Saturday, 24 November 2012

Tak membuang punya cerita

Sejak ada anak ni, memang takde masa nak update blog.
Setiap hari, i cuma sibuk blogwalking jer, dah macam ketagih pulak. Paling ketagih, nak baca entri kak Aty sebab entri dia panjang macam cerpen. Hehe.. 

Buah hati pengarang jantung
Nak cerita pasal rissa. Hari tu, dia tak poo poo selama 3 hari. I tak risau sangat sebab i baca kalau bf baby memang normal cenggitu. Tapi masuk hari keempat iaitu Rabu lepas, i bawa dia ke Klinik Mahmoodiah. I ingat nak bawa dia pegi Columbia Asia tapi i dah 3 bulan tak drive kereta, solution terbaik adalah pergi ke tempat yang tak sampai 15 minit dari rumah. Itu pun MIL i awal-awal dah cakap tak nak duduk depan sebab takut. Ya, 8/10 penumpang i akan takut kalau i drive. I pun tak tahu kenapa, yang pasti bukan sebab i drive laju tau.

Rupanya kalau kat hospital gomen ni, baby,warga emas dan OKU diutamakan. Lega i. Ingatkan kena tunggu lama (sebab utama malas nak pergi klinik gomen). Kami sampai pukul 9, pukul 11 semua dah selesai. Cepatkan? Good job HSA!

Berbalik pada rissa..doktor check dia. Tekan perut, ambik xray. Tanya i beberapa soalan. Semuanya ok. Nasiblah anak dara tu elok tak menangis time kena check. Then doktor cakap, hari Jumaat datang balik (Khamis tu adalah birthday Sultan Johor, jadi PH di sini). Kalau masih belum poo poo, dia akan bagi surat rujukan untuk ke unit pembedahan kanak-kanak. Cuak i dengar. PEMBEDAHAN???

Petang Khamis, i try petua tuam perut rissa guna daun kunyit. Konon nak bagi dia membuang. Tapi tak berkesan. Then i letak sikit minyak yu yee kat tangan dan sapu kat perut dia. Dia kentut tapi masih tak poo poo.

Last-last pagi Jumaat tu, time i dah tukar diapers dia, dia akhirnya membuang. Selambak!!! Penuh diapers. Masa meneran tu, i tengok muka dia senyum-senyum je. Eh, seronok betul anak dara ni.. Apa pun, i lega..