Tuesday, 2 October 2012

Samurai Burger & Expo Baby

Hai.

Tadi i jalan-jalan dengan suami.
Singgah MCD, sempatlah merasa Samurai Burger.
Nasib baik sempat sebab rasanya time pantang, tak boleh makan burger kan?
I tengok menu berpantang pun cam boring jer..takde fries,takde burger,takde air gas..
So, soalan paling penting..SEDAP TAK SAMURAI BURGER?


Kalau ikut tekak i, rasa dia lebih kurang cam McChicken sebab dia ada letak mayonis dan salad. Patty dia lembut cam Prosperity Burger cuma sos dia manis, tak pedas cam prosperity. Tapi takdelah sos dia melimpah ruah, biasa-biasa jer. Mc Frizz dia pulak..sedap!! Suka ati jer i minum air bergas.Sebab i fikir,lepas bersalin nanti..confirmlah berbulan-bulan tak boleh minum air gas sebab tak elok, ye tak?

Masa on the way balik rumah, kami laki bini limpas Danga City Mall. Dan, ternampaklah poster ini..


I super teruja tau. Tak sabar nak tunggu Jumaat ni. I dah siap buat list nak beli apa kat situ.

Suami : Awak nak pergi?
I : Nakkkk!! ( sambil mata bersinar-sinar happy)
Suami : Sempat ke?
I : Mestilah sempat. Syg rasa mesti doktor suruh syg serah diri kat hospital Sabtu atau Ahad. Jadi sempatlah nak pergi Jumaat tu.  ( i memang dah 80% yakin yang i akan kena induce sebab i takde tanda nak bersalin pun.takpelah, normal ke,induce ke,czer ke..apa yang penting semuanya selamat )
Suami : Nanti tetiba awak nak beranak ari Jumaat.
I : Takkanlah kot.. ( dalam hati cakap, takpe.kalau let say ada contraction jumaat tu, i pegi jugak sejam dua before pegi hospital.kan orang cakap bila kita jalan ni cepatkan bukaan )

Apa yang i nak beli? Sebenarnya takde apa sangat pun. Semua barang baby i dah lengkap. Saja gatal nak cuci mata. Ikut plan i, i nak beli :

A-B-D Pureen - sebab masa expo lepas,sekotak dijual RM10 jer instead of harga asal RM14.90.
Wet tissue Little Bean - i tak pernah jumpa wet tissue jenama ni kat luar
Nursing bra - masa expo lepas, dia jual bra ni murah-murah tau. RM10 jer. Harus i beli ni.
Ice pack - suami i secara tak sengaja terbuang ice pack yang i dah beli.. =.='
Stokin baby - i tengok baby orang banyak yang pakai stokin sampai umur 4 bulan. jadi i ingat nak beli stokin, kalau murah..
Romper - kalau ada yang murah, i nak beli juga. untuk baby i dan anak buah i.

Selain tu, nak juga survey mini blender Avent. Manalah tahu diaorang jual RM100 jer, boleh i beli. Tapi masa expo baby Mac lepas, barang avent ni takde sale sangat pun. Sama jer harga dia. Itu jer kot barang yang i target nak beli. Even kalau tak pergi pun, i takdelah rasa rugi sangat.

Ok, babai!!