Wednesday, 19 December 2012

Arissa dua bulan



Nak update perkembangan Tia Clarissa ketika dua bulan, walaupun dia dah nak masuk tiga bulan..

Masa check up hari tu, nurse ada tanya..rissa dah pandai apa?

I jawab, dia dah pandai senyum bila kita agah dia (yang ni comel sangat!!) dan dia dah pandai marah (tak comel langsung). Asal rissa mengamuk jer…..

MIL : Papa dia dulu masa kecik baik sangat. Senang jaga. (nak cakap yang rissa garang ikut I lettew)
I : Saya pun baik jugak, mami saya cakap.. (ayat tak nak kalah.haha)

Dia dah pandai hisap jari, tapi belum pro sangat.

Kegemaran dia ialah tengok lampu dan kipas yang berpusing. Kalau gi mana-mana, dia asyikkkk tengok lampu aje. 

Betul cakap orang. Baby ni masa memula memang susah sangat nak jaga. Sekarang dia dah besar sikit, dah ok dah. Dah tahu rentak dia.

----

Cerita pasal anak..bila kami suami isteri beli barang yang mahal bagi kami untuk anak..ada orang cakap..

biasalah tu..anak baru sorang

Ya, I akui yang kami laki bini memang teruja dengan rissa, dari masa pregnant sampailah sekarang. Yelah, semua parents nak yang terbaik untuk anak dia kan? Cuma I cam kurang setuju dengan kata-kata yang mengatakan anak pertama jer akan dapat layanan extra. 

Kalau ada rezeki anak kedua nanti, I akan pastikan dia pun dapat apa yang I bagi kat rissa. Sebab tu I belum ready nak ada baby lagi. I tak nak nanti dia tak dapat apa yang rissa dapat.

Orang kata, jangan latih baby guna barang mahal tapi barang yang mahal adalah barang yang berkualiti, selalunya. Sebab tu ada pepatah alah membeli, memang memakai, ye tak? Paling penting, I beli barang guna duit sendiri,bukan guna duit diaorang.

Anak pakai pampers mahal? Ya, sebab tu je yang sesuai untuk dia. Takkan nak suruh I borong suma jenama pampers kat pasar untuk bandingkan mana yang elok untuk dia? Dah jumpa yang sesuai, guna jelah sambil pejam mata tengok harga….

Anak guna toiletries mahal? I aware dengan bahaya paraben, SLS dan segala bahan-bahan yang tak elok dalam produk-produk jadi memandangkan I tahu benda tu tak elok, takkan I nak bagi baby pakai?

Apa yang penting..

TEPUK DADA, TANYA POKET.