Friday, 9 November 2012

Dah tu anak dia..



Hari tu masa I pegi klinik, I ternampak sorang baby lelaki yang sangat cute, sihat dan gebu..MIL I bagitau I, yang baby tu umur 4 bulan (sebelum tu mil ada berbual dengan family baby ni).

Mak dia cakap, dia dah bagi baby tu makan bubur nasi..

Dengar je kata-kata mil tu, I terkejut. Dalam hati, nak jer terjerit..HAH!!! Perut baby kan belum tumbuh sepenuhnya lagi..kan tak boleh..kan tak elok..bla..bla..bla.. Tapi I diam jelah. 

Balik rumah, I bagitahu suami. Lepas tu dia bagi ceramah free kat i. Meh I taip ceramah dia tu.

Benda tu kan subjektif. Mungkin bagi kita tu tak elok, tapi bagi mak bapak dia tu bagus, jadi apa salahnya dia buat? Sama juga cam parents yang bagi anak minum susu badan atau FM, itu hak masing-masing. Tak semestinya susu badan ni sangat bagus..kalau mak dia tak makan makanan berkhasiat, merokok, minum arak..kan? Kalau mak dia gitu, baik bagi baby FM saja. Yang bagi anak pakai diapers mahal, dah mak bapak dia mampu bagi anak dia..apa salahnya? Pendek kata, ITU ANAK DIA, SUKA HATI DIALAH NAK BUAT APA. Kita jaga anak kita jer.

Ok. I setuju.