Friday, 24 August 2012

I love Instagram!!

Hai.

I tahu i ni ketinggalan zaman sebab i baru jer upload instagram.
Baru upload jer, terus jatuh cinta sebab senang sangat nak edit gambar dan post dalam FB. 
Tapi i belum belajar macam mana nak follow orang dan bagi komen dalam instagram lagilah..Tau upload gambar jer. Hehe..

Gambar fresh dari oven. Perut i di genap 35 minggu.

Makanan kegemaran i yang paling latest. Sebenarnya i tak tahu kewujudan biskut ni. Biasa makan Cadbury biasa jer kan? Tapi aritu, bos i yang tengah pregnant beli biskut ni. Dia cakap sedap. Oh..memang sangat sedap. Dan mahal.. RM16 sepeket..  =.=
Muka super penat dan pucat kat sini. Baru balik kerja. Memang penat sangat sebab kena cover orang cuti raya.

Criss cut fries kegemaran i is back!! Teringin nak makan dari mula pregnant, sekarang baru merasa. Syukur! 

32 weeks..  :)


Dapat cincin ni sehari sebelum raya sebab i mengidam nak beli cincin sampai ke tahap termimpi-mimpi tau. Nasib suami layankan ajer kehendak bini dia.

Rendang i masak sendiri. Ni 2nd time i masak rendang daging. Selalunya i tolong mami masak dan tolong makan jer..Nasib rasanya ok walaupun kalau mami masak, lagi sedap.

Syiling dalam tabung. Meh i cerita sikit kisah di sebalik duit ni..

Suami : Saya nak buat tabung untuk baby ni.. (masa tu i pregnant 5 bulan)
I : Hah, kenapa awal sangat?
Suami : Supaya nanti dia macam idola awak.
I : Hah?? Siapa?
Suami : Rosmah lah. Kan dia cakap dia simpan duit dari kecil. Dah besar boleh beli cincin juta-juta.
I : (tak tahu nak cakap apa) 

Ok, till then!! Doakan i bersalin genap 36 minggu yer kawan-kawan..Amin..