Wednesday, 1 August 2012

Eksperimen dengan Warmer Little Bean

Hello!


Kat entri i tadi, Cik Naa ada komen pasal warmer Little Bean dia cam takde fungsi jer.Jadi semalam jugak i ambil warmer little bean yang masih dalam kotak tu untuk eskperimen pemanasan susu yang disejukkan.

Ok, bahan-bahan yang i gunakan ialah warmer, air mineral 120ml (sentiasa ingat untuk guna air yang ditapis tau), susu HL yang disejukkan (kat peti sejuk i memang ada.so anggap jer benda ni chilled EBM) dan botol susu yang i plan untuk simpan EBM.

Mula-mula, i ambil 3 oz susu HL. Tuang dalam botol susu. Then, on kan suis warmer tu. Pusingkan kepada 40 darjah celcius.

Eksperimen bermula..

Lampu tu akan automatik padam selepas air mencapai suhu yang dikehendaki.

Selepas tujuh minit..i angkat botol susu tu dan rasa. Ok, suhu susu tu jadi macam suhu bilik.

Selepas 10 minit..susu tu rasa sedikit suam.Rasanya suhu ni just fine untuk bagi baby. Tak perlu kot bagi baby susu yang betul-betul panas.


Selepas 15 minit, susu tu suam. Betul-betul suam.




Keputusan eksperimen ni mungkin ada terganggu sikit sebab i tak sepatutnya asyik mengangkat botol susu tu. Sepatutnya just biarkan botol susu tu dalam 10 minit.Apapun, i rasa takde beza pun beli warmer ni dengan rendam dalam air panas. Cuma kita risau sikit kalau rendam dalam air panas, kita tak tahu suhu air tu kan?Suhu yang terlalu panas akan menjejaskan nutrien dalam susu ibu.


Apapun, penggunaan warmer ni memang betul-betul memudahkan babysitter anak kita, i rasa. Sebab just perlu ambil susu dan tekan suis jer. Then boleh pujuk baby tu kejap kalau dia dah nangis. Dalam 10 minit,susu dah just nice untuk diminum.


Ni eksperimen semata-mata tau. Kalau realitinya, i tak tahu lagi.I tak nyesal pun beli warmer ni sebab rasanya benda ni memang menyenangkan hidup i nanti.Apapun, i cuma dapat doa yang baik-baik. Semoga baby i dapat apa yang terbaik untuk dirinya..  


^.^