Sunday, 14 October 2012

Minggu Pertama Sebagai Mama

Hai.

Nak share pengalaman i sebagai new mom. Sesungguhnya susah nak jadi mama. Susah sangat. I kena mandikan dia tiap ari, berjaga malam, susukan dia, tukar pampers dia, cuci tali pusat dia. Semua i buat sendiri. Gagah perkasa tak i? Serius, i tak sangka i kuat camni. Betul cakap orang, naluri seorang ibu tu menguatkan kita.Tapi i nangis juga tau. I tak tahu kenapa i sedih semacam kadang-kadang. Hormon kot. Nasib suami ada. Tak dapat i bayangkan orang lain berpantang tanpa suami.

Hari pertama
Pengalaman pertama
Pagi tu, lepas rissa lahir, kami tinggal berdua jer dalam wad. Masa tu, i masih terketar-ketar, lemah, tak bermaya. Dahlah tangan i dimasukkan air untuk mengecutkan rahim. I cuba bagi rissa breastfeeding tapi dia tak pandai melekap dengan betul. I bagi juga. Dalam 3 pagi, rissa berak. I tak tahu nak buat apa sebab i lemah sangat. Then, i minta tolong nurse bersihkan rissa. Nasib lepas tu dia tak meragam. I pula langsung tak dapat tidur. I rasa sangat trauma. I tutup mata jer, i terasa ada tangan tengah seluk i.

Rissa berbunyi bila bernafas
Paginya bila doktor check, i sempat mengadu yang i tak boleh tidur. Dia cakap tu normal untuk orang yang baru bersalin. Lepas tu, diaorang check rissa. Nafas dia ada berbunyi..macam orang ada kahak tu time bernafas. Doktor terus cakap, rissa akan kena warded.

Dalam pukul 8, nurse ambil rissa. Bila tengah hari tu i melawat rissa dengan suami ke wad baby, i dah nangis. Bayangkan dalam wad tu banyak sangat bayi yang dibiar menangis sorang-sorang kat katil, termasuk rissa. Kesian sangat i tengok dia. Baru i faham perasaan mak-mak yang nangis tengok anak dia sakit. Tapi syukurlah, petang tu rissa discharge..sama juga macam i.

Hari kedua
Puting melecet
Sejak hari pertama, i bagi rissa BF tapi dah hari ketiga, puting i melecet dan berdarah. Kalau i bagi juga nanti takut dia minum darah pula. Masa ni, i suruh suami beli FM. Suami macam ragu-ragu..i pun sama. Tapi malam tu, rissa dah menangis-nangis nak susu, i pun menangis sama. Rasa helpless sangat sebab tak dapat nak buat apa-apa. Jadi malam tu, i bagi rissa Anmum. Tau tak betapa sedihnya tengok anak tu cari-cari nipple i bila dia lapar?? Dan i pula terpaksa bagi dia susu botol. Sedih sangat-sangat sebab i takut dia sakit minum FM. I bukan menentang FM tapi i risau anak i sakit perut ke, ruam ke..sebab minum FM..

Hari ketiga
Jaundis
Nurse datang check. Katanya rissa ada jaundis. Check kat klinik, sah. 12.7.. I nangis lagi sebab dah terbayang baby-baby yang ditahan di wad.Masa ni, i blame diri sepenuhnya sebab bagi dia FM dan sebab i makan pati ikan haruan semalam, yang lepas i minum baru i tahu ada campuran herba. Sepanjang hari rissa tidur. I kejut pun dia tak bangun. Kami sangat risau.

Apa yang bagus berlaku pada hari ini ialah i dah ada susu, bukan kolostrum lagi. Jadi petangnya i pam susu dan bagi dia minum. I paksa dia minum, kejutkan bila dia tidur. Susah sangat nak kejutkan dia bangun. I pam susu sepanjang malam, setiap sejam. Syukur sangat setiap sesi i dapat 1 oz. I dan suami memang tak tidur. I tak bagi dia FM sebab FM lambat hadam. Nanti macam mana dia nak kencing/berak dengan cepat?

Hari keempat
Jaundis turun
Jaundis rissa dah turun ke 9.2. Syukur! Masalah dia pula ialah dia dah tak reti nak latch on. Puting i masih melecet. Jadi i masih mengepam. Bagi dia susu badan. Nurse suruh i stop ambil halia, segala jenis herba untuk dua minggu sebab takut effect baby. Memang badan i tak rasa panas macam orang lain, i pun tak berpantang macam orang lain, tapi apa boleh i buat? I cuma ambil supplemen Shaklee saja. Demi anak, i kena kuatkan diri.

Hari kelima
Menyusu badan dengan betul
 Setelah susah payah i menahan sakit, akhirnya puting i sembuh. I ajar rissa untuk melekap dengan betul tapi sampai arini, dia perlu dibantu untuk ngaga mulut besar-besar. Rissa anak yang baik di waktu siang. Lepas mandi, dia menyusu then tido. I tukar diapers pun masa dia tidur. Tapi i memang tetapkan 2-3 jam sekali untuk kejutkan dia.

Bila malam, dia automatik bangun dua jam sekali. =.=
Untuk menyusu, kencing, berak. Dan dia perlu didukung sampai 12 malam. Masa ni i ambil masa untuk tidur. Dari pukul 9 sampai 11 lebih malam. MIL yang dukung rissa. Kalau letak jer, dia melalak. Bukan nangis yer..tapi melalak. Kemudian rissa tidur..pukul 2 dia bangun, i susukan dia. Dukung sejam, pukul 3 dia tidur. Then pukul 5 dia bangun, dukung lagi sejam, pukul 6 baru tidur.

Hari keenam
Check jaundis lagi
Kali ni turun ke 8.8. Doktor kata dah tak payah check lagi. Just teruskan bagi BF.

Hari ketujuh

Hai, inilah saya!!

Okey, till then!