Wednesday, 8 August 2012

Sama tapi tak serupa??

Hai.

Masa i mula-mula pregnant, i cari sandals yang selesa untuk menampung berat badan i yang sentiasa bertambah dari hari ke hari.Maka i beli sandal ini.Siap ada entri pasal sandals ni lagi masa tu.


Di suatu hari yang malang, sedang si mak yong ni jalan terkedek-kedek sambil pegang handphone-tekan-sini-sana, tetiba i terpelecot. Taklah sampai cedera tapi tali kasut i terputus.I rasa kalau badan i jenis ringan,mesti sandals ni takkan putus.

Lepas tu, i jelajah satu Plaza Angsana mencari sandals yang serupa. Tapi, takde ok. Hampa sangat! Tadi masa sorang lawyer jumpa i, tetiba i terperasan dia pakai sandal yang 80% serupa dengan sandals i yang dah putus tali ni.Maka i dengan tak malunya tanya dia,mana dia beli sandal tu.

Dia jawab..akak beli kat online.ni fitflop.mahal ni tau..

Ok fine. Kalau lawyer cakap mahal, memang mahallah tu. Then i search kat google, sandals fitflop tu memang sebiji macam sandals i. Cuma harga sandals i tu RM60. Yang ni RM239.. =.=

Serupa sangat-sangat kan?

Oklah, i cancel jer rancangan i nak beli sandals cenggini. Pakai jer sandals Scholls i sekarang,abis cita..Apapun, i sentiasa doa semoga akan jumpa lagi sandals macam yang dah putus tali tu..Amin..