Wednesday, 5 September 2012

Perkembangan 37 Minggu

Hai.

I dah berkali-kali buat draf dalam blog ni..tapi baru buat sikit, i dah delete.
Ntahlah, sejak kejadian ini, i macam takde mood nak update apa-apa.
Walaupun luka kat hati i dah sembuh, parutnya ada lagi tau..(dasar dramaqueen). I update perkembangan diri sikit-sikit la, untuk rujukan diri sendiri di masa depan..

Nama baby
Ya, kami dah ada nama baby girl. Dan kami dah start panggil baby dengan namanya pun. Kami plan nak letak dua nama, nama kedua dah ada..tapi yang first tu masih difikir-fikir lagi. Kalau tetiba keluar babyboy pun, kami ada standby nama juga untuk baby. Tapi..doa sangat babygirl sebab i banyak beli barang pink.

Barang-barang baby
Semua dah lengkap dari kandungan i 7 bulan lagi. Beg hospital semua dah ready. Cuma katil baby jer i belum kemas. Takut berhabuk pulak kalau i letak cadar awal-awal. Lagipun macam over jer..

Kedudukan baby
Tadi i pergi check up kat KK. Kepala baby dah turun bawah tapi belum engage lagi. Nurse cakap kalau anak pertama..kadang-kadang time nak bersalin, baru jalan terbuka. Then nurse advise kalau ada tanda-tanda bersalin (air ketuban pecah, keluar lendir & darah ), sila ke hospital. Pastu kalau baby kurang gerak pun, kena pergi hospital. Masalahnya baby ni kalau siang..dia suka diam jer. Waktu malam barulah dia sibuk bergerak. Lagi-lagi kalau papa dia pegang perut i. Bukan main dia tunjuk bakat.

Persiapan i
So far oklah kot.Tukang urut pun i dah call siap-siap. GL pun i dah readykan. Hospital bersalin pun i dah confirm nak bersalin kat HSA. Unless last minute tetiba ada orang nak sponsor i kat private, memang i pegilah. Huhu.

Kesihatan i
I kerap pening lately ni. Tapi taklah sampai pengsan. Masa check up tadi, nurse kata kaki i dah start bengkak sikit. Dia siap tanya lagi..awak banyak berjalan ye? I memang banyak gila berjalan sampai suami tak larat nak meneman i. Sebab i fikir nanti kalau dah bersalin, tak boleh keluar rumah 44 hari. Larat ke tidak..tu belakang kira. Hehe. Sebenarnya perut i comel jer jadi takdelah seksa sangat i nak berjalan. Cuma time berjalan tu, perut asyik mengeras jer memanjang. Pastu asyik nak kencing jer sampai i rasa macam nak tinggal dalam toilet.

Berat i sekarang dah 82 kg.Setakat ni, i dah naik 10kg dari berat sebelum pregnant. Bilalah nak kurus..Nasiblah i ni tinggi. Kalau tak,memang nampak macam ikan paus/tong dram/guni beras la i ni.

Cuti
Hal cuti semua dah settle. Gomen kan..takde masalah langsung nak apply cuti. Nanti i akan bercuti seminggu awal dari due date..

Perasaan nak bersalin?
Masa 7-8 bulan pregnant aritu, i excited. Tak sabar-sabar nak bersalin. Tapi sekarang i macam takut sikit. Yang buat i hilang takut ialah bila fikir..suami akan teman i masa bersalin.

Okeylah..banyak pulak i membebel ni..Doakan i dan baby selamat ye..Dan doakan i bersalin minggu depan ye.. Amin..   :)