Tuesday, 6 November 2012

It has been a month!


Gambar masa hari kami tahu yang i was pregnant.

 
Tia Clarissa dah genap sebulan. Homaigadddd..rasa baru semalam jer I kena seluk banyak-banyak kali masa kat hospital. Cepatnya masa berlalu. I update sikit perkembangan I dan rissa, esok-esok I boleh baca..almaklumlah urat dah banyak putus, asyik lupa jer memanjang..

Rissa semakin bulat, pipi makin gebu, makin bijak..ada bakat jadi drama queen. Bayangkan, I dukung, dia elok jer tidur siap terngaga lagi. Bila I letak kat tilam, dia boleh pulak buka mata besar-besar dan buat bunyi ek ek ek dia tu. I dukung balik, dia senyum tayang gusi takde gigi dia dan tidur semula. =.=’

Pantang

I takde buat entri pasal pantang sebab bosan. Masa mula bersalin, I makan ikan talapia, sup sawi dan bubur. Masuk minggu kedua sampai sekarang, tukar dengan ikan siakap pulak, pastu makan nasi dan sup sawi. I ambil pakej mengurut selama 7 hari, sebab I tak boleh makan halia semua tu kan..jadi I ambil pakej ni lama sikit. I ni pantang ala kadar..bengkung,stokin,kain batik..semua I pakai 2 minggu jer. I cuma jaga makan sebab I bf rissa.

Supplemen

I ambil set berpantang Shaklee. Tapi nak harap I makan semua ubat tu memang jaranglah. I cuma pastikan tiap hari I makan b-kompleks dan vitalea. Bagus tau benda alah ni kat I sebab I tak pernah lesu sepanjang pantang walaupun I kurang rehat dan kurang tidur. Paling penting, b-kompleks ni katanya bagus untuk mengawal emosi. I pun tak tahu betul ke tak, tapi mungkin betullah kot..

Stok susu

Err..i belum start lagi. Dan belum ajar rissa guna botol lagi. Sebab I risau dia tersedak. Rissa kalau minum susu, macam tak dibagi susu berhari-hari. Mulutnya pulak asyik mengunyah memanjang, even kalau dia baru lepas muntah susu, dan I bagi dia susu, pun dia masih nak menyusu. Ikut perangai sapa ntah.. =.=’

Pacifier

I memang tak nak bagi rissa pacifier ni. TAK NAK OK? Sebab I tengok sendiri, cousin-cousin I yang hisap puting ni, susunan gigi diaorang tak cantik. Bibir diaorang pun slack sikit. Minta dijauhkanlah semua tu dari rissa. Tapi di suatu malam, dia punya nangis tu..melalak-lalak. I bagi susu, dia hisap sambil nangis-nangis macam gaduh dengan miss B pulak. Pastu keraskan badan. Jadi, I terpaksa bagi pacifier avent yang free masa beli starter set avent aritu. Masa bagi tu siap baca doa lagi semoga takde effect kat dia. Hasilnya, bolehlah untuk dia bertenang sekejap. I ingat nak bagi dia malam je tapi MIL asyik sumbat mulut dia dengan pacifier tiap kali dia nangis. Hadoiii..aku yang menangis menengok mulut rissa tu terkumat-kamit hisap pacifier dia.

Sempat juga I cakap kat MIL..

Ni asyik hisap puting, bila dah besar kalau gigi tak cantik..kalau kawin,confirm turun harga wang hantaran ni…..

MIL ingat I bergurau tapi I serius ok? Memanglah rupa paras tu anugerah Tuhan tapi benda yang camni, kita boleh kawal kan? Rissa, semoga gigi dan bibir awak cantik ya sayang….

Penat jaga baby?

Tak payah cakaplah. Semua mak-mak mesti tahu benda ni.

Panggilan untuk diri sendiri

Masa sebelum pregnant, I niat nak anak I panggil I mama. Masa pregnant, I bahasakan diri sebagai mama kepada baby dalam perut. Bila rissa dah keluar, I pun bahasakan diri mama. Tapi..hmmm..ada orang pun bahasakan diri sebagai mama kepada rissa. I tak nak nanti rissa ingat dia ada dua mama sedangkan I yang mengandung dan melahirkan dia tau. Mungkin pada orang lain tak kisah kalau anak diaorang panggil orang lain mama jugak tapi I fikir kesan jangka panjang.. Bayangkan dia dah pandai cakap..dia panggil mama.. Erk, mama yang mana satu? Nak marah pun I rasa tak guna. Ambillah panggilan mama tu kalau nak sangat. Biar I jer mengalah. Tapi i masih tak tahu nak bahasakan diri apa.

Ingat I rela hati? Tidak oh tidak. Sakit hati tau tak? 

Dah, hilang mood I dibuatnya. Malas nak taip lagi dah. Babai!