Saturday, 28 January 2012

BB Cream Etude House

Hi ladies!


Entri ini i dedicate kepada Cik Reensyarinie memandangkan dia minta i buat review mengenai bb cream etude house ni.I dapat etude house bb cream ni as a free sample.I adalah penggemar bb cream sebab i tak confident lagi nak pakai liquid foundation. So, ini sedikit pendapat i mengenai bb cream ni dari beberapa segi.
I suka bb cream ni sebab kulit sensitif i tidak memberi sebarang reaksi alergi pada bb cream ini dan tahap SFP dia adalah tinggi iaitu SPF30 PA++.


Hasil eksperimen i.

BB Cream sahaja.


Coverage
Coverage dia boleh tahan. Dari 10, i bagi 6. Boleh hide pori-pori i,bintik-bintik hitam dan bagi effect kulit licin. Tapi jerawat tak boleh cover ye.

Oil control
I start pakai dari 7 pagi. Dalam pukul 10, T-zone i dah start oily. Kulit i jenis combination.

Tahap lasting
Muka i nampak ok dalam masa 3-4 jam sahaja. Lepas tu, muka i nampak macam tak pakai apa-apa mekap dah.Dah takde effect kulit ala-ala kpop dah.

Tekstur
BB cream ni sangat cair kalau dibandingkan dengan Dr G BB Cream kegemaran i.Bila dah terlalu cair, i tak boleh nak agak amount yang betul untuk i guna. Akibatnya, i guna lebih banyak dari biasa.

BB Cream + Two way cake

Coverage
Coverage dia boleh tahan. Dari 10, i bagi 8. Tapi mungkin ini disebabkan peranan two way cake tu.

Oil control
Muka i tak berminyak dari pagi hingga ke petang.

Tahap lasting
Lasting sampai ke petang.
Pada pendapat i, bb cream ni tidak amazing dan kurang berbaloi untuk dibeli sebab harga asal dia agak mahal. Dalam RM46 camtu kalau i tak silap. Jadi, setakat ni i akan cakap bb cream Dr G masih yang terbaik.

Tapi ini semua pendapat i berdasarkan kulit i. Setiap kulit orang adalah berbeza kan?

Take care!

Thursday, 26 January 2012

Olay Total Effects

Hi pretty ladies!!!
(sebab ni cite pasal ladies stuff jadi,hai ladies la yer..)


Straight to the point, i nak cakap pasal Olay Total Effect with a touch of foundation, pelembab muka yang i guna sejak beberapa bulan lepas. Harganya dalam RM29.90.

Kebaikan olay total effects..

Laughing lines i sudah tiada. Dulu i selalu merungut muka i berkedut seribu sebab i suka gelak tapi dengan olay ni, fine lines i tu hilang.   ^.^

Tak buat muka i berjerawat,alergik..pendek kata tiada sebarang kesan buruklah.

Ada sikit (sangat sedikit) hint of foundation dalam ni, tapi janganlah mengharap pelembab ni coverage dia macam bb cream pulak. Coverage dia sangat-sangat light, hampir tak nampak.

Pakai sikit jer pun dah cukup cover 1 muka, jadi jimat.

Sedikit benda yang i kurang suka..

Sedikit oily kalau diguna banyak.Mungkin kurang sesuai untuk orang yang kulit berminyak.

Tak memutihkan kulit. Tapi takdelah krim ni menggelapkan kulit i. Cuma when it comes to whitening, i rasa pelembab ni biasa jer.

SPF dia rendah.SPF 15 jer.

I akan continue pakai pelembab ni sebab i nak pelembab yang boleh hilangkan garis di muka.Kalau nak putihkan muka, i guna krim malam dari Korea yang i beli kat kawan i.Memang confirm muka licin dan putih.

Sedikit tips..kalau nak pakai pelembab ni,kena pastikan toner yang kita pakai tu bukan jenis yang melembab kulit sebab nanti,kulit jadi oily.Melainkan kulit kita jenis kering.Hasil eksperimen i camni..

Olay T.E. + Hada Labo (my favourite toner!) - muka sedikit oily  T_T

Olay T.E + Pure Beauty's Pomegranate Toner - muka stay matte all day.  ^.^

Selain tu, jangan guna pelembab banyak sangat tau. Guna sikit jer..

