Saturday, 25 February 2012

Kisah Kasut Baru

Hai!

Kalau perempuan lain biasanya ada berbelas-belas pasang high heels,selipar..i pula cuma ada sepasang kasut at one time.Itulah yang i pakai untuk pergi kerja,untuk bershopping dan untuk ke mana sahaja.

Sebabnya..i tak minat kasut dan i tak suka pakai heels sebab badan i berat.Sakit kaki bila pakai heels.Pastu nanti berjalan macam orang nak patah pinggang.Tak faham kenapa ada sesetengah perempuan yang obviously nampak tak selesa guna kasut tinggi tapi masih juga nak pakai.

 Semalam i dan suami pegi ke Plaza Angsana.Niat i memang nak beli sandals sebab sandals yang i guna sekarang dah tak selesa di kaki i disebabkan kaki i sedikit bengkak di waktu pagi.I memula nak beli kasut Comfit Bata tapi kedai Bata kat Angsana tu punyalah kecik,takde pilihan langsung. I survey jugak kasut Scholl, rata-rata harganya RM148..mahal.Sebab biasanya i akan tukar sandals setiap sebulan atau dua bulan sekali jadi tak berbaloi rasanya.


I cari sandals yang konsepnya camni supaya selesa sikit bila kaki i membengkak.

Jalan punya jalan (fuh..nasiblah Plaza Angsana ada 7-8 kedai kasut di level yang sama), akhirnya jumpa juga sandals yang i cari.Jumpa jer,terus cakap kat salesgirl tu yang i nak saiz 9 (kaki i panjang ok,bukan besar!!!)..Nasib ada.So here is my new sandals.  ^.^



Lepas beli,terus pakai sebab kaki dah start sakit akibat jalan lama sangat.

Okey,setakat ini sahaja edisi membebel kali ini.Semoga kasut ni tahan lama dan selesa.

Thursday, 23 February 2012

Makanan Ibu Mengandung

Hai kawan-kawan!


Selepas ini, mungkin i akan kurang menaip entri berkaitan kecantikan sebab i sangat-sangat malas nak bersolek sejak akhir-akhir ini. The good news is i am pregnant. Syukur sangat. Jadi akan banyak entri pasal pregnancy kot.

Bila disahkan mengandung, i banyak membaca tentang makanan yang baik untuk ibu mengandung. I taip sikit apa yang i tahu yer..

Coklat dan anggur
Ini mami i cakap. Supaya kulit baby cantik. I tak tahulah betul ke tidak tapi kulit adik bongsu i memang cantik, takde masalah ekzema macam anak-anak mami i (termasuk diri sendiri) yang lain.

Susu
Berfungsi untuk pembentukan tulang baby.I ada beli susu Dumil Mama.Sebab dari pembacaan i,banyak yang cakap susu jenama A****M tu kurang sedap.Sepatutnya kena minum dua kali sehari, tapi i minum sekali jer sebab malas. Tu pun i campur dengan oat supaya bila malam, i kenyang..jadi tak payahlah tengah-tengah malam tu i tak boleh tidur sebab kelaparan.

Kurma
Semua orang tahu yang kurma ni sangat baik tapi i belum berkesempatan membeli kurma lagi. Apa pun, i akan pastikan i akan beli kurma dan makan setiap hari. Resepi terbaik, blend kurma dengan susu dan minum. Tengoklah kalau i rajin.  +.+

Kismis
I dah makan sekali jer.Manis sangat.Baik i makan kurma.

Ikan
I sangat tak suka makan ikan. Dahlah banyak tulang..isk! Tapi ikan ni bagus supaya baby bijak. Jadi i paksa diri makan seekor ikan seminggu.Kan bagus i tinggal kat Sarawak. Kat sana banyak ikan sungai..fresh..yang tu i suka.

Kekacang seperti almond dan gajus.
I suka tapi mahal dan takde masa nak makan. Kalau beli,kena bawa gi ofis,letak atas meja.Kalau tak,sampai bila pun tak abis.

