fresh..


Thanks to mum-in-law sebab kirimkan semua ni.Terubat rindu kami tak balik setahun.



Thursday, 8 March 2012

Kisah Sebuah Motosikal

Hi good people.

Malam tadi kami suami isteri pergi ke KSL sebab kawan i cakap ada baby ekspo kat sana.I ingat nak survey barang baby.Sampai jer kat situ, memang ada sale tapi bukan barang baby. +.+    Takpelah. Kami beli sedikit barang kat Tesco dan balik. Jam dah pukul 7 lebih dah.

Masa on the way balik tu, baru jer limpas Holiday Plaza, tetiba suami cakap..

Aduh, tayar pancit.

Kami guna motosikal sebab nak mengelak kesesakan lalu lintas dan i pening kalau naik kereta lama sangat. Suami suruh i balik guna teksi dulu. Kalau dulu, i memang balik jer terus (yes,perkara sama pernah terjadi dulu) guna teksi tapi semalam, i pun tak tahu kenapa i tak sampai hati nak tinggalkan dia. Pembawaan budak agaknya.

Maka kami pun berjalan. Dia tolak motor, i ikut kat belakang sambil pegang dan usap-usap perut. Dalam hati i berdoa baby kuat dan takde apa-apa walaupun kena jalan naik turun bukit. Suami beberapa kali tanya keadaan i tapi i jawab jer ok walaupun i penat. I tahu dia lagi berganda-ganda penat. Jadi i memang langsung tak merungut atau tayang muka penat. Senyum je tiapkali dia tengok i.

Suami kena tolak motor camni. Kesian dia.

Untuk memburukkan keadaan, motor tu pancit di kawasan perumahan Cina..banyak anjing oiiii..  Then setelah berjalan hampir sejam (i rasa dah penat sangat naik jalan berbukit kat Hotel Grand Paragon tu),maka kami sampai kat area Menara Pelangi. Kat situ pulak banyak hotel bajet. Memandangkan i jalan jauh ketinggalan di belakang, i dah macam jalan sorang-sorang.

Maka, lelaki-lelaki di luar hotel tu pandang-pandang i semacam. Risaunya dalam hati i, takut tetiba ada yang tanya..harga satu malam berapa?  +.+  (bajet lawa sangat lah tu..hehe)

Apapun, akhirnya semua pun selamat dan okey. We both penat sangat tapi benda dah berlaku kan.. Pasrah jelah..

Take care.

Wednesday, 7 March 2012

Risau Yang Amat

Hai kawan-kawan.


Masuk entri yang ni, i rasa i ada 8 entri yang i buat draf dan tak publish lagi.Sebab i tak letak gambar lagi. Adoila..Buat entri ni pun sebab nak merungut jer sebenarnya. Asal sakit hati jer, membebel kat facebook, asal geram jer mengadu kat blog.Yela,nak buat camna..nanti kalau i mengadu guna mulut, terkeluar kata-kata yang lagi tak elok berbanding kalau i menaip ni, kan tak bagus kalau baby kat perut ni dengar.. (please be a good baby, ok little one?) 

Sebenarnya dari last week, i banyak google pasal barang baby.Memang masih awal lagi tapi i ni kan jenis kelam kabut,pelupa pemalas orangnya,maka i fikir, eloklah kalau i ada plan awal. Kan?

Bila i dah jumpa checklist barang baby, i macam terkejut sangat.

Barut? Apa benda tu? Baby ada pakai benda tu ke?
Changing mat? Errrr...
Nasal aspirator?

I dah macam risau sangat. Banyak benda yang i tak tahu lagi sebenarnya. Rasa macam muda sangat pula. Oh, i memang muda sebab baru 24 tahun. Kekekeke... 

Lepas tu, part mengandung pula, i tak boleh tidur meniarap macam dulu sebab suami risau baby dia terpaksa menampung berat badan si emak ini, kena minum susu hari-hari walaupun i malas, kena makan ikan (asyik skip je sebab i tak suka ikan), kena makan buah (tak suka jugak). Hmm...

