Thursday, 8 November 2012

Baby kembung perut

Hai.

Masa peknen, i selalu tegur orang yang suka menongkat dagu sebab i cakap, kalau menongkat dagu, nanti siku hitam. Sekali anak aku lahir, kalau dia tidur masa kita dukung, asyik nak menongkat dagu jer!! Eeee..sakit mata i menengok.

Dari beberapa hari lepas, i dah suspek rissa ada kembung perut.
Rasa cam tak sedap hati jer i tengok dia (exactly sama macam masa dia kena jaundis dulu.i pun tak sedap hati jugak).
Lepas baca entri rara semalam, lagilah i yakin.
Yelah, tiap petang rissa meragam, nangis melalak, i tepuk perut dia cam ada bunyi-bunyi..
I cakap kat suami yang rissa kembung, dia tak caya.
Isk, i ni mak rissa tau..i tahulah dia sakit ke tak..
So, petang semalam, dia nangis kuat giler.
I susukan dia, tukar diapers dia, baju dia, lap-lap badan dia (sebab dia berpeluh, i risau dia panas) tapi masih jugak nangis.
MIL dan suami memang dah surrender lah. Tak sanggup nak pegang rissa yang nangis terjerit-jerit tu.
Jadi, i lah yang nak patah pinggang mendukung dia.

I dah rasa nak nangis sebab tak tahu nak buat apa.
Last-last i duduk kat katil, i baringkan rissa kat peha i. I selak baju dia dan gosok-gosok perut dia perlahan.
Kenapa i buat gitu?
Sebab tiapkali i period pain, i selalu minta tolong paksa suami gosokkan perut i.
Masa gosok-gosok tu, rissa diam jer, tak nangis lagi..so i tahu tu melegakan dia.
Akhirnya, tak sampai 10 minit..dia terkentut dan berak sekali..
Fuh lega! Lepas i tukar diapers dia, i letak jer tangan kat perut rissa.
Then..dia kentut berkali-kali.

Pastu, dia dah tak meragam sangat dah.
Meragam nak tidur jer.
Syukurlah.

I tak tahu sama ada i ada salah makan ke tak. Setahu i, i makan benda yang sama jer tiap hari.
Tapi benda dah nak jadi kan..apa boleh buat..
Nak try bagi dia gripe water lah pasni..