Tauhu, soya bean..
Supaya kulit baby putih. (Ye ke?) I minum jugak soya bean tapi jarang-jarang.Makan tauhu tu memang terlalu jarang lah. Takde maknanya i nak masak tauhu. Dahla memang tak berapa suka.

Buah-buahan dan sayur-sayuran
 I akan makan buah di rumah kalau encik suami tolong potongkan dan i akan beli buah-buahan potong yang selalu jual kat kedai runcit tu.Setiap hari i akan pastikan i makan buah. Selalunya jambu,epal,pear..Sayur-sayuran pulak i memang tak suka tapi i pastikan dalam seminggu i ada makan sayur sekurang-kurangnya sekali.

Air kosong
I sangat risau kalau i terkena jangkitan kencing kotor (pregnant lady selalu sangat kena jangkitan ni). So i akan pastikan dalam dua hari i habiskan sebotol mineral yang ada 1500 ml tu. Tu jerlah yang i mampu.

Okey...setakat ini sahaja bebelan i hari ini. Take care.

Wednesday, 22 February 2012

Nama Baby :)

Gambar hiasan. Comelkan?

Kisah di suatu malam...

Wifey : Sayang,nanti baby kita nama apa ye?

Hubby : Nanti letak nama start dari huruf M la..sebab saya suka makan mangga.

Wifey : M yer..okey..okey..

Maka si isteri dengan gigihnya menggoogle nama yang bermula dari huruf M.

Wifey : Sayang, saya dah jumpa nama yang sesuai ni!!

Hubby : Apa?

Wifey : MACARENA..  ^.^

Hubby :  Nanti dia kena buli.   +.+

Wifey : Okey apa nama tu..nanti partner dia takyah susah-susah cari lagu.Nyanyi jer..

A la tuhuelpa legria macarena
Que tuhuelce paralla legria cosabuena
A la tuhuelpa legria macarena Eeeh, macarena
A-Hai 2x
 
Kepada yang tak tahu,lagu macarena tu lagu oldies yer.

Hubby : Cari nama lainlah.

Maka si isteri dengan gigih mencari nama lain. Antara nama-nama yang dicalonkan adalah MOMOKO, MOHAWK,MODESTO dan beberapa nama lain tapi semua kena reject sehingga akhirnya si isteri tertidur.  +.+

Takpelah,next time cari nama baby lagi.

Friday, 10 February 2012

Review Maskara Kegemaran

Hi good people! 

Lama i tak update blog..Rindu pulak.Kali ni i nak cerita pasal mascara.Seperti yang semua orang sedia maklum,penggunaan maskara sangatlah penting lebih-lebih lagi kalau bulu mata kita jenis yang tak berapa nak lebat.Jadi i sentiasa memastikan,kalau i mekap paling minimum sekalipun (sekadar menyapu bb cream sahaja), i akan guna maskara. Wajib.


Kat atas ini ialah koleksi maskara i. I tak mampu nak beli maskara mahal-mahal tapi untuk bajet i, i rasa maskara yang paling best ialah Volum Express dan Hyper Curl oleh Maybelline (sebenarnya kedua-dua ni sama jer,langsung takde beza kecuali nama).Ok,mari review..

Effect melebatkan bulu mata

Volum' Express - 7/10
Hyper Curl - 7/10
Magnum - 5/10
Glam' Eyes - 9/10

 Sila abaikan muka yang comot ini tapi fokus mata lashes yer.Masa ini i guna Glam'Eyes.I suka sebab lashes i nampak obvious.

Rimmel Mascara Glam'Eyes ni sangat-sangat best bila part bagi volume sebab dia akan buat bulu mata tu nampak lebat sangat.

Effect memanjangkan bulu mata

Volum' Express - 6/10
Hyper Curl - 6/10
Magnum - 9/10
Glam' Eyes - 7/10

Kalau bulu mata jenis lebat tetapi kontot, Maybelline Magnum maskara ini sangat terbaik.Bulu mata jadi panjang tapi tak lebat jadi i kurang suka.

