Friday, 10 August 2012

Promoter yang merimaskan

Hai.

Tadi i pergi Giant dengan suami.
Niat i nak beli susu Mamil Mama sebab susu i dah habis.Sampai jer kat kaunter susu tu....

I : Saya nak susu mamil mama.
Cik X : U berapa bulan? U patut try susu ni..enfamama..
I : 8 bulan..takpe2, saya nak mamil
Cik X : Susu ni bagus. Ada kolina, ada acid folic..susu lain takde kolina
I : Ohhh..
Cik X : U ambillah susu ni.Ada kolina, DHA..nanti anak pandai sekolah..
I : Takpe, i nak mamil mama saja.
Cik X : Susu ni ada offer.Offer hari ni saja.
I : Berapa?
Cik X : Harga asal RM59, sekarang offer RM56.99..
I : (itu kau panggil OFFER????kurang RM1 jer???)
I : Tak payahlah. Saya nak mamil..
Cik X : Tak,susu ni betul2 bagus. Nanti u tak gemuk lepas bersalin. Gula dia rendah.
 I : Tunggu saya tanya suami dulu lah..

Paling stress, dia boleh ikut i cari suami i.  =.=
Lebih stress, suami i boleh pulak ada berdekatan situ.
Dah jumpa suami i, promoter ni explain benda yang sama kat dia.

Suami : Awak nak ke?
I : Tak nak.

Last-last, lepas suami cakap tak nak, baru promoter tu pergi. Mak oi..tak pernah jumpa promoter camtu.I end up tak beli pun apa-apa susu.