Tuesday, 30 October 2012

First time bawa clarissa jalan-jalan



Hai.

Camnalah i nak letak dia kat carseat ya? Isk..
 
Hari ini dalam sejarah sebab Clarissa keluar hari ni! First time tau. I bangun pagi tadi..terus tanya suami..boleh tak kita keluar hari ni? Suami cakap ok ajer..Then I call mami dan nenek I, diaorang pun cakap..keluar jelah (walaupun tak berapa nak bagi sebab I kan baru 26 hari dah bersalin). MIL pun cakap boleh kuar tapi kejap jelah..Yahooo..i rasa nak lompat-lompat!

Jadi I decide nak pegi Aeon Bukit Indah atas alasan kat situ ada baby room. Senang kalau nak tukar pampers ke, nak susukan baby ke.. Before pegi tu, kelam kabut jugalah. I mandi dan bersiap ala kadar je. Yang penting, kena pakai nursing bra dan nursing tshirt.Pastu mandikan dan susukan rissa. Mula-mula ingat nak guna carrier tapi I tak reti pakai. Then, pakai jelah stroller.


Lepas semua settle, pukul 10.30 pagi, kami bertolak. Dalam kereta, rissa behave. Tidur je. Sampai kat Aeon, terus letak dia dalam stroller. Okey, masih tidur. Then kami pegi makan kat food court. Tengah I dan suami makan, tetiba dia terbangun dan nangis. Hadoiii..panik kejap. I cepat-cepat ambil nursing cover dan lepas pastikan semuanya ok, I susukan dia. Fuh, nasib baik. Suami tanya, ada berlatih susukan rissa kat rumah guna nursing cover ke? I jawab takde sebab tak terfikir pun. Dia cakap I sepatutnya berlatih awal-awal. Apapun, it’s a great achievement kan? I tak sangka I berani susukan anak in public..kat food court yang banyak orang plak tu.

 
Then I ingat nak cari romper Anakku, tapi takde pulak. Tambah-tambah rissa dah tak nak kat stroller. Terpaksa I dukung. Bila dia tidur, I letak dia kat stroller. Yang tak bestnya, I tak reti tolak stroller. Asyik berpusing ke sana sini stroller tu bila I tolak. Dahlah I asyik terlanggar roda stroller. Nasib suami ada. Dialah yang tolong tolakkan. Sempat jugalah I beli breastpad dan diapers rissa. I beli Mamy Poko..jumbo pack size S berharga RM44.50. Ok kot sebab dia bukan banyak sangat guna diapers pun. Masa nak balik, i susukan rissa dalam kereta. Yang ni, i cover muka dia guna napkin jer.

So..itulah yang terjadi hari ni. Kenapa I keluar? Sebab I stress duduk rumah. Asyik marah dan nangis..tak elok kan? Baik I keluar.. Ye tak?