Kesimpulannya, kalau nak cari krim muka untuk hilangkan garis-garis halus di muka,this is it. Sekarang i tengah try krim mata dia pulak.

Tuesday, 24 January 2012

Etude House CNY 2012 Sale!!!

Hi good people!

Tadi i pegi tengok-tengok barang kat Etude House kat City Square.Niat sebenarnya nak cari skrub muka.Tapi kebetulan pulak ada sales Tahun Baru Cina,pastu SA tu baik dan comel...Nasib i tak berjaya kawal diri dari berhabis duit beratus kat situ. 


Produk yang i beli.


BB Magic Cream (Refreshing)
Harga asal RM42.90. I beli dengan RM20 sahaja. Murah betul. I beli walaupun i ada sekotak lagi bb cream yang belum dipakai.

Proof 10 Eye Primer
Harga asal RM26.90, i dapat RM18.83. 

Lucidarling Fantastic Rouge Gloss
Harga asal RM29.90 tapi i dapat RM10 jer.

Green tea nose pack
Harga asal RM4.90, I beli RM3.43. Yang ni mahal sikit sebab dalam tu ada 1 sheet je. Masa beli tu,i salah kira pulak.Ingatkan dalam RM2 je..  T_T

Cleansing puff
RM5.90, I beli dengan harga RM4.13.

Total RM56.40.Yang bestnya i dapat sampel bb cream 8g yang super comel sebagai free gift.  ^.^

Cepatlah pegi mana-mana cawangan Etude House. SA tu cakap hujung Januari ni, sales ni habis tau. Tinggal 5 hari jer lagi..

p/s : Kalau ada yang nak i belikan produk kecantikan untuk korang, cakap jer ok. I boleh belikan, uols bayar je. 

Take care!

BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI kerana ..

 

updated : i masuk list ini.sekarang i tak tahu,adakah ini good news atau tidak.but all i can say, i don't feel good about it.i sincerely apologise for any inconvinience caused..  :(

Sebenarnya takut nak join benda ni sebab muka encik ben ni macam serius ajer.Pastu i tak reti nak letak link kat banner.. Adoi,banyaknya benda yang i tak tahu tapi ada hati nak cakap blog sendiri tu lagi bagus dari orang lain.  T_T

Oklah, i melengkapkan slogan kata tersebut yer..

Blog aku (i tukar kepada i ye) dari blog Ben Ashaari kerana pada pandangan i,blog i lebih kemas,teratur dan comel..almaklumlah i kan perempuan.

Selain tu, blog i lebih terperinci sebab bagi i kadang-kadang ada juga orang yang lebih suka something yang detail berbanding yang sangat ringkas.

Blog i ada label yang tertulis kandungan di dalamnya. Label blog encik ben pulak berdasarkan tarikh. Untuk first time reader, lebih senang tengok label yang bertulis maklumat yang dicari berbanding label yang tertulis tarikh.

Layout i lebih besar saiznya jadi lebih senang dibaca.

Last sekali, i sedaya upaya reply komen readers i. Tapi yelah kan..follower i ciput..follower encik ben riban-riban. But at least, kalau i, i harap blogger tu show an effort untuk hargai readers dia kan? ( Habis benda yang i join ni bukan effort ke????  Oklah..oklah..sudah cukup i merapu.Nanti encik ben kutuk,menangis i..  )

Setakat ini sahaja pandangan i. I minta maaf kalau encik ben berkecik hati.

p/s : thanks kepada HEHS Lady sebab introducekan benda ni.



Produk Kecantikan Yang Digunakan


Hai!

Hari ni I nak list down kebanyakan barang yang I guna setakat ni sebagai rujukan I di masa hadapan.Kalau nak share sekali produk yang kengkawan sume guna, bagus jugak. Boleh juga kita berkongsi rahsia kecantikan, ye tak?  Hmm..masalahnya cantik ke? Hehe..

Memandangkan i jarang letak gambar sendiri sebab i malu, jadi tengoklah beberapa  gambar x-large ini dari hp murahku...


