Monday, 12 November 2012

Tia Clarissa dan kulitnya yang ‘mahal’

Stok mamy poko rissa.


Diapers

Rissa dah sebulan lebih lahir, dan kami suami isteri semakin mengenali dia. Minggu lepas, memandangkan diapers Goon Supreme rissa dah hampir habis, maka kami pun pergilah ke Giant untuk beli diapers baru. I dah aim nak beli Drypers Wee Wee Dry sebab semua orang recommend diapers ni. I beli saiz M jumpo pack, harga RM36.99 sebab takde pack kecil. Keesokkan harinya, I pun excited pakaikan rissa drypers ni. Suka sangat dengan drypers sebab comel, pelekat dia pun besar. Dalam hati, confirm elok ni.. Lagipun masa rissa baru lahir dulu, I pakaikan dia drypers yang I dapat sebagai sampel, elok jer..

Kusangkakan elok hingga ke petang, rupanya ruam di tengah hari. Uwaaaa.. baru 4 jam guna drypers tu, I tukarlah. Sekali I tengok, paha dia ada bekas merah. Belakang rissa pun ada merah-merah. Kan drypers ada bahagian yang macam seluar tu kat bahagian belakang dia. Hah, kat part tulah yang kulit rissa ruam.I testing lagi. Bagi dia guna drypers seharian. Makin teruk. I mengadu kat suami. Nak tahu apa dia cakap.

Rissa nak yang mahal-mahal je. Habislah awak kena belikan dia barang mahal.

Dia cakap I kena belikan sebab tiap bulan dia memang bagi I elaun siap-siap untuk perbelanjaan rumah. Jadinya, kenalah I beli Mamy Poko untuk rissa. Sebelum ni rissa guna mamy poko dan goon supreme tapi masa beli hari tu, I tengok harga goon ni lagi mahal dari mamy poko. Bila rissa guna kedua-dua brand ni, memang elok sangat cuma mamy poko ni, kalau dia poo poo..sebatu pun boleh hidu tau. Tak menyerap bau langsung!

Sekarang I dalam pencarian diapers yang harganya lebih murah, cutting lebar dan takde elastic band kat belakang diapers tu.

Minyak kayu putih dan minyak telon

Dari lahir, I guna minyak kayu putih cap parrot untuk rissa. Wangi dan tak panas. I suka. Tapi sejak dua minggu lepas,I perasan kat area perut, dada dan lutut dia ada bintik-bintik merah. Paling teruk kat perut dia. Apa lagi benda yang I sapu kat situ kecuali minyak kayu putih ni? So, stop pakai. I minta suami beli minyak telon mustika ratu pula. Hasilnya, sama. =.=’

Maka I tak pakaikan rissa apa-apa minyak dah. MIL selalu cakap, kesian cucu aku tak pakai minyak panas.. Mummy, kalau anak saya ni ruam kulit, lagilahhhhh kesian tau! Orang putih pun tak pakai minyak-minyak, elok jer.

Baby oil, losyen dan baby bath

I bagi rissa baby bath start umur dia 3 minggu.Itu pun I titiskan setitik jer kat air mandian dia. I guna Sebamed. Yang ni dia ok sebab I guna setitik je pun. Kalau tak ok, I tak taulah. Baby oil pulak, tak payahlah nak sapu kat dia. Terus jer kulit dia ada bintik-bintik. Losyen, I memang tak pakaikan lagi.

Setiap kali I nampak bintik-bintik merah kat badan dia, I sapu Angel Baby Bottom Balm. Pagi sapu, petangnya..most of the time, memang elok. Mahal ni anak oi...

Bila orang tengok rissa, mesti cakap kulit dia cantik, putih. Syukurlah. Cuma masalahnya kulit dia demanding. Nanti dah besar, kawin Tan Sri ye nak...

Suami : Nanti bila rissa dah besar, awak kenalah belikan dia SK II.
I : Apsal pulak? Dia nak pakai, belilah sendiri.
Suami : Yelah, kot-kot dia belum kerja.
I : Eh, i pakai olay jer..dia ada hati nak pakai SK II..jangan haraplah.....