Thursday, 29 November 2012

Review Avent Single Electric Breastpump



 
Nak review pasal breastpump pulak.
BP yang i gunakan ialah Avent Single Electric Breastpump.
I dah guna selama sebulan lebih.. erk, sebenarnya kalau ikut betul-betul pakai benda alah ni tambah tolak darab bahagi..adalah dalam dua minggu kot.
I beli pam ni masa baby ekspo, harga dalam RM600 gitu.

Apa yang i suka?
Part dia tak banyak. Takde tiub..nak pasang dia, pejam mata pun boleh.

Boleh guna elektrik, bateri dan manual.

Suction dia adjustable, kita boleh set sendiri nak dia pam camna. Laju, perlahan, kuat, lembut..Yang bestnya, setting kita ni, sekali dah set, next time pam, dia terus ikut cam yang kita set tadi. Tapi kalau nak tukar setting, boleh ajer..

PALING PENTING, PAM MANUAL DIA SANGAT BAGUS. Sebijik macam elektrik. I pam guna elektrik dan manual dalam masa 10 minit, kedua-duanya i boleh dapat hasil yang exactly sama. Bezanya, pakai manual..tangan i lenguh.

Since dia ada petal cushion tu, memang tak sakit langsung bila pam.

Tak payah risau susu termasuk tiub ke apa sebab memang takde tiub pun. Susu dari breastshield terus masuk dalam botol.

Yang tak best pulak?

BISING GILER!! Bunyi macam orang tengah memaku dinding. Bayangkan I pam susu pukul 5 pagi kat ruang tamu, mertua I kat bilik paling belakang pun boleh dengar I pam.

Motor dia melekat kat botol pam ni so memang susah sikit nak pegang dia sebab agak berat.

Single pump.

Hanya boleh pakai botol Avent sahaja.

Setakat ni, I stok I cuma ada dalam 12 oz kot. Itu stok ke? I memang langsung takde disiplin nak mengepam. Risau sungguh I dengan kemalasan diri ini. Dahlah bila I pam, rissa nak menyusu pada masa yang sama, susu I cam tak cukup pulak untuk dia. I nak buat camna? Hmm..