Tuesday, 18 December 2012

Cabaran memulakan breastfeeding



Hai.

Start 10 Disember 2012, I mula jadi pengepam susu yang tegar la konon-kononnya.
Sebelum ni, I pam hangat-hangat tahi ayam je sebab dalam hati nak extend cuti tanpa gaji selama 3 bulan. Tapi hajat tu tak kesampaian.  :’(   Takpelah, lagipun sampai bila I nak bertangguh kan?

Sebenarnya susu I takdelah banyak sangat tapi seperti yang otai-otai mommies semua cakap, pengeluaran susu ni adalah sama dengan keperluan baby, so I relax jelah. Apapun, risau jugak ok. Yelah, sekali pam I boleh dapat 1oz lebih jer, kadang-kadang 2oz. Silap I jugak. Tak minum air dengan cukup..jarang sangat pam..harapkan si rissa tu jer jadi pengepam i..

Jadi, apa I buat?

Pam setiap 2 jam sekali. Sekarang, start 8 pagi sampai 4.30 petang, I bagi rissa minum susu melalui botol. Setakat ni dia minum dalam 2 - 3 oz..

I pastikan dalam sehari I minum sekurang-kurangnya 1.5 liter. I tahu jumlah tu masih sikit tapi I tengah belajar minum air dengan banyak.

I pastikan perut I tak kosong. Kalau I lapar, bila pam, I rasa nak pitam. Tak tahulah kenapa. Lepas pam, I rasa kelaparan sangatlah pulak.

I minum horlicks+oat sebab orang cakap tu sebagai milk booster. Minum jelah kan..no harm pun..

Shaklee? I ni pemalas nak makan ubat. Tapi tiap pagi after breakfast, I telan jugaklah sebijik vitelea dan vitamin c. Penting sebab kalau tak makan, badan I sangatlah tak bertenaga. After lunch, kalau rajin, I makan alfalfa dua biji. Kalau rajin.. 

PP cara I sendiri.Cara ni I rasa lebih best kalau guna single pump sebab tak terasa kita pam lama. I biasa pam each breast selama 10 minit. Pam kiri 10 minit, kanan 10 minit, pam kiri lagi 10 minit dan kanan 10 minit. Done! Dengan cara ni, I takdelah rasa stress mengepam lama sangat.

Hasilnya?

Tiapkali pam, bolehlah I dapat dalam 2-3 oz. Pencapaian terbaik, I dapat 4 oz. Semoga lepas ni, hasilnya akan makin bertambah. Good luck to me!