Sunday, 4 November 2012

Salah ke menyusukan anak?


Asal tido jer, dia mengiring cenggini....


Semalam kami sekeluarga keluar lagi ke Plaza Angsana, JB. Kalau pernah pegi JB, mesti tahu tempat ni. Agak crowded di hujung minggu tapi I sengaja pegi dalam pukul 11 pagi, so orang belum banyak sangat. Pastu, macam biasalah..tengah-tengah I ambil barang untuk dibeli di UO, tetiba rissa nangis. Nak susulah tu. So I pun ambik nursing poncho dan pergi duduk kat sebuah kerusi di tingkat dua dengan si rissa yang dah nangis-nangis..tempat ni takdelah open mana pun. Tersorok jugak tapi ada jugaklah orang lalu..

I cover badan I dan susukan rissa. Takde apa pun yang tak sepatutnya terdedah, i dedahkan. Cuma I tak tutup badan rissa habis.. I tutup sampai bahu dia jer..

Apa yang buat I kurang senang?

Manusia. Ada yang senyum biasa jer. Ada yang tak perasan pun. Ada yang pandang-pandang. Ada yang cakap..ala,comelnya baby..Tapi..tetiba ada sorang perempuan ni lalu dan terjerit..

HEI..KENAPA SUSUKAN BABY??? 

I dah terpinga-pinga. Semua orang kat situ tengok kami. Perempuan tu pandang I dengan perasaan tak puas hati dan jijik sangat macam I ni tengah susukan anak sambil tayang breast in public pulak. Apa yang I buat sampai dia macam terganggu sangat? I pandang dia dengan muka garang kononnya..tapi I diam jelah. Nak jerit balik, I ni tengah dalam pantang (ececeh, time ni barulah teringat yang masih dalam pantang)..kang tak pepasal bentan pulak aku ni.Lepas tu dia blah.

Geram I dengan orang camtu. Kalau dia lelaki, mungkin I faham yang dia jijik tengok I menyusukan baby. Tapi dia perempuan..umur 40-an..mesti dia pun dah ada anak juga (unless dia andartu)..

Dah anak I lapar, I bagi dia susu..salah ke? Terus mood I hilang. Lepas habis bf rissa, I ajak suami pegi Leisure Mall. Tak koser I nak pegi Angsana lagi. Huh!