Thursday, 18 October 2012

Review Diapers Untuk Newborn


Hai.

Sebelum start,nak update perkembangan anak dara I dulu..
Hari ke 10, tali pusat rissa tanggal dalam 4.30 pagi. Masa I nak tukar diapers dia, tetiba I nampak tali pusat dia tanggal. Yeay!

------------


Baru beberapa hari jadi mama, dah ngengada nak review diapers bagai. Bukan apa, I cuma nak bagi sikit panduan lah konon-konon untuk new mom yang tak reti nak beli diapers apa untuk newborn baby. I dapat beberapa diapers ni sebagai sampel, bukan I beli kecuali huggies. Semua diapers ni saiz newborn yer..
Ini review I berdasarkan rissa..

Mami Poko
My favourite! Kencing dan berak tak bocor, walaupun rissa guna lama. Kapas dia pun tak berketul-ketul even dia dah banyak kencing.Paling bagus, cutting dia lebar tang peha. Pelekat dia bagus..pendek kata I takde komplen tentang mami poko kecuali harga dia.

Drypers Wee Wee Dry
Drypers ni sangat best sebab bila rissa kencing banyak, permukaan dia kering jer. Rissa berak pun tak bocor. Masalahnya, cutting kecik. Merah-merah montot dan peha anak aku. =.=  Bila tali pusat rissa dah tanggal, I pakaikan dia drypers yang saiz S. Elok jer dia pakai. Takde merah-merah. Corak dia comel, warna warni. Pelekat pun bagus.

Huggies
Bila rissa kencing,walaupun banyak, huggies ni ok. Rasa kering jer walaupun diapers tu berat . Masalahnya bila rissa berak dalam kuantiti yang banyak, hadoiii..bocor!!! Sampai ke baju, pusat, seluar..bengang betul i. Nasib masa tu tali pusat rissa dah tanggal. Ruam pun so far ok, takde apa. Sebab I memang selalu tukar untuk habiskan diapers ni cepat. Design dia simple jer, pelekat dia pun ok..Yang tak best ialah rissa ni pehanya besar (ikut maknya lettew), jadi bila guna huggies, pehanya berbekas merah. Cian anak mama ni..

Pet Pet
Cutting dia sangat kecik untuk peha anak i. Antara keempat-empat diapers ni, petpet yang paling kecik kat bahagian peha rasanya. Tahap kebocoran dia adalah ok, sebab I bagi rissa 2-3 jam jer guna diapers ni. 

Lepas ni, I nak pakaikan rissa diapers jenama Goon Supreme pulak. Aritu ada offer kat UO Angsana, 52 keping harga dia RM20 jer. So, I ambil 2. Tengoklah ok ke tak budak ni pakai. I ingat nak pakaikan rissa diapers campur-campur. Nanti kulit dia terbiasa dengan satu brand jer, susah pulak kami laki bini.

Panduan beli diapers untuk newborn :

Jangan beli diapers yang jumbo pack kecuali ada offer yang melampau. Beli yang dalam 24 keping jer.
Tak payah nak memborong sampai 3-4 jumbo pack untuk newborn size sebab memanglah kita akan fikir, takkanlah anak kita boleh berat sampai 5kg (standard newborn ni untuk berat sampai 5kg kan?) dalam masa sebulan tapi kita takkan tahu kalau fizikal anak kita tu tak sesuai untuk diapers newborn. Contoh, peha besar.

Okey, rissa dah bangun.. Babai!!