Wednesday, 10 October 2012

Kisah Kelahiran Tia Clarissa



Hai.

 
Akhirnya setelah 40 minggu dan 4 hari menunggu, I telah selamat bersalin pada 6 Oktober 2012 jam 12.01 pagi. Baby girl, berat 3.3 kg, lahir secara normal. Ok, sekarang siap sedia untuk baca kronologi bersalin I yang panjang lebar..

4 Oktober 2012
Masa nak mandi malam, tetiba I tengok ada darah dan lendir sikit kat pantyliner. Tunjuk kat MIL, dia suruh pergi hospital terus. I pula tak nak sebab suami kebetulan akan kerja shif malam masa tu. Kesian pulak suami nanti. Tapi MIL dah cuak takut so layankan jugaklah kehendak dia yang nak I pegi hospital. I dengan suami siap boleh gelak-gelak, makan-makan dulu.

Pergi ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), dah ada bukaan 3 cm. I terkejut sebab takde rasa apa pun. Doktor suruh admit wad. Syukur dapat wad kelas satu nombor 24 walaupun kena share dengan sorang lagi patient.Pukul 1.30 pagi,I terbangun sebab nak kencing. Tetiba tengok ada darah. I tanya kat nurse, dia cakap tu normal dan suruh I pakai pad. Masa ni I rasa macam very mild period pain.

5 Oktober 2012

5 pagi  - I mula sakit pinggang dalam setiap 15 minit. Nurse suruh I mandi siap-siap dan buatkan I milo panas.

10 pagi – Sakit tiap 7 minit. Betul cakap orang, macam period pain tapi versi juta-juta kali lebih sakit. Doktor lelaki india yang berbadan besar check bukaan. Masuk ni dah 4 kali seluk. Doktor cakap masih 3 cm dan dia nak besarkan bukaan. Sangat sakit ok? Dia masuk 2 jari dan korek-korek.Kuar jer dari bilik rawatan, I nangis dalam toilet sambil bersihkan diri. Rasa diri kena rogol. Doktor cakap pukul 2, dia akan cek lagi.

2.00 petang – Cek bukaan lagi. Ok, 4 cm dan doktor tadi terus pecahkan air ketuban. I sempat cakap..eh eh doktor, saya kencing ke? Sori-sori. Habis basah bed ni.. Doktor tanya, anak pertama ke? I angguk. Dia siap cakap selamat bersalin kat i.

3.40 petang – Masuk bilik bersalin nombor 5. Nurse masukkan drip untuk bagi kontraksi lagi cepat. Lepas tu, dia suntik ubat untuk I tidur. Masa ni I dah start mamai-mamai. Suami teman i.. Sakit dia mula-mula 5 minit sekali, lepas tu, I dah tak tahu berapa minit sekali. Orang asyik seluk-seluk untuk check bukaan I tapi I pun tak tahu sangat apa yang terjadi.

Masuk pukul 7, I dah rasa sakit yang amat sangat. I minta tolong suami gosok-gosokkan tulang pinggang I setiap kali kontraksi datang. I tak tahulah berapa jam dia kena buat semua tu. Asal sakit jer I pegang tangan dia kuat-kuat. I siap merayu kat nurse, nurse..saya sakit sangat. Boleh tolong saya tak? Nurse cakap boleh guna gas etonoks tapi tak digalakkan. So I memang berjam-jam menahan rasa sakit tu.

I tak tahu dah pukul berapa, tapi I dah rasa sakit yang amat-amat sangat. Rasa pinggang ni nak tanggal dari tempatnya. Doktor pakar masuk dengan geng-geng doktor yang lain. Katanya ctg baby dah tak dapat dikesan. Diaorang masukkan satu benda kat miss V I dan benda tu digunakan untuk kesan jantung baby. Masa ni, I dah tak tahu berapa kali I kena seluk sampai I rasa sangat-sangat trauma. Sepanjang masa I asyik sedut gas etonoks tu sekuat hati sampai boleh rasa gas tu naik kepala i.

