Wednesday, 26 December 2012

Badan dah jadi second hand



Hai.


  Dulu, tiapkali i balik rumah datuk, i memang suka giler mandi sungai.
Sampaikan family i panggil i badak sebab i suka berendam dan gemuk.
Pastu, kalau kat ofis, i memang langsung tak pernah nak bersweater/berselendang/berstokin bagai walaupun ofis tu sejuk macam icebox. Masa pregnant, i siap letak kipas tepi meja sebagai tambahan kepada aircond tu. 

Pendek kata, i memang suka sejuk dan tak tahan panas orangnya.

Tapi lepas dah bersalin ni, i perasan sesuatu.

I LANGSUNG TAK TAHAN SEJUK!

Kalau mandi lebih 15 minit, i dah gigil-gigil. I tak boleh mandi dengan air panas, nanti kulit i kering.
Bila malam, I rasa sejuk giler walaupun kipas tu dah paling slow i letak. Siap berbungkus dengan selimut. Mungkin salah i jugak sebab tidur pakai seluar pendek.

Pastu, kalau kat mall pun i tak tahan. SEJUKKKK!!

Paling tak tahan, kalau keluar berdua dengan suami, dia suka pakai moto. Kalau siang, i ok je. Tapi kalau malam, rasa sejuk tu menusuk tulang tau. Almaklumlah, i ni kalau naik moto takdenya nak bersweater. Pakai tshirt je.

Tak tahan sejuk satu hal, lagi satu pulak i tak tahan kena hujan..

Dulu, i memang jarang berpenyakit orangnya..syukur! Satu-satunya penyakit i ialah ekzema.
Setakat redah hujan sampai basah lencun, pastu masuk aircond berjam-jam tanpa mandi dulu..i elok je. I memang takkan demam/flu kalau kena hujan.

Tapi bila dah bersalin, kena hujan renyai-renyai jer, i dah pening-pening lalat.
Apa lagi ye?

Oh, lagi satu. Dulu, i kuat. Serius, i memang kuat. Takat angkat tong gas tu, memang no hal. Tapi sekarang, i nak angkat beras 10kg tu pun dah rasa nak pitam. Tak larat ok. Rissa tu pun i dah mengah nak dukung.

Kalau citer nak mak i, mesti dia cakap sebab i tak berpantang dengan bersungguh-sungguh. Erk, betul kot?

Kalau masa boleh diundur balik, hmm..rasanya i masih buat benda yang sama. Haha. Tak koser aku berpantang bagai nak rak. Biarlah i seksa sikit sekarang dari seksa masa berpantang..

Paling penting, dulu i memang pelupa. Tapi sekarang, i dah pelupa tahap alzhimer.. (betul ke ejaan ni?malas nak check). I pun tak sangka i boleh pelupa yang melampau. Contoh :

I pegi dapur yang hanya sejengkal dari ruang tamu untuk cuci pinggan tapi sampai kat dapur, i macam clueless. Apsal i kat dapur ni ye?

I cuci baju kat mesin. Mula-mula i buka paip dulu untuk isi air. Lepas tu, i pegi buat benda lain kejap. Sejam kemudian, baru i ingat yang air paip masih dibuka. =.='

I selalu makan 3-4 kali sebab i lupa i dah makan ke belum. (note : dalam otak i, i dah set i kena cukup makan supaya ada susu).

Banyak lagilah benda yang i lupa. Janganlah i terlupa letak anak kat mana nanti...adoi...

Tapi ada juga positifnya. Bila dah ada anak ni, i tak perlukan tidur 8 jam macam dulu. Selalunya tiap hari, rissa paling lewat pun akan tidur 9 malam. Bila dia tidur, i akan tidur. Then dalam 12.30 pagi, i akan bangun susukan dia. Lepas tu, i tak tidur sangat pun. Tidur-tidur ayam jer. Selalunya i blogwalking tengah-tengah malam tu sampailah ke pagi sambil menyusukan rissa kalau dia bangun. Dia biasa akan bangun pukul 3,pukul 5 dan pukul 7..

Hmm..itu jelah yang berbeza setakat ni..  :)