Baju pregnant pun i tak beli dan malas nak beli. Sebab i tak larat nak jalan-jalan. Mungkin beli kat online jer kot. Aritu dah beli sehelai blouse kat thepoplook. Itu jelah benda yang i dah beli. Bukan i tak excited tapi i masih cuba sesuaikan diri dengan keadaan i sekarang.

Selalu sangat letih, pening, rasa badan masuk angin, rasa tak sihat, sensitif. Sampaikan orang buat salah sikit, i punya geram tu boleh bertahan 1-2 jam sedangkan dulunya i cool jer.

Tapi semua kesukaran tu rasa berbaloi bila tengok baby kat dalam tummy time scan.  :')

Apapun,i akan belajar. Macam masa memula kawin dulu, i ni tak reti masak langsung. Sekarang, bolehlah kot kalau setakat nak isi perut. 

But again, kepada yang belum merasa lagi tu, jangan ingat pregnant ni is just a piece of cake.  You feel it yourself, then baru boleh judge i okey..

Have a good day! 

Saturday, 3 March 2012

Village Briyani Cafe, JB

Hai kawan-kawan!


Sori sebab lama i tak update.Nak cerita something yang simple jer. Tadi kami suami isteri pegi lunch di Village Briyani Cafe. Ini kunjungan kedua i, tapi pertama kali untuk suami. I memang niat nak ambil gambar banyak-banyak tapi i segan sebab tempat ni macam penuh dengan orang yang standard-standard,nanti kang kalau ada orang yang gila glamor ambik gambar flash sana sini, orang lain tengok, malulah i.   +.+

Bila duduk jer, waiter kat situ serve kami dan bagi plain water. Dia bagi masa untuk tengok menu dan bila dah buat pilihan, kita panggil jer diaorang untuk order.

I order two pieces plain nan dan keema mutton. Suami pula order Village Briyani Mutton dan ice chocolate. Dalam masa lebih kurang 15 minit,order kami pun sampai. Agak lama juga lah tapi environment kat cafe ni sangat comfortable, jadi both of us memang selesa.

Bila order sampai, i tunggu suami makan briyani dia dulu sebab dia agak cerewet part makan. Dia cakap sedap sangat..dan i bangga sebab i kenalkan tempat makan yang menepati citarasa dia walaupun i sendiri tak reti masak nasi briyani tu.

Tapi seriously,briyani dia betul-betul sedap. Tak memuakkan langsung. Suami i cakap, bawang dia (i tak tahu nama benda alah ni) dan kacang dhal dia pun sedap. Kambing dia lembut dan langsung takde bau kambing. Portion dia pun agak besar untuk i, tapi untuk suami, dia cakap just nice.

 Bawang yang suami i cakap sedap tu ialah benda warna putih dalam mangkuk kecil tu.


Keema mutton dia pulak sangat-sangat-sangat sedap. Walaupun dia ada campuran bunga lawang,cengkih dan segala macam tu (yelah,indian food kan?) tetapi i makan jer suma tu sebab takde rasa bunga lawang yang pahit dan berbau tu langsung. Portion dia besar, boleh share 2-3 orang.


Roti nan. Ini kali pertama i makan roti nan yang banyak. Sebelum ni i makan cuit-cuit sikit jer. Roti nan yang i order ni, teksturnya sangat lembut,pluffy..macam bread je. Bila makan dengan keema, memang perfect combination. Tapi i tak larat nak abiskan dua pieces..lagi satu tu suami abiskan.


Oh ya, iced chocolate dia sedap tau. First time i minum iced chocolate walaupun ambik suami punya. (gambar lupa nak ambik)

 Ini alamatnya kalau nak pegi situ.

Total kami spend untuk hari ni ialah RM46.50. Overall,kami berdua memang sangat puas hati dengan makanan kat sini. Kalau ada rezeki nanti, kami pasti datang lagi..