Friday, 31 August 2012

Kisah braxton hicks

Hai.

Semalam, i ada buat entri yang i tetiba kurang sihat.
So, here it is..perkara yang berlaku petang tu.

6.00 petang - Tunggu suami balik dari gym.Masa ni perut i asyik mengeras.Dah mula sedih sebab terfikir, macam ni lah nasib anak yang tinggal di perantauan. Takde saudara mara. Tapi, nasib ada suami.

7.30 petang - Suami bawa i pegi Klinik Mahmoodiah.Masa nak pergi tu, i dah pelik sebab suami drive menghala ke Bandar Baru Uda. Bila i tanya dia, dia cakap nak bawa i gi Klinik Bio Sucinas. I cakap kat dia...bukan ke i dah bagitahu yang i nak pegi HSA? Mungkin dia panik kot. Huhu..

8.00 malam - Doktor kat klinik Mahmoodiah HSA tu tanya kenapa i tak pergi Bilik Saringan. I jawab, tapi doktor, due i lambat lagi. Dia cakap, walaupun belum due, u dah boleh bersalin.Then dia tulis surat suruh i pegi Bilik Saringan. I dah takut ni. Takut kena warded. Dahlah i tak bawa apa-apa, hp pun belum charge lagi..nanti macam mana i nak ambil gambar..macam mana nak update kat blog. (dasar fanatik betul)

9.15 malam - I masuk ke bilik penilaian di Wad Bersalin. Dalam tu dah ada beberapa ibu mengandung yang lain. Semua tayang muka sakit giler..i pulak tayang muka takut. Dalam hati asyik cakap..aku belum nak bersalin lagi ni..aku sihat walafiat. tak sakit macam kakak-kakak kat sini..Baby dalam perut boleh pulak diam time ni. Takut macam mama dia kot..

Pastu nurse pasang CTG kat i selama 20 minit. Ecewah, bajet hebat sebab tahu CTG tu apa. Nasib i banyak baca blog mommies so i tahu apa yang akan berlaku dan apa benda yang orang buat kat i. Nurse suruh i mengiring sebab susah sikit nak detect heartbeat baby.Katil dia pulak kecik jer. Ngam-ngam tempat untuk i baring.Nurse so far, baik. Masa cek CTG ni, nurse selimutkan i dengan kain, untuk tutup perut i. Result CTG adalah cantik.  ^.^

Lepas tu, sorang doktor perempuan interview i. Nama doktor ni ialah Dr. Mahaletchumy. Orangnya muda sangat, tapi baik Manis dan soft spoken. Dia tanyalah macam-macam pasal sejarah perubatan, pasal sakit i..benda-benda gitulah.

10.00 malam - Menunggu.Sempat layan filem Mantera yang ditayang di TV3. Tak seram langsung cerita ni. Masa ni i dan suami dah kelaparan. Moral kat sini, masa gi hospital untuk bersalin nanti, mesti bawa makanan. Then kami sempat tengok dalam 5-6 baby yang baru dilahirkan. Ohhh..betul sangat cakap orang. Baby memang comel!! Yang i perhatikan, masa nak bersalin, nurse akan tolak ibu dengan wheelchair untuk masuk dewan bersalin. Ibu-ibu ni semuanya akan bawa baju baby dan pampers.Bila dah selesai, nurse hantar ibu pergi wad dan diikuti baby yang diletak dalam bassinet. Baby boy diaorang balut dengan selimut hijau, yang girl pulak selimut pink.

11.00 malam - Doktor Maha panggil i. Dia minta maaf sebab i kena tunggu lama. Dia bagitahu dia kena sambut kelahiran sorang baby yang ada sikit problem. Lepas tu doc cakap, okey, i nak check sama ada u dah ada bukaan ke tidak.

Dalam hati, hah..mampus aku!! Sempat jugaklah ingat pesanan mommies lain untuk bertenang. Tapi buka jer kaki, i dah tak boleh bertenang. Sejuknya sampai paha gajah i ni menggigil. Doc suruh i tarik nafas. I tarik-tarik-tarik nafas tapi tak hembus sebab sejuk. Hahaha. Lepas tu terasa benda plastik macam sudu masuk kat dalam tu. Doc masukkan dan biar dalam 20 saat gitulah. Masa mula-mula masukkan tu,memang sakit dan tak selesa. Then i cuba relaxkan otot dan cakap kat diri sendiri, anggap jer benda tu suami punya. Tak senonoh tapi it does help.

Lepas tu, doc masukkan jari dia pulak. Korek-korek. Yang ni rasanya tak selesa, taklah sesakit macam benda plastik tadi. Tapi tetap sakit jugak masa dia gerak-gerakkan jari dalam tu..Sekali lagi i fikir, bayangkan jer suami yang buat dan tarik nafas dalam-dalam.

11.20 malam - Bila selesai, i kena jalan kepit-kepit sebab sakit dan tak selesa. Tahap sakitnya adalah 3/10. Taklah teruk sangat kot. Rasa perit sikit jer.

11.40 malam - Report keluar. Bukaan adalah 0 cm. I belum lagi nak bersalin, maybe cuma braxton hicks jer. Yang pasti kepala baby dah turun bawah. Nurse cakap, kalau ada keluar lendir+darah atau keluar air..sila pegi hospital.

12.00 malam - Merdeka!!!

Overall, i bersyukur sebab i get the view macam mana kalau i bersalin nanti. Yang i tengok, wad bersalin di HSA sangat bersih, doktor sangat baik, nurse pun ok.Apa yang pasti, suami boleh teman isteri bersalin. Jadi, confirm i akan bersalin di situ.

p/s : I takde gambar untuk ditepek sebab hp i dipegang suami almost all the time. Dia pulak bukan jenis yang suka ambil gambar.  =.=