Friday, 30 November 2012

Apa yang paling dirisaukan berlaku juga..




Semalam pergi ke Columbia Asia untuk jumpa paed sebab rissa tak poo poo lagi.
Paed kat situ nama dia Dr Fazlina, sangat pleasant orangnya..tapi my favourite masih Dr Rajesh. Kan bagus Dr Rajesh ni paed jugak.
Then masa check rissa, dr fazlina tanya i..
Awak ada asma? (ok fine. ini soalan yang i selalu sangat dengar)
Ada, tapi masa baby. Dah besar saya elok jer..
Hmm..patutlah.Selalu bersin tak pagi-pagi? Hidung sensitif?
Oh, saya tak. Tapi suami saya camtulah.
Hah, lagilah.. Kulit baby kering ni.

Sedihnya i.

Orang mesti cakap..alah, takat kulit kering jer pun..
Kalau kita tak mengalami sendiri, kita takkan tahu betapa sukarnya untuk menghidap masalah kulit ni tau. Macam i, i tak boleh guna produk sembarangan, nanti kulit i mengelupas dan merekah, rasa perit..sakit.. Makan seafood memang tak boleh, nanti gatal merenyam satu badan. Pastu kadang-kadang kulit I mengelupas dengan teruk dan i tak tahu kenapa…sampai i menangis-nangis kesakitan.
Berubat? Macam-macam I dah try termasuk mandi bunga. Yelah, sakit dari kecik kan… Tapi kulit kering, ekzema dan kulit sensitif ni memang takde ubat. Dia on and off. Benda dah dalam darah kita. Kita cuma boleh prevent sahaja.

Kulit kering adalah permulaan bagi ekzema..kalau tak jaga betul-betul.

Paed advise jangan guna soap based product untuk rissa, sentiasa sapu pelembab, jangan mandi air terlalu panas, jangan bagi aircond sangat..
Nasihat-nasihat ni i memang biasa dengar sebab i pun memang ada masalah ekzema dan kulit kering dari kecil. Walaupun sepanjang pregnant, i sentiasa doa agar rissa tak ikut i dan i tak pernah minum setitis air soya pun masa pregnant (orang kata kalau minum nanti kulit baby sensitif), tapi kalau dah genetik tu, i tak boleh nak elak. Tambah-tambah pulak suami jenis hidung sensitif. Memang padan sangatlah tu. Kesian rissa….

Adakah ini keadaan yang i nak rissa lalui? TIDAK!! I tak nak anak i sakit. Biarlah i yang sakit.
Paed cakap jangan minum susu lembu, minum soya..takut dia alergik pada susu lembu. Memandangkan rissa bf, maka i la yang tak boleh minum susu lembu. Ni reason terbesar untuk I terus bagi bf sebab susu ibu adalah yang terbaik kan? Lagipun, susu soya baby giler bapak mahal. Kena rajinkan diri mengepam pasni.


Selain tu dia suggest i guna Physiogel untuk rissa. Supaya kulit dia lembab. Bila I google, losyen Physiogel ni berharga RM60. Ok, fine. Demi anak..

Bila i baca cara lain jaga baby kulit sensitif ni ialah..

Pencuci baju dia kena hypo allergenic.
Kain baju pulak kena dari material yang elok, seperti 100% cotton.
Itu jelah kot. I harap sangat rissa ok, jangan ada ekzema sebab i tahu betapa tak selesanya bila ekzema..Biarlah kami laki bini berhabis duit untuk beli produk yang elok..
I cakap kat suami..mahal tau brand physiogel ni..
Jawapan dia..habis tu, takkan nak rissa jadi macam sayang?
Tengok, suami i yang baru 5 tahun bersama i pun tahu betapa seksanya kalau sakit kulit. I yang dah tua ni pun tak tahan, apatah lagi baby.

Rissa, mama dan papa doa sangat rissa sihat..