Monday, 1 October 2012

Bila banyak sangat yang sayang

Hai.


Bila kita belum bekerja, orang akan tanya.. kau bila nak cari kerja?
Situasi ni i berjaya terlepas sebab lepas habis sekolah, i terus kerja kat Airasia. Pas 2 tahun kerja dengan airasia, i dapat kerja gomen..

Ok, good!

Then bila dah start kerja, orang biasa tanya..kau takde boyfriend ke?
Pun i terlepas jugak sebab dulu i lawa, badan slim jadi i laku.. Wakakakaka! Takdelah. Sebab i muda (baru jer 18) . So, orang memang tak tanya i soalan camtu.

Next?

Dah ada steady boyfriend, orang selalu tanya..kau bila nak kahwin?
Siyesly, i tak pernah disoal soalan ini. Sebab i ada steady bf (suami i sekarang) masa berumur 19 tahun. Gila apa nak kahwin awal sangat?

Dah kawin, orang wajib tanya..korang bila nak ada baby?
Pun i selamat jugak. Memang bertuah sungguh badan. Even family kami sendiri langsung tak pernah tanya bila nak dapat baby. My mom sampaikan cakap..tak payahlah ada baby awal sangat. Kau muda lagi..

Tapi....bila dah pregnant...bila kita dah sepatutnya beranak...orang akan tanya..

KAU DAH BERSALIN BELUM??

Hah, soalan ni i tak terselamat. =.='
I faham niat orang yang bertanya, tu tanda diaorang sayang kat i..ambil berat..tapi i yang empunya badan ni stress tau. Ada masanya i asyik menangis sepanjang hari, kurang makan, moody, berkurung jer dalam bilik, marah-marah..sampaikan tekanan darah i naik. Berat i pun turun. Suami pun dah tak tahu nak buat apa dengan i.Yes, i tahu orang akan cakap tak baik i stress tapi yelah, macam mana i tak stress? Dahlah i risau kot-kot apa-apa jadi kat baby (minta dijauhkan sangat-sangat).. pastu kena dengar orang cakap perkara yang menakutkan kat i.

I tertanya..apa salah i? Kenapa i tak normal macam orang lain? Kenapa keluarga dan kawan-kawan i takde yang overdue macam i pun? Baby i sihat ke? Tiap ari i berdoa semoga i sakit tapi takde pun. I nak buat camna kalau dia belum nak keluar?

Paling i sentap, bila ada yang cakap..baby i nanti confirm degil. Sebab tu dia tak nak keluar. Tahu tak kata-kata itu satu doa? I takkan pernah sampai hati nak cakap yang buruk-buruk pasal anak orang yang masih dalam kandungan. Ni pulak sampai hati orang cakap gitu kat i. Ikut hati nak jer i masuk tangan dalam perut untuk tutup telinga baby. Cian dia kena dengar orang kutuk dia sedangkan dia masih belum kuar lagi. 

I manusia biasa. I pun ada perasaan. Apapun,sekarang i dah okey sebab i tak layan semua soalan tu. Maaf yer darlings..i sayang sangat uols tapi kalau i dah sudah, i akan pastikan i bagitahu..Sama juga macam i pregnant, i pun tak berahsia, jadi takkan nak bersalin, i nak berahsia bagai kan?
Even doktor pun cakap..kalau baby lambat lahir, ada macam-macam risiko. I tahu. Tak payah bagitahu i sebab tu suma buat i makin risau. Apa yang i percaya, asalkan baby gerak dengan cukup tiap hari, i memang tak risau sangat. Doktor pun cakap baby ok, tali pusat ok, air ketuban ok, berat ok..Mungkin doktor akan bagi i tunggu sampai 8 Oktober kot, sebelum i kena serah diri kat hospital untuk induce.

Petua? I dah try semua petua yang ada. Sampai suami siap perli..hah, hari ni apa lagi petua awak nak try? =.='

Sekarang baru i tahu apa perasaan orang yang selalu kena soal soalan yang takde jawapan camni.
Rasa rimas ada, tapi yang paling penting..RASA SEDIH.
Maka start arini, i berikrar, takkan tanya soalan-soalan camtu lagi kat sesiapa.
Paling penting masa-masa gini, apa yang i sangat perlukan dan i bersyukur sangat i dapat ialah sokongan suami 100%. I selalunya adalah seorang good girl yang tak banyak karenah tapi bila tertekan, Tuhan jer tahu betapa susahnya nak layan i. Thanks sayang..


Doakan kami selamat ya..Itu jer yang i perlukan..