Tuesday, 23 October 2012

Review Bersalin Di HSA, Johor Bahru

Hai.

Boleh ke bagi review gini?
Ini ialah pendapat peribadi semata-mata ya, berdasarkan apa yang terjadi pada i.

Masa nak bersalin, i memilih untuk dimasukkan ke wad bersalin kelas pertama atas sebab berikut : 

I mudah tertekan dan terpengaruh dengan orang. Kalaulah i kena share tempat dengan orang lain, pastu diaorang meraung-raung menangis kesakitan, acaner?? Kalau sorang takpe, kalau dah tiga empat orang..tak pepasal i lari dari hospital.

I nak bagi fully bf kat baby so i tak nak jumpa cikgu-cikgu tak bertauliah yang akan cakap bukan-bukan dan melunturkan semangat i untuk bf baby.

I lebih suka berseorangan dan ada privasi..in case i meragam. Takdelah orang tengok..  :)

I need my own toilet. Lepas bersalin, darah banyak tau. Lagi-lagi kalau bersalin tengah malam macam i, mana ada orang boleh tolong tukarkan pad? I tukar pad sendiri, darah banyak, baju kotor dan ambil masa dekat sejam. Bayangkan i kena share toilet dengan banyak orang?

Ok, review i.

Doktor
Sangat baik. Doktor yang check i dalam 10 orang gitu, semuanya baik-baik belaka. Takde yang marah i tak tentu pasal. Kecuali sorang doktor pakar yang bebel kat i sebab i baling penyedut gas etonoks tu masa sakit. Dia cakap, puan..jangan baling gas tu. Mahal tu puan. 20 ribu.. Hehe. Sorilah, tak sengaja.

Nurse
Baik dan mesra. Tolong buatkan i air, tolong tukarkan diapers rissa, dan sentiasa memantau keadaan i. Dua malam kat hospital, tiap 2-3 jam gitu, diaorang akan check tekanan darah kita. Nurse pun ada ajar camna nak bf baby tau. :)

Kebersihan
Bilik hospital sangat bersih. Bilik bersalin pun bersih. Kalau untuk orang islam, dia ada sediakan bilik sembahyang.

Makanan
Ni tak payahlah tanya sebab kalau nak ikut selera i, mekdi jer sedap. Lagi-lagi time pantang ni. Terbayang-bayang segelas coke depan mata i. =.='



Servis
Sangat baik. I tak terasa macam kat hospital kerajaan pun. Nasib baik i dengar kata suami untuk bersalin kat hospital kerajaan. Selain tu, suami pun boleh selalu lawat kita. Cuma tak boleh sampai berjam-jam kat bilik tu. Sejam lah paling lama kalau bukan time melawat. Oh ya, BOLEH CAJ HP!! Tapi hp je tau, jangan pulak pegi caj laptop,kamera dan semua gadjet kat situ. Ingat tu rumah ke apa?

Privasi
Bilik i share dengan sorang lagi patient cina. Masa mula masuk tu, terus cakap..fuh,nasib baik cina. Kalau tak, mau nya dia ajak i berbual time i tengah sakit-sakit. Huhu.. Tapi patient tu memang buat hal sendiri. Tak tegur i langsung. Baguslah. I pun tak larat nak melayan. Maka memang terasa sangat privasi.

Caj
Since i bersalin normal tanpa apa-apa bantuan (maksud i forcep/vakum/epidural), maka caj bersalin i cuma RM60 semalam. Total RM180. I bayar bilik jer sebab i ada GL. Berbaloi? Ya, i tak rasa rugi apa pun sebab i lama juga kat hospital.

Seriously, bersalin kat Hospital Sultanah Aminah memang sangat bagus dan selesa.Cuma diaorang memang takkan layan kalau kau nak epidural ke, czer ke..dan apa-apa yang kita boleh minta senang-senang kat swasta melainkan kalau betul-betul perlu. Vakum pun dia tak nak. Memang sehabis daya diaorang nak kita bersalin normal walaupun aku dah buat perangai tak nak teran sebab nak orang potong. Orang selalu cakap nanti diaorang akan suruh doktor pelatih handle kita. Memang betul tapi di bawah pengawasan doktor pakar. Masa i bersalin, ada jer doktor pakar kat situ monitor doktor-doktor pelatih ni. Kalau dah part yang berat (masa diaorang masukkan benda kat miss v i untuk detect jantung baby) , doktor pakar tu sendiri yang buat. Setiap hari pun, memang doktor pakar akan melawat patient sekali. Doktor pelatih pula 2-3 kali. Pendek kata,masa kat wad, asyik tengok doktor jer. Tipulah kalau orang cakap doktor akan biarkan kita. Tapi, masa sakit menahan kontraksi tu, memanglah doktor/nurse takde kat tepi kita. Yelah, gila apa dia nak teman kita berjam-jam. Lagipun, dia ada ke..takde ke..sama juga sakitnya.

Bila dah balik, dapat goodie bag.  :)

Macam mana nak apply kelas pertama/kedua/ketiga?
Bila korang dah confirm perlu dimasukkan ke wad, pergi jer daftar kat kaunter..pastu requestlah nak wad apa. Untuk wad kelas satu, kena deposit RM800.