Wednesday, 29 August 2012

Kronologi Kehamilan 1st Baby

Hello!!

His favourite photo. Suami buat gambar ni jadi wallpaper hp dia..  :')

Tajuk macam nak tambah anak tiap tahun jer. I teringat entri Syima pasal kronologi kehamilan ni. So, i was inspired la kononnya. Meh i buat kronologi kehamilan i berdasarkan bulan..Best pula bila usia kandungan i ikut bulan (maksud i,bulan Januari,i sebulan..februari 2 bulan dan seterusnya)..senang i nak ingat.  :)

Januari
Hujung Januari, i lambat period 2 minggu. Pastu, i check menggunakan 2 UPT dan hasilnya positif.

Februari
-Scan kat doktor, 1st time nampak baby dalam kantung.Masa tengok ni air mata dah bergenang sebab rasa terharu. Ni satu-satunya masa i hampir nangis tengok baby.  :')
-Kaki i sedikit bengkak time pagi so i kena beli selipar baru.
-Masa ni, i dah start prihatin terhadap makanan yang i ambil. Masa ni jerlah. Sekarang, semua benda i bedal kecuali air soya. Tak tahulah kenapa i percaya sangat dengan cakap orang yang kalau minum soya, nanti kulit baby sensitif. I sebenarnya risau sangat kalau baby ikut i ada ekzema sebab i tahu betapa seksanya ada ekzema.
-Start loya-loya dan lembik sikit especially masa berus gigi.

Mac
-Buat buku merah.Sepanjang pregnancy ni, i buat check up di KK Abdul Samad.
-Start beli barang baby sebab masa ni ada Mom & Baby Expo. Masa ni i dah decide nak bagi baby fully breastfeeding so i beli breastpump dan segala apa yang berkaitan dengannya.
-Tiada selera makan. Masa ni,berat i turun. Ajaib sungguh. Masa tak pregnant,nak turunkan 500 gram pun susah.

April
-Baby bumb dah ada.Walaupun badan i kategori besar, tapi sepanjang pregnancy ni, perut i memang kecik. I boleh jer pakai baju kurung yang i biasa pakai tiap hari sampai kandungan i 7 bulan.
-Masa ni scan baby, doktor cakap uri i kat bawah. Risau sangat, Tuhan jer yang tahu.
-Langsung takde selera makan. Berat badan asyik turun.  =.=
-Ada rasa sikit pergerakan dalam perut, tapi taklah obvious sangat.

Mei
-Dapat rasa baby menendang dengan jelas.
-Uri baby dah naik atas.  :)
-I selalu sangat batuk. Tu satu-satunya penyakit yang i sering hidapi sepanjang trimester pertama dan kedua.Bila jumpa doktor, doktor bagi ubat. Akibatnya, baby i tak gerak semalaman sebab i makan ubat tu.Lepas tu, i terus tak berani makan ubat lagi.
-Masa ni, i balik Sarawak naik flight. Seksa giler naik flight masa pregnant. Dua jam dalam flight tu ibarat masa paling seksa i alami sepanjang pregnant.
-Dah tahu jantina baby masa scan 3D.Dapat tengok muka baby juga. :)

Jun
-Asyik batuk tahap tak boleh tidur.Terpaksa makan strepsils sebab i takut nak makan ubat.
-Cincin kawin dah tak muat.
-Selera i naik, berat pun naik 3kg dalam sebulan sampaikan i kena minum air gula. Syukur sangat i paras gula i normal.
-Pergi antenatal class di KPJ.
-Having our maternity shoot. Pergh..yang ni penat yang amat. Tapi i happy sebab dapat captured moment pregnant anak pertama.

Julai
-Perut gatal merenyam-renyam seperti terkena miang lalang (pernah rasa kena miang lalang tak?gatal tau).Tapi syukur, perut i takde stretch mark sebab perut i tak besar sangat. Tapi, punggung i banyak stretch mark disebabkan paha dan punggung i membesar bagai johan.

Ogos
-Start sakit pinggang.
-I menghidap kencing kotor sebab i malas minum air kosong.Seminggu jugak la i kena minum berbotol-botol air kosong dan air kelapa. Lepas tu baru sembuh.
-Siapkan beg hospital.
-Cuti bersalin tiga bulan dah lulus.
-Susah nak tidur malam sebab baby asyik bergerak-gerak jer sepanjang malam.Sampai senget-senget perut i.Time siang,dia diam pulak.  =.=

September (coming soon)
-Officially 9 bulan. Yeay!!! Syukur sangat semuanya dipermudahkan untuk i sepanjang 9 bulan ni.Semua orang pun being nice,terutama suami yang banyak sangat bersabar dan melayan karenah i..Semoga baby keluar cepat-cepat dengan selamat,sempurna dan sihat ye.Papa dan mama tak sabar nak jumpa baby..  :)