Saturday, 25 August 2012

Pernah tak korang jumpa manusia camni??

Hai.

I sebenarnya tak tahu nak meluah kat siapa. Dah cakap kat suami, dia suruh i ignore jer tapi masalahnya..macam mana i nak ignore orang camni.

I ceritakan ya..

Ada sorang perempuan bernama Sofia Bella (nama facebook dia,nama betul i tak tahu).Dia add i kat FB. I accept sebab masa tu i tengok friend list dia ada 2-3 orang je.Pada mulanya dia normal.Then, dia start jadi pelik. Pelik camna?Dia akan komen setiap post i dalam FB, akan komen setiap gambar yang i upload (bayangkan dalam album tu ada 50 gambar, semua dia akan komen). Then kalau i tak reply komen dia,dia akan post something kat wall i..tanya i sihat ke, cakap may God bless u, have a great day..pendek kata dia akan sibuk nak tahu about semua benda yang berlaku dalam hidup i.Yang paling pelik, dia add most of my close friend, termasuk husband i.Tapi dia tak ambil pot sangat pasal mereka. Dia cuma ambil kisah pasal i saja.

Kalau dia kenal i personally, i faham. Kalau i artis, pun i faham kenapa dia macam berminat sangat dengan kehidupan i. Sampai kawan-kawan i tanya,siapa dia dan kenapa dia pelik semacam. Lepas tu, apa i buat? I remove dia dari friend list i dan blocked dia. Sebab dia menakutkan i.

Bila dia tahu i blocked dia, dia cakap i busuk hati. Then dia meroyan kat FB berhari-hari (kawan i yang masih add dia bagitau i). Pelik tak? Kalau orang yang i tak kenal remove i dari friendlist dia, i takkan bising pun.Lainlah kalau bestfriend i remove i, mungkin juga i sangat-sangat terasa hati.

Lepas tu, i lupakan perkara tu.

Khamis lepas,tetiba i dapat PM dari seseorang bernama Mara Clara. Dia komen pasal entri Monster in Law i ni.Setakat ni, i dah baca berulang kali entri tu. Setahu i, kat situ i takde pun i kutuk MIL i kat entri tu. I memang ada cakap betapa buruknya i sebagai menantu tapi i dah insaf. Hubungan i dengan MIL pun dah sangat ok.Komen-komen kat entri tu pun semuanya faham apa yang i tulis. Cakap bertuah i ada MIL camtu, betapa i patut bersyukur dan happy tengok hubungan kami dah ok.Tapi dia boleh pulak cakap entri i sangat melampau.Dan dia cakap dia kenal i, kenal MIL i..

Yang paling pelik, dia tak komen dalam blog i, tapi dia komen kat facebook i. Camna dia boleh tahu akaun FB i sedangkan i guna nama yang totally lain, email yang totally lain??

Lagi pelik, bila i buka profile dia, dia rupanya pernah send request untuk jadi kawan i dalam FB tapi i ignore (i memang tak berani add orang yang i tak kenal dan cuma ada 2-3 orang kawan dalam friendlist dia).

Kata-kata dia dalam PM tu, i kenal sangat. The way she wrote, berapa kali dia letak noktah, macam mana dia backspace, semuanya sangat familiar. Exactly macam Sofia Bella.

I reply PM dia. I cakap..please get a life.sebelum tegur i, betulkan diri dulu. dahlah guna nama palsu, guna picture profile burung..malu ke tunjuk muka sebenar?

Hari ni, ada sorang lagi bernama Grace Lopez nak add i. Ciri-cirinya sama, dia ada SEORANG kawan dalam friendlist dan guna picture profile yang bukan muka dia. I ignore. Yang mengejutkan i, dia boleh pulak nak add husband i. Eh, apa kes dia ni? Apa niat dia sebenarnya? Nak hasut suami i supaya benci i? Nak musnahkan rumahtangga i?

I tak menuduh dia. Kalau ketiga-tiga tu bukan orang yang sama, i minta maaf walaupun gerak hati i kuat mengatakan itu adalah orang yang sama.Kalau dia baca entri i ni..i cuma nak cakap..

Tolong jauhkan diri dari kami sekeluarga!!