Pencuci muka
Dah guna lebih dari dua tahun.Suka sebab ingredient dia tak banyak,dapat remove mekap dan tak mengeringkan kulit.

Pembersih Muka Safi Sari Mentimun.
I guna waktu pagi.

Facial Scrub
Baru guna separuh, nyesal beli sebab tak sesuai dengan i. Sape nak, i bagi free.

Toner
Hada Labo dan Pure Beauty Pomegranate
I guna Hada Labo bila tak bermekap dan Pure Beauty bila nak apply mekap sebab Pure Beauty takkan buat kulit I oily.

Pelembab
Olay Total Effects.
Hilangkan garis halus di muka i. Akan continue beli. Favorite!

BB Cream
Dr G BB Cream, one of my favourite jugak.

Mask
Ice Spring Ceutical Mask (my ultimate favourite), Etude House Mask, Pink Clay Mask (guna bila muka rasa kotor)

Eye cream
Olay Total Effects. Baru guna sebulan.Belum nampak effect lagi.

Blackhead remover
Watsons Deep Cleansing Nose Pore Tape dan Heal Pharm Cleaning Sheet.Dulu guna Biore Pore Pack.

Make up remover
Maybelline Make Up Remover, Bio Essence Deep Cleansing Milk dan cold cream. Kalau mekap i tercomot kat ofis, i guna Vaseline.

Losyen Badan
Pagi I guna Johnson's Daily UV Lotion (tak suka bau dia yang pelik tapi berkesan sangat menghilangkan parut di badan i).

Kat office I guna Vaseline CocoaButter (super wangi..bau coklat). 

 Malam I guna Johnson's Daily Calming Lotion.

Bila alergik i menyerang, i guna Aqueous Cream.

Lip Balm
Lipice Apple (pakai sebelum lipstik), Nivea Cherry (untuk office), Nivea Guava (untuk office) dan Homemade Lipbalm (untuk malam).

Baru perasan kebanyakan barang i mesti ada dua. T_T.  Patutlah suami bising. Oh ya,produk yang i dah buat review,i dah letak link in case ada yang berminat baca.

Take care!

Monday, 23 January 2012

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

Pergh! Tajuk panjang betul,penat menaipnya.

Oh,hi good people! Happy Chinese New Year!


Rasanya semua orang tahu yang skrub muka ni pentingkan?I biasa guna skrub dalam seminggu sekali iaitu setiap Sabtu.Sekarang,i nak share skrub yang i pakai buat masa ni.I beli skrub ni dalam 3-4 bulan yang lepas di Guardian. I suka sangat dengan pencuci muka Neutrogena jadi i ingatkan skrub dia pun best. Ternyata i silap.

I malas nak cerita panjang lebar sebab i tak suka skrub ni.Dia claim to help effectively eliminate blackhead tapi i cuma boleh cakap..IYO LAH TU!! Bintik hitam i masih tersergam kat hidung ni hah.Takde beza pun.

Lepas pakai skrub ni,kalau tak cepat-cepat tepek toner yang melembapkan kulit dan pelembab muka, muka i ni nak senyum pun tak boleh.Ketat jer.

Sikit jer yang elok pasal skrub ni iaitu lepas pakai muka rasa licin tapi kalau i sental muka guna homemade skrub pun,hasilnya sama jugak. Jadi kebaikan ni taklah mengagumkan. Oh,harga dia pun agak murah. Dalam RM16 camtu kot..untuk 100 g. Selain tu, (okey, yang ni agak mengagumkan).. biji-biji skrub dia tak terlalu besar,jadi kulit muka i takdelah rasa sakit.

Pendek kata,jangan harap i nak beli skrub ni lagi.

p/s : sekarang i tengah mencari skrub muka yang sesuai.i ingat nak beli never a dull moment origins face polisher (harganya sepanjang namanya jugak) tapi mahal. ada tak sesiapa boleh suggest skrub yang best?

Ok,take care.

Friday, 20 January 2012

Nak Hidup Sihat (kononnyerlah!)

Semalam masa jenjalan dengan suami kat Giant, i pun bercerita dengan penuh semangat tentang misi baru i.


