Friday, 17 August 2012

Susu Ibu? Malaslah..

Hai.

Rajin pulak update blog time semua orang cuti cenggini.
Nak cerita pasal something. 
Hari tu, i ada cakap yang adik sepupu i selamat melahirkan babygirl..
Untuk pengetahuan, i cucu sulung dalam keluarga dan adik sepupu i ni ialah cucu nombor dua.Jadi i memang anggap dia macam adik.

Dipendekkan cerita, semalam kami bermesej.I tanya dia..

Kau masih bagi baby susu badan ke?

Pastu dia reply

Taklah.aku bagi dia dua minggu jer. 

I ingatkan dia tak bagi susu ibu sebab nipple dia melecet atau susu dia takde. I tak condemn sesiapa yang bagi FM kat anak dia tau. I ni pun dibesarkan dengan FM. Tapi i sendiri memang berniat nak bagi baby i susu badan sepenuhnya sebab i percaya susu ibu adalah yang terbaik. Then i tanyalah kenapa..Dia jawab..

Aku malaslah nak bangun malam-malam. Leceh.


Erk, ok fine. Dia pun masih muda, baru jer 20 tahun tapi gatal nak kawin. Takpelah, itu anak dia, hak dia..cuma nanti i tak nak keluarga i yang kurang menyokong penyusuan susu ibu ni membandingkan baby kami.I tak nak dengar ayat cam..eh,kau tengok anak si X tu elok jer minum susu tepung.kita ni keturunan takde susu.jadi tak payahlah kau susah-susah nak bagi susu badan kat anak kau..Masa peknen ni pun i dah beberapa kali dengar ayat tu tapi since i degil kepala batu, i buat derk jer.

Apapun, i berdoa sangat agar baby ni nanti dimurahkan rezeki untuk mendapat susu ibu sepenuhnya dari i. Amin..