Wednesday, 21 November 2012

Perjuangan yang baru bermula

Hai.



I akan start kerja pada 4 Januari 2013. Maka, walaupun hati i tak rela, i terpaksa start ajar rissa guna botol, start pam susu, start simpan stok. Khamis lepas, i mula beli barang untuk i start menyimpan stok EBM. Nak tahu i beli apa? Puting Pigeon yang wide neck tu. Bila i test, puting tu boleh digunakan pada botol Avent. Syukur! Kenapa tak guna puting Avent? Sebab susu keluar walaupun baby tak sedut.

First time pam selepas minggu pertama rissa lahir, i dapat 2oz untuk both B. Sikit jer, tapi for the start, oklah tu. Lepas pam, terus bagi dia minum. Dan agak mengejutkan i, dia sedap jer minum. Cam takde apa kelainan pun. Dulu masa bagi puting lain, dia buat muka pelik. 1 oz pun susah nak habis. Dah guna Pigeon ni, dia minum licin. Good girl! I punya bangga macam dapat award pulak. Over betul.

Tapi masalahnya, sekarang i risau macam mana i nak pam kat ofis. Tempat i memang ada partisyen tapi partisyen tu paras pinggang i jer, kalau pam kat situ memang orang nampak dan paling penting, orang dengar (pam i macam bunyi orang tengah memaku dinding tau.stress!) Kalau bab nampak tu i tak kisah sebab i boleh cover guna shawl. Kalau nak pam kat surau atau bilik fail, hmm..i tengah imagine..setiapkali pam, i perlu 30 minit. Itu baru pam. Belum lagi i jalan terkedek-kedek, cuci itu ini. Dalam sehari, orang kata kena pam 3-4 jam sekali kan? Takkan i nak hilang sampai 2 jam dalam sehari? Sudahlah masa kerja asyik main internet memanjang, ni nak hilang pulak. Ingat tu ofis laki aku yang punya?

Kalaulah ada double pam kan bagus..
Kalaulah ada pam yang portable lagi bagus, tak payah i nak pam bawah soket..
Kalau ada pam yang boleh lekat kat Cik B sambil i buat kerja, extra bagus..
 KALAU DAPAT MADELA FS, SANGATTTTLAHHH BAGUS! 

Maka i pun menyuarakan hasrat murni i kat suami. Dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang i cakap..

Sayang, awak kan baik. Belanjalah saya beli pam tu. Tak mahal pun. Dua ribu jer.. Awak kan kaya, banyak duit..(ayat bodek kena cantik)


Dia jeling jer i sambil buat muka. Mesti dalam hati dia cakap, baru sehari mengepam, dah ada hati nak demand itu ini. Dahlah pam avent i tu baru je guna. Haha. Takpelah, nanti masa birthday i (thanks mummy sebab lahirkan saya bulan Januari!!), i beli FS sebagai hadiah harijadi. Campur duit bonus gomen bagi, pastu duit bonus ASB, memang cukup. Itu niat je. Belum confirm pun. Dari i beli handphone mahal, baik i beli pam susu. Tapi yelah, pam susu bukan penentu susu kita banyak ke sikit. Ada orang guna tangan jer boleh dapat banyak susu. Tengoklah nanti.

Oh, masalah kedua. Bila i pam, i dapati baki susu i macam sikit je untuk rissa. Memang orang cakap, bila kita pam, susu tu akan refill balik tapi rissa tu menyusu dua jam sekali siang dan malam. Kalau i menyusukan dia, lepas tu nak tidurkan pulak. Dah dekat sejam. Sejam kemudian, dia bangun nak menyusu. Kalau i pam dalam masa tu, macam tak sempat je nak refill. Dia menyusu meronta-ronta, macam tak puas. Jadi, bilalah i patut pam susu? Hmm..

Masalah paling besar pulak adalah i malas yang amat. Memang susah dan sangat mencabar nak bf baby ni, walaupun baru sehari mengepam. Asyik nak mengelat jer. Nasib dapat laki yang tegas, asyik paksa i pam. Kalau tak, huhuhu.... Cuma bila tengok muka anak, timbul rasa kesian. Yelah, i ada susu, takde apa masalah, kelengkapan untuk bf pun semuanya ada..jadi i memang tak patut bagi alasan malas tu sebagai sebab anak i tak dapat yang terbaik dari ibunya. Semoga semangat i kuat. Amin..