Wifey
Mulai arini saya nak makan sayur dan ikan jer. No fastfood, ayam, daging..sume tu tak nak.
(sambil buat muka meyakinkan macam menteri bagi ucapan)

Hubby
Awak kan tak makan ikan? Sayur lagilah awak tak suka. Awak kan karnivor.

I diam jelah. Macam setuju jugak dengan apa yang suami cakapkan tu.Pastu bila limpas Cool Blog....

 
Wifey
Wah,saya nak coolblog cendol..
(dah terbayang alangkah sedapnya gigit-gigit pearl yang sedap dan chewy tu) 

 Hubby
Eh,tadi cakap nak sihat.
Wifey
Yelah,lupa..


Bila limpas Mekdi pulak, i dah teruja tengok gambar Prosperity Burger kat depan kedai.Kalau i sinchan, i dah nganga-nganga mulut sambil air liur jatuh berjuraian.Nasib i bukan sinchan.Maka i pun pandang-pandang suami.Tapi belum sempat i cakap apa-apa....

Hubby
No no...baru jer tadi nak cakap nak hidup sihat.
Wifey
T_T

Baiklah,sekian terima kasih.


Wednesday, 18 January 2012

Tutorial Mekap Ulzzang Pony


Here are the tutorials:

Shading


Translations:


1. Follow your face line from the bottom of your ear to your chin and put in a natural shading. This is the most important part of making a small face.
2. In the C area, shade in a way that caresses around the eye.
3. 3 stars! When you are sporting a hairstyle that reveals your forehead, put a natural shade from where your hair starts to make your face look smaller.
4. Er� something about water base makeup.. or not lol I�m not sure. It says to put highlight in that area though.
5. Highlight the t-zone area to create a certain effect for your face. I don�t know what it says but I�m sure its something good lol


Smoky






Delicate Caramel






Pink Sparkle






Love Paradise






Golden Cat






Futural Twiggy






Brown Smoky






Amethyst







Natural Skin





Dreamlike


Hai kengkawan, 

I cakap awal-awal ye..i did not own this.I cuma copy paste dari blog korea jer.Ini teknik mekap yang super cute dan i memang super like.

Wordless Wednesday


Tuesday, 17 January 2012

My 24th Birthday!


Thank you God for creating me.

Thank you my family for taking care of me since i was born.

Thank you my husband for loving me since we're together.

Thank you my friends for every moment that we've shared. 





Sunday, 15 January 2012

Hari Yang Luar Biasa

Dear diary,

Pagi tadi masa Mr T balik kerja,tiba-tiba dia cakap nak makan kerang..pastu nak makan nasi goreng dan sambal belacan. Siap dah beli kat pasar pulak tu. I dah terkebil-kebil. Kerang? I mana pernah masak kerang.Kalau kerang rebus tu, bolehlah tapi dia nak kerang goreng berlada je.

Sudahlah bini dia ni memang terlalu jarang memasak.

Takpe,awak masak jer.Nanti saya bersihkan kerang dan buat sambal belacan sendiri.

Lega sikit hati ni.Maka demi suami tersayang, i pun masaklah kerang goreng berlada dan nasi goreng. Sebenarnya main campak-campak jer pun.


Hasilnya, tidaklah mengecewakan. Lain kali boleh masak lagi.

 ^.^

Thursday, 12 January 2012

Review Maybelline Make Up Remover

Hi good people!

I nak review pasal make up remover terbaik yang i pernah guna iaitu Maybelline Make Up Remover for Eye and Lip.



Sebelum ni i guna olive oil jer untuk remove make up tapi olive oil tu berminyak sangat (yelah,nama pun minyak zaitun kan?) Jadi berkat kerajinan i blogwalking,i pun trylah maybelline ni. I beli dengan harga RM11.90 di Watsons sebab ada offer.

Kebaikan make up remover ini ialah ianya langsung tak berminyak dan sangat-sangat berkesan menanggalkan mekap yang waterproof camna sekalipun. Yang lagi best, walaupun terkena mata, mata kita tak rasa pedih (sebenarnya tak rasa apa-apa pun) Bestkan?

Masa mula-mula pakai i memang terkejut sebab tak sangka best sangat benda alah ni.Pastu kutuk diri sendiri sebab kenapalah selama ni tak beli benda ni..