Tiba-tiba I rasa macam tersedar disebabkan rasa sakit yang amat sangat.

Nurse, mana gas etonoks saya? Boleh tolong bagi saya? (nurse siap ajuk I cakap lagi sebab siap bersopan santun.huhu)

Masa tu dalam bilik bersalin ada 2 orang doktor pakar, 4 doktor pelatih dan beberapa orang nurse. Lebih 15 orang rasanya dalam bilik sempit tu. I dengar suara,
PUSH..PUSH!
Pandai pun push!
Awak kena teran! Jantung baby dah tak cantik ni. Nanti kalau kita vakum, kesian baby. Awak tak kesian kat baby ke?
Buka mata!!
Angkat kepala!
Sayang, teran tu angkat kepala! Jangan camni sayang.. (sambil I rasa tangan suami pangku kepala i). I kuatkan diri buka mata kejap pandang suami. Rasa sedih sangat sebab I ingat tu lah kali terakhir I akan tengok dia. Dan rasa bersalah sebab I rasa memang tak mampu..

Lepas tu suara suami I hilang. (dah habis settle, suami cakap dia tak sanggup dah tengok i). Then diganti pulak dengan dua orang doktor lelaki india. Dua-dua cakap..u push, kita tolak perut! push kuat-kuat! Diaorang tolak sekali sambil I teran. Gagal. Tolak lagi. Gagal. Then last sekali, I rasa diaorang tolak perut I sekuat hati dan I pun teran sebab mereka suruh. Masa ni I rasa miss V tu perit sikit. Sahlah I kena gunting. I rasa macam suam-suam sikit dan ada benda keluar dari miss V.

Hah!! Dahhhh!!! (dalam hati I tertanya, eh..dah ke? Ingatkan kita kena buat benda ni over and over again)

I nampak suami masuk bilik sebaik saja baby betul-betul keluar dan diletak atas perut i. I tengok baby cam biru purple, badan dia suam-suam jer. Suami cakap baby kuar terus nangis tapi I tak dengar pun.

Boleh saya susukan dia? Soalan pertama i.Nurse letak baby kat dada dan I sempat usap-usap baby.
Doktor, ni baby saya ke? Terima kasih doktor.. Kepala I masih mabuk-mabuk dek gas etonoks tu.
Taklah, ni baby saya...Mestilah ni baby awak. Takkan baby saya pula. =.=’

Then I kena jahit dan baby dibawa keluar. Suami pun keluar juga. Masa jahit tu I minta bius tapi doktor yang sambut baby (doktor perempuan yang I tak tahu namanya) kata tak boleh bius sebab rahim I tak nak mengecut (I rasalah lebih kurang tu yang doktor cakap) . Banyak juga I kena jahit. 2 jam kena jahit ok? Sambil kena jahit, sambil I sedut gas etonoks tu. Dah siap semua, I cakap.. terima kasih banyak-banyak doktor..Doktor tu pun sempat minta maaf kalau ada terkasar bahasa.

Lepas tu, I minta sorang doktor pelatih bagi I air sebab I rasa haus sangat. Dia bagi milo. Dah semuanya selesai, suami pun masuk. Then baby pula dibawa masuk. Dia dah pakai baju dah. Suami excited tengok baby. I pula masih rasa mamai. I disuruh berehat sebentar sebelum ditolak masuk wad dengan wheelchair. Suami sempat bercerita yang doktor kata dinding rahim I sangat tebal, sebab tu bukaan I lambat. Diaorang estimate I akan bersalin pukul 10, tapi I bersalin pukul 12..

Jadi, itulah kisah I melahirkan Tia Clarissa..memang sangat sakit, jauh lebih sakit dari segala apa yang I bayangkan tapi I terima, itu bahagian untuk i. Semoga rissa akan menjadi anak yang baik..

Mama dan papa sayang rissa..  :)