Monday, 10 December 2012

Checklist barang baby berdasarkan pengalaman anak seorang



I kena buat entri ni, sebelum I terlupa. Untuk panduan I lain kali, manalah tahu kot-kot 4-5 tahun lagi nak bagi adik kat rissa.

Rompers – 5 pasang lengan pendek, 5 pasang lengan panjang. Wajib cari rompers yang banyak button tu supaya senang nak buka. Wajib cari yang 100% cotton. Beli yang saiz 3-6 bulan. Kalau nak beli baju newborn, belilah sepasang dua. Nanti baby dah umur sebulan dua, boleh shopping lagi..

Mitten dan botties – 5 pasang cukup. Pastikan 100% cotton jugak. Kalau boleh, beli yang berkualiti (cth : brand Anakku) sebab benda ni baby nak masukkan dalam mulut dia. Kalau beli yang cap ayam, nanti bila dicuci, sarung tangan tu berbulu-bulu, masuk mulut baby…..

Lampin kain – Sangat penting. Beli dalam sedozen atau dua. Napkin ni serbaguna. Boleh guna untuk lap-lap baby, jadi towel baby, selimut baby,cover masa menyusukan baby, bedung… So far napkin yang I suka adalah jenama Anakku sebab tak mengecut bila dicuci.

Diapers - Beli yang ada navel care.

Breastpump – Untuk ibu yang bekerjaya, eloklah beli DOUBLE PUMP untuk menjimatkan masa. Beli sebelum bersalin sebab once dah bersalin, kena pam susu. Kalau tak pam, nanti bengkak pastu demam.. Demam semasa dalam pantang adalah sangat seksa. Pam yang famous ialah Madela FS (kalau ada bajet), Spectra 3 (harga sangat berpatutan)… Kalau memang niat nak fully bf, I rasa better invest beli pam yang bagus. I suggest Madela FS. Baca dulu review pasal pam sebelum beli ye. Sila fikir juga..

Pam ni bising dan banyak parts nak pasang tak?
Selesa ke?
Kalau pam ni rosak, nak hantar ke mana?
Nak servis pam ni kat mana?
Senang cari  spare part tak?
Kalau hantar pam pegi servis, kedai tu akan pinjamkan breastpump untuk kita tak?

Set berpantang – Jangan beli jamu-jamu bagai sebab tu akan buat baby kita kena jaundis. Masa pregnant, mungkin tak terfikir tapi bila baby dah keluar, pastu sepanjang hari dia tidur dan lemah sebab jaundis….atau lebih teruk baby masuk wad…seriously, kita akan rasa sedih yang teramat. Unless kita ni mak yang takde hati perut, sibuk nak kurus tanpa peduli sama ada anak sakit ke tak, hold dulu makan jamu. Tunggu baby dah sebulan dua.

Stroller dan car seat – I beli benda alah ni sebelum bersalin tapi I suggest sila beli selepas baby lahir tak kisahlah betapa terujanya kita. Sebab bila baby dah lahir, citarasa kita pun automatik berubah. Semuanya lebih kepada selesa tak baby guna benda tu. Dalam semua kes, apa yang elok pada baby orang, tak semestinya sesuai untuk baby kita. So, beli lepas lahir ye..at least ada alasan untuk keluar rumah..
I suggest beli stroller yang berkualiti dan boleh convert jadi car seat sekali. Mahal pun takpe sebab handphone kita lagiiii mahal dari stroller tu kan? Ciri-ciri stroller yang perlu dipertimbangkan….

Boleh guna dari newborn sampai 18kg
Masa tolak tu,baby boleh facing kita (dah jadi mak, memang nak ngadap muka baby je. masa peknen, mungkin fikir..takpelah beli yang tak boleh ngadap kita tapi bila baby dah kuar, memang I 100% yakin, kita nak tengok baby kita dalam stroller sebab takut apa-apa jadi kat dia)
Suspension bagus. Kesian tau kalau baby dalam tu asyik bergoyang-goyang je. Dia nak tidur pun tak boleh.
Tak berat dan bulky sangat. Make sure muat dalam bonet kereta ye.
Adjustable handle. I ni kira agak tinggi jadi kalau stroller biasa tu I tolak, rendah je rasa dia sampai I kena menunduk sikit.

Botol susu – Beli dalam 2 botol je sebab kita takkan tahu baby nak puting tu ke tidak. I suggest Pigeon Peristaltic Bottle..

Baby cot – Masa baby baru lahir, I rasa elok baby tidur dengan kita dulu. Alah I tak payah taip pun, confirm punya mak-mak ni nak tidur dengan anak. Lagipun dalam pantang. Nak tidur berprivasi dengan laki buat apa… Kalau nak beli baby cot, silalah beli tapi I rasa better beli katil single bed untuk budak tu. Boleh pakai sampai dia besar.

Bouncer, buaian, rocker – Beli lepas baby lahir sebab kita takkan tahu camna rentak baby.Ada yang elok boleh tidur kalau dibaringkan, ada yang nak dukung jer… Buaian memang tak elok untuk baby TAPI bila baby dah lahir, hah..masa tu sila rasa sendiri camna nak handle dia. Masa tu confirm semua benda tentang betapa teruknya buaian tu hilang dari fikiran kita..
 
Paling penting…..

TOILETRIES BABY. Invest lebih sikit ye sebab apa-apa yang kita sapu kat baby, akan meresap kat kulit dia. Sama macam apa yang kita bagi dia makan. Belilah produk yang elok, yang takde paraben, SLS…I suggest beli Buds Starter Pack sebab tu je produk organic yang ada starter pack..try dulu tengok sesuai ke tak untuk baby.

Rasanya itu jer yang penting dan memerlukan ongkos yang besar kot. Jom tengok anak dara i.....

Muka marah baru bangun tidur.
Happy sebab dah pandai isap jari.