Macam mana nak pakai?
Goncang-goncangkan sebelum pakai, biar air warna biru tu bercampur dengan air jernih.Pastu tuangkan pada cotton pad, dan removelah mekap seperti biasa. Tak perlu tenyeh kuat-kuat pun sebab mekap memang akan tanggal dengan effortlessly..

Sedikit tips..
Produk ni dibuat untuk menanggalkan solekan mata dan bibir jadi kalau nak tanggalkan sekali solekan kat muka tu, i rasa tak elok kot. I pernah baca olive oil takkan clog skin kita sebab molekulnya lebih besar tetapi minyak dalam mekap remover ni i tak pasti boleh clog skin ke tidak. Jadi tak payah nak buat eksperimen dengan kulit sendiri ye..

Jatuh cinta tahap?
10/10.
This is just too perfect. Highly recommended!

Wednesday, 11 January 2012

Wishlist 2012

Hi good people!
Hari ni i kurang sihat.Tetiba flu..first time i sakit di tahun 2012 ni.I have to take a better care of myself.Just nak letak wishlist item i untuk 2012 ni.


I dah lama sangat mencari this product..maksud i,this exact smell.Masa i kerja kat airline dulu, (4 tahun lepas), cabin crew selalu sangat pakai perfume jenama ni.Bila i tanya,diaorang cakap Victoria Secret tapi dia kan banyak jenis. Cuma semalam,baru i tahu rupanya Victoria Secret Love Spell.

Untuk permulaan i nak body butter je dulu.


Sebuah dressing table yang cute dengan cermin yang besar dan ruang simpanan yang banyak.Kalau ada rezeki,hujung bulan ni i dapatkan.


 Ini wishlist jer.I sukakan bau ni tapi perfume Tresor i yang beli 5 tahun lepas pun baru jer separuh botol sebab i jarang sangat guna perfume.I lebih suka losyen.



I perlukan notebook. Kecik,senang nak bawa ke sana sini. Laptop baru pun okey.


Walaupun i nakkan hp yang canggih manggih macam i-phone sume tu tapi i jenis yang terlalu careless.Handphone yang sesuai untuk i cuma Nokia je sebab tahan lasak. Nokia E63 yang i pakai sekarang tu banyak pengalaman ngerinya..jatuh dari moto, jatuh atas lantai berkali-kali,jatuh kat toilet, kena pijak, kena baling..

Last but not least.....


Dengan gambar i yang kurus 3-4 kg di dalamnya.
I nak pasport sebab i nak pegi Singapore untuk shopping.

^.^

Tuesday, 10 January 2012

Nasi Ayam Penyet Terbaik Di JB

Hi good people!

Lama sangat i tak buat entri mengenai makanan..sedangkan i love food more than i love skincare product and make up..Okey,i tak nak buat entri meleret sebab bosan.Meh i listkan 3 tempat terbaik di Johor Bahru untuk menikmati nasi ayam penyet, my favourite food! Ini adalah berdasarkan selera kami suami isteri dan kengkawan i yer..  ^.^

The best!

I takde gambar nasi.Tapi trust me,yang ni memang sedap.

Restoran Lesehan/ Bersila

Nasi ayam penyet dia sangat-sangat sedap sebab isi ayam dia lembut sangat tapi crispy,portion pun besar,kriuk-kriuk dia sedap sangat,nasi yang digunakan adalah dari beras yang mahal,sup dia pun sedap dan yang paling terbaik adalah sambal belacan dia.Serius sedap.Dalam seminggu,kami suami isteri wajib pegi sini sekurang-kurangnya sekali.

Tempat ni pun unik sebab kita boleh makan sambil bersila.Restoran ini terletak di atas kedai mamak,sebelah 7 Eleven di hadapan Plaza Pelangi.Tips i,kalau nak makan pesan nasi extra sebab nasi dia agak sikit tapi ayam dia banyak. Oh ya,restoran ini tutup setiap Sabtu ye..

Harga RM7.00 sepinggan.

