Saturday, 20 October 2012

Benda yang orang jarang nak beritahu

Hai. 

Bila I mengandungkan rissa, apa yang i selalu google adalah persiapan mengandung, persiapan melahirkan..tapi I tak cari sangat mengenai persiapan setelah melahirkan. Ya, I tahu ada orang bertuah. Ada mak yang serba tahu boleh jaga kita. I pula, MIL tak pandai sangat jaga baby sebab anak bongsu dia iaitu husband I dah 27 tahun. Mak I pula di Sarawak. So, semua benda I kena berdikari sendiri. I share sikit ye apa yang I rasa penting sangat sebagai new mom untuk tahu..kalau korang belum tahu..  Tapi ni pendapat peribadi I sahaja ye..Lain orang, lain caranya.

Nursing pillow adalah sangat penting
Katalah baby suka didukung, boleh patah pinggang kau mendukung dia berjam-jam. Belum lagi menyusukan. Bila ada nursing pillow, boleh baringkan ajer budak tu atas bantal.

Percaya tak dia nak didukung dari pukul 11 pagi - 3 petang?
Bila bersihkan montot baby, jangan sapu.
Serius, I tak tahu. I ingat boleh lap-lap gitu. Akibatnya montot rissa melecet sikit, nasib tak teruk. Jangan sapu tau..just sentuh-sentuhkan kat tempat yang kotor tu sampai bersih. Faham tak apa I taip? Tapi ingat yer, jangan kedekut asyik guna kapas/wet tissue yang sama. Satu area, satu kapas / wet tissue.

Tali pusat baby boleh kena air
Banyak orang cakap tak boleh. Tapi doktor dan nurse cakap boleh. Janji lepas tu, kita bersihkan guna alkohol yang klinik bagi. Hah, nak bersihkan pusat pulak..tak boleh sentuh-sentuh jer guna kapas. Salah tu. Kena sapu sampai ke dalam. Jangan takut, baby tak sakit.

Baby lebih kuat dari apa yang kita fikir
Baby tu manusia. Masa bagi mandi, tak payahlah kita fikir..oh,nanti aku buat gini..kepala dia terkehel. Taklah. Leher dia memang belum kuat, tapi takdelah sampai boleh tertanggal. Kalau takde sape yang kita boleh harapkan, just buat jer sendiri. Trust me, takde apa. Jangan fikir takut, fikir boleh!

Jangan beli pakaian baby yang murah-murah
Orang cakap, beli baju baby tak payah yang mahal, nanti dia pakai kejap jer. Lepas tu, baju murah ni elok buat baju basahan jer. Macamlah baby sehari tukar baju 10 kali. Tapi berdasarkan apa yang jadi kat I, memang rasa menyesal tau beli baju yang murah sebab baju yang murah ni, kain dia bukan kapas 100%, pastu bila cuci, dia cam berbulu-bulu. Panas pulak tu.Nak tahu baju jenama apa? Fiffy dan Pureen. Sama juga macam mitten dan botties. Asyik berbulu-bulu jer, pastu anak kita hisap sarung tangan dia tu..kan ke nanti benda tu masuk kat mulut dia? Tips I, beli yang mahal macam Anakku dan Pigeon, tapi jangan banyak. Masa ni memang rasa, alah membeli,menang memakai. Nasib baik mami I banyak bagi I baju brand Anakku. Kain dia memang bagus. Sejuk jer..

Breastfeeding tidak sesenang yang kita baca
I baru faham kenapa banyak ibu tak bagi anak susu ibu sebab memang mencabar sangat nak bagi susu badan. I baru 2 minggu lebih bagi susu badan pun dah rasa macam susah juga yer..Tapi I kuatkan diri sebab rissa tu kalau menyusu, macam tak dibagi susu sebulan..I takut dia tersedak kalau bagi susu botol awal sangat. Bagi susu badan pun dia terbatuk. Alahai lah anak..ikut perangai sapa ntah..

p/s : Sekarang, i jarang lepak depan laptop. Online pun guna hp jer.. Jadi i memang susah nak reply komen.. I baca komen tu..cuma nak mereplynya susah sikit. Sori tau..  :)