Friday, 26 October 2012

Family Planning



Hari tu, masa I tengah berurut kat mak cik tukang urut I, I tanyalah dia soalan yang membelengu fikiran I.  

Mak aji, bila darah nifas saya nak abis yer?

I pandang mak aji, mak aji pandang i. Suasana sunyi seketika. I terfikir, eh..susah sangat ke soalan I ni?

Biasanya dalam sebulan.. Dia jawab pastu dia diam lagi.. 

Tapi..awak sebaik-baiknya kena pantang 100 hari ye..

I dah rasa nak lempang diri sendiri. Mesti dia ingat I tanya sebab I dah tak sabar nak buat. Uwaaa..Mak aji!!! Saya tanya sebab saya malas nak guna pad. Bukan sebab saya nak buat. Hadoiiiii..

Oh ya, bila dah abis darah nifas tu nanti, I sepatutnya kena risau kan? Risau pregnant lagi. Haha. Kesian rissa tak puas bermanja lagi. Aritu masa nurse datang rumah pun, mereka dah suruh I decide siap-siap nak rancang keluarga camna. Bila tanya kat suami, dia cakap tak payahlah nak suntik ke, makan pil ke..buat natural planning jer, macam yang kitaorang buat before decide nak pregnant sebelum ni. Tapi I risau. Manalah tahu, kot-kot termengandung. I bukan menolak rezeki tapi rissa kecil lagi, kewangan kami pun tak stabil sangat, anak sorang pun I tak terlarat nak jaga..

I baca gak pilihan-pilihan perancangan keluarga yang ada.

Pil perancang – Ada orang cakap, sekali lupa makan, boleh terus pregnant. Isk..i tak boleh benda-benda gini. Dahlah I pelupa. Dulu masa pregnant pun asyik lupa nak makan supplemen jer..
Suntik – Katanya tak boleh ambil untuk jangka masa lama. Nanti susah nak pregnant balik.
IUD – Betul ke ni? Yang benda tanam kat tangan tu. I baca effect dia boleh buat emosi terganggu. Bos I pakai benda ni. Memang emosi dia bercelaru. Emo memanjang.
Kondom – Isk, dah satu hal pulak nak membuang benda alah ni kalau guna. Nanti MIL I ingat apa pulak anak menantu dia main belon..  =.=’

So, camna ye?