Tempat kedua


Restoran ZZ di belakang Hospital Sultanah Aminah

Nasi ayam penyet dia ada sambal ayam percik,tu yang buat dia sangat sedap. Sup dia,i tak suka. Ayam dia, lembut tapi tak selembut kat Restoran Bersila. Sambal dia, sangat sedap. Oh,nasi dia agak banyak tapi dia gunakan beras yang murah. Ayam dia agak kecil kalau nak dibandingkan dengan dua kedai yang lain.Nasi ayam penyet ni takde kriuk-kriuk.

Harga RM6.50-RM7.00 sepinggan. 
(lupa sebab lama tak makan kat situ)

Tempat ketiga


Nasi Ayam Penyet Ria di Plaza Angsana

Ayam dia sedap dan lembut, kriuk-kriuk dia memang yang terbaik. Tak payah bagi ayam pun takpe asalkan bagi kriuk-kriuk tu banyak-banyak.Portion dia bolehlah tahan.Sup dia, reject. Sambal dia pun sedap,tak pedas sangat.



Udang penyet dia pun sedap, i suka!

Masalah utama nasi ayam penyet kat kedai ni ialah mahal.Nasi je RM2, sup kosong RM1.50, ayam penyet RM7.50.. hah,untuk satu set jer dah RM11. Jadi sungguh tak berbaloi walaupun kriuk-kriuk dia sangat sedap.

Till then!

Sehari Bersama Celak Arab

Hai kengkawan!

Gambar ni teruk sangat kualitinya.Kamera buruk,camtulah.  T_T
Sebelum ni i ada terbaca kat internet ni mengenai celak arab.So i pun teringin nak try.Yelah,mana tau kot-kot mata i jadi macam mata wanita arab nanti kan..

Jadi hari tu i beli dan  masa nak pergi kerja,i pakai dengan harapan mata i jadi cantik.

Maka i pun apply lah celak tu.Masa pakai,i tengok warna hitam dia just nice, i boleh terima. Tapi bila i buka mata jer (masa apply tu,i tutup mata yer..) celak tu terus melekat kat kelopak mata i.Teksturnya pun melekit-lekit.Uwaaaa..Susah nak cuci pulak tu sebab waterproof.

Nasib ada mekap remover yang terbaik di dunia ini.Cewah,nanti ada masa i review pasal mekap remover tu.

Yang paling tak suka,bau dia.Bau dia sangat lasting,sepanjang hari i muka i bau macam lipstik lama yang sangat murah dan tak berkualiti.
Mungkin sebab i beli celak yang murah (RM5 je),mungkin sebab i tak reti pakai (walaupun rasanya dah pakai dengan betul),mungkin sebab kelopak mata i jenis berlapis,tak macam mata orang Arab..apa pun sebabnya,biarlah.Baik i pakai jer eyeliner yang i biasa guna.


Kesimpulannya,celak arab mungkin bukan untuk i.


Oklah,take care!

Thursday, 5 January 2012

Nak K-POP Boleh..Tapi....

Hai kengkawan!

Sila bayangkan situasi berikut :

Di saat anda sedang menikmati makanan yang tak sedap bersama pasangan anda,tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dengan imej kpop.Rambut fesyen pelik,lelaki bawa handbag,baju pelik dan pakai spec yang bingkai saja tu..


Kalau muka diaorang comel (selalunya perempuan-perempuan yang nak follow kpop trend ni memang looks cute dan adorable,which i don't mind) tapi kalau lelaki?

This is cute.
I tak kisah pasal fesyen ni tapi i betul-betul terganggu bila benda-benda yang berikut terjadi..terutamanya kepada lelaki-lelaki.I listkan yer..

Imej kpop tapi kulit macam tar jalan raya kat kampung I.Dahlah berlubang,penuh dengan kulit mati pulak tu.Ada ke artis kpop kulit cenggitu?Nak glamour tapi malas menjaga kulit.Sekurang-kurangnya cucilah muka tu.

Perasan macam dia hero drama korea.Adoyai..ini kisah benar tau.I nampak dengan mata i sendiri,si lelaki kpop ni memeluk gf kpop nya dengan erat..pastu buat muka stim sambil pejam-pejam mata.Stress mata ni menengok!