Effect melentikkan bulu mata
 
Volum' Express - 8/10
Hyper Curl - 8/10
Magnum - 7/10
Glam' Eyes - 7/10

Tips i,lepas pakai eyelash curler,then sapu maskara..bila dah agak kering,guna jari untuk tolak bulu mata tu ke atas, bagi effect lebih lentik. Cara ni berkesan untuk i. Seriously.

Senang dicuci

Volum' Express - 5/10
Hyper Curl - 5/10
Magnum - 5/10
Glam' Eyes - 9/10
 
Ketiga-tiga maskara maybelline tu adalah waterproof jadi kalau nak cuci,kena guna make up remover.Glam'Eyes pulak jenis washable jadi cuci jer muka dengan air,maskara tu confirm tanggal dengan mudahnya tanpa comot.
 
Tahan lama

Volum' Express - 10/10
Hyper Curl - 10/10
Magnum - 9/10
Glam' Eyes - 5/10
 
Bila pakai maybelline, semua effect yang ada pada maskara tu akan bertahan untuk berjam-jam lamanya sehingga kita remove guna remover.Paling best, dia sangat-sangat waterproof..nangislah macam mana sekalipun,atau kalau terkena hujan yang mencurah-curah..even kalau kita mandi..dia takkan tanggal atau comot. Terbaik!!

Pemenang maskara terbaik!

Volum' Express - 46/50
Hyper Curl - 46/10
Magnum - 35/50
Glam' Eyes - 37/10

Volum'Express & Hyper Curl! I dah guna maskara ini dah bertahun-tahun lamanya.Even i beli maskara lain,i sentiasa kembali pada maskara ini. My favourite ever!

Okey,take care!

Wednesday, 1 February 2012

Johnson's Body Care

Hi good people!

Tahukah anda bahawa i adalah pengemar losyen yang sangat tegar?Dan i ada banyak sangat losyen. So,meh i review sikit losyen terbaru yang i guna.


Naturally White Daily Lotion untuk siang dan Daily Calming Lotion untuk malam.

Kandungan
 Daily Calming Lotion

Naturally White Daily Lotion

Harga
Kedua-dua losyen ini berharga dalam RM15 sebotol. Harga kira berpatutan.Boleh guna lama.

7/10

Tahap Kelembapan
Kedua-duanya bukan the best moisturising lotion tetapi its not that bad either.Sekarang keadaan kulit badan i tidak terlalu kering jadi kejadian seperti kulit i tiba-tiba mengelupas di ofis setakat ini jarang sangat berlaku bila guna losyen ni.

7/10

Kadar serapan
Terlalu mudah menyerap sampai i tak tahu i ada pakai losyen ke tidak. Yang ni i kurang suka sebab i suka losyen yang melekit-lekit untuk meyakinkan i yang i guna losyen.

4/10

Bau
Naturally white daily lotion mempunyai bau yang i tak suka tapi i boleh tahan lagi.I tak faham kenapa losyen tak wangi langsung dan berbau pelik.Nasiblah bau tu akan hilang dalam 3-4 jam.

Daily Calming Lotion mempunyai bau seperti lavender yang agak kuat tapi tahan lama. Wangi. I suka pakai.  ^.^

6/10

Kesan
Naturally white daily lotion memang sangat berkesan (sebab tu i terpaksa tahan bau dia yang pelik tu). Kat lengan i ada parut tapi baru guna losyen tu sebulan dua,parut tu dah hilang.I suka sebab losyen ni menyamaratakan tona warna kulit.Tapi ianya tidak mencerahkan kulit..cuma bagi warna kulit kita sekata..Oh ya,losyen ni ada SPF8.
Daily Calming Lotion..bau lavender memang menenangkan,so i boleh kata losyen ini agak berkesan tapi hasilnya terpulang pada individu.

8/10

Keseluruhannya,pada pandangan i, kedua-dua losyen ini adalah losyen yang bagus dan i suka. Untuk beli semula, i tak pasti sebab i bukanlah pengguna losyen yang setia.  ^.^

Markah
32/50.