Bila dia tengok artis kpop ni kulit putih halus pakai eyeliner,dia pun nak jugak.Pakai eyeliner,pastu nak jugak pakai bedak muka (mesti mak/kakak dia punya).Masalahnya,warna bedak tu selalu sangat lebih putih dari kulit muka,pastu berkecapuk sebab kulit lelaki kan biasanya kasar..Buruk yang amat!

So please lelaki-lelaki kpop sekalian..make sure kulit tu lawa sebelum nak ikut trend ni sebab nanti korang boleh menyebabkan pencemaran mata kepada orang lain tahu?

Kalau nak mekap,belajar dulu.Tengok youtube.Jangan main suka hati tepek saja.

Sekian,terima kasih.

Saat Magikal Bersama Lip Ice

Hai kengkawan!

I beli yang perisa apple sebab i suka hijau

Tahukah korang bahawa i adalah pengguna setia lip balm?I sentiasa memastikan bibir i ada lip balm 24/7 dan i biasanya menggunakan lip balm berkali-kali dalam sehari.Sebelum pergi kerja,dalam pejabat,lepas lunch,sebelum tidur dan bila-bila i rasa inginkan something untuk bibir i. (satu-satunya bahagian badan i yang i tak pernah komplen ialah bibir i jadi obviousla i do love my lips,kan?)

Kali ni i nak cerita tentang Lip Ice Apple Lip Balm.I beli Lip Ice ni dengan harga RM7.56 di Guardian.Oh ya,sebelum ni,i pernah mengkritik Lip Ice kat entri ni dan sekarang i bersyukur sebab LipIce dah menambahbesarkan (sesuka ati jer guna perkataan ni) diameter lipbalm dia which is i love sangat!!


Kenapa i tergerak hati nak pakai produk ini?
I dapat sample dari LipIce dan lepas try sample,i rasa cam best pulak.Selalu camni,asal dapat barang free,mesti i akan terbeli jugak. (n_n)  Kalau korang rasa-rasa nak dapat free sample,pegi kat fanpage LipIce Malaysia.

Free sample.Comelkan?Boleh pakai lama walaupun kecil..i pakai dalam sebulan.

Apa yang produk ini claim?
A lip balm for every occasion and lifestyle as it moisturizes and protect your lips.Refreshing fun fruity flavour,contains natural moisturizing ingredients,unique cooling sensation and SPF15 sunscreen protection.

Apa yang i suka pasal produk ini?
LipIce ni melicinkan bibir so i suka sangat-sangat.

Apa yang i tak suka?
Penutup dia macam susah sikit nak buka tapi its not a big deal.

Jatuh cinta tahap?
10/10. Definitely akan beli lagi.

Ini yang paling penting..apakah saat magikal i bersama LipIce?
Wifey : Sayang..apa ek bahagian kat muka saya yang paling awak suka?
Hubby : Bibir awaklah.
Wifey : (senyum malu konon-konon walhal suka sangat) Hmm..kenapa?
Hubby : Sebab bibir awak tak kering..cantik..
Suami i bukan jenis yang suka memuji.Jarang sangat-sangat dia nak memuji apa-apa benda sekalipun.Jadi bila dia memuji tu,i rasa happy sangat-sangat sebab pujian dia mahal,hanya diberikan once in a blue moon.

Thanks so much LipIce.
 (xoxo-kiss and hugs-xoxo)


 

Monday, 2 January 2012

BB Cream Yang Paling Best

Hai kengkawan!


Memandangkan demam Korea sedang hot di Asia ni,maka semua produk berkaitan Korea pun hot jugak dan one of them ialah blemish balm cream atau bb cream.Jadi,seperti yang dijangka,i pun terpengaruh jugak (T_T).Masa mula-mula mencari bb cream, i ingat nak beli Maybelline jer sebab murah tapi disebabkan SA kat Sasa Airport Senai tu sangat baik, i pun belilah bb cream yang mahal sikit.

Ambik gambar dengan plastik SASA lagi..   :)


SA tu recommend Dr Gowoonsesang atau nicknamenya Dr G Brightening Balm with SPF 30 PA ++, masa i beli memang tengah ada sale, buy 1 free 1. So i dapat dengan harga RM69 untuk dua tiub, berbaloikan?Shadenya ada sejenis sahaja (seperti kebanyakan bb cream yang lain) tapi i tak risau sangat pasal colour sebab kulit i jenis apa-apa colour sama ada berunsur pink atau kuning,akan sesuai dengan i.Sedikit penerangan mengenai bb cream ni :
Dr. G Hydra Intensive Blemish Balm SPF 30 PA++ (BB Cream) contains hydrophilic and lipophilic ingredients, each of these unique formulations works on a cellular level to help face skin achieve and maintain a clearer, healthier look.

Dr. G Hydra Intensive Blemish Balm is with Sun Protection Filter 30 PA++, ideal as a daily makeup base or sun block.
Hah,inilah rupanya.Sila abaikan kaki comel kat bawah tu ye.
Buy 1, free 1.  ^.^

Camna i pakai?
I guna sikit jer bb cream ni,pea sized kata omputih..then sapu-sapu kat muka biar sampai rata.

Gambar dari google tapi i biasa pakai banyak ni.

Kalau i tak lambat nak pergi bekerja,rutin i camni..mandi-pencuci muka-toner-moisturiser-eye cream-bb cream (sebagai base makeup) - make up.


Kalau lambat dan malas pulak,mandi-pencuci muka-toner-moisturiser-eye cream-bb cream. Siap!

Tapi i takdelah pakai tiap-tiap ari. Selalunya kalau i tak sempat/malas mekap jer i pakai bb cream.

Penutup dia camni.

Review i?
Bila dah pakai,pori-pori dan bintik hitam di muka i memang tertutup dengan hanya satu application.Untuk dark circle,memang tak dapat nak cover sepenuhnya tetapi dapat menyamarkan.Macam concealer.Jerawat tu i tak pasti dapat cover ke tidak sebab muka i belum ada jerawat lagi (ish...syukurlah). Dia memang akan bagi that flawless effect yang kita nakkan.

Experience i..kalau dah guna bb cream,tak payah guna concealer untuk cover dark circle sebab terlalu banyak benda diletak kat bawah mata will actually make your dark circle more obvious.

Pastu,bb cream ni sejenis mekap jugak jadi kena pastikan muka kita dibersihkan macam kita guna mekap biasa at the end of the day.Kalau tak,nanti jerawat.

Apa yang best pasal produk ni?
Oil control dia memang superb.I start pakai dari 7 pagi,sampai 5 petang..memang muka tak berminyak langsung.Even kalau i keluar,balik sampai 9 malam,muka masih jugak camtu.Stay matte all day.      ^.^

Mekap memang tahan lama bila i gunakan bb cream ni sebagai make up base.

Dermatology tested. Even kulit i super sensitif tapi i tak alergik pun pada bb cream ni.Produk ni mengandungi grape citrus, i memang alergik pada produk yang ada citrus tapi syukurlah,produk ini tak memberi apa-apa kesan negatif pada kulit muka i.

Mencerah,menyamaratakan tona warna kulit untuk effect yang flawless. Sebenarnya 3 perkara ini boleh dihasilkan dengan menggunakan foundation dan concealer jugak tapi bb cream ni ada healing property berbanding dengan barang-barang mekap tu yang fungsinya cuma untuk menyembunyikan cela di wajah.Bb cream pula berfungsi untuk menyembunyikan cela di samping membaikpulih kulit muka.   ^.^

Boleh dapat nude mekap look dengan satu produk saja.Bila pakai benda ni,kulit kita nampak cantik..orang takkan puji..eh,cantiknya mekap awak arini..tapi orang akan cakap..eh,cantiknya kulit awak..   ^.^

Senang sangat nak apply. Tekstur cream ni just nice (tak terlalu cair dan tak pekat),senang sangat nak apply.Muka pun tak cakey atau kelabu.Nampak a better version of our own skin.

It doesn't clog your pores. 

Apa yang i tak suka?
Erk..harganya kot??Kalau selalu ada less,oklah tapi ikut lojik,i takkan spend sampai RM69 untuk satu produk muka.Tapi tak payah risau sangat sebab sekali pakai sikit jer,boleh tahan 2-3 bulan pun satu tiub ni.

Jatuh cinta tahap?
10/10.
This is just perfect. Setiap perempuan yang selalu busy dan tak sempat nak mekap,wajib ada satu.