Friday, 3 August 2012

Dugaan 32 Minggu

Hello!
Semalam i tetiba sakit abdomen bahagian bawah sebelah kanan.
I risau sikit, sikit jerlah sebab dalam pemikiran i..kalau peknen,normallah kita sakit.
Tapi bila buka kat website Dr Zubaidi, i dah cuak.
Bila sms kat suami, dia boleh reply..wah,baby dah nak keluar.baguslah..   =.=

So, semalam i pegi Columbia Asia untuk jumpa doktor Rajesh.

Doc : U ada rasa contraction tak?
I : (buat muka blur)
Doc : Oh, u first time kan? U tak tahu contraction tu rasa camna..
I : Hah, betul-betul.

Then doktor check perut. Katanya perut i lembut lagi,tak keras sangat jadi memang bukan contraction. Dia minta i buat urine test. Bila dah check, resultnya adalah i dijangkiti urine tract infection atau nama glemernya kencing kotor.Hmm..salah i juga sebab i memang kurang sangat minum air kosong lately ni.

Jangkitan kuman pada pundi kencing juga sering berlaku pada wanita yang hamil. Perlu disedari bahawa jangkitan kuman ini amat mudah berlaku pada wanita yang hamil akibat kesan dari hormon dan saluran kencing (urethra) mereka yang pendek. Hormone estrogen menyebabkan juga lubang kencing mereka relax, tidak ditutup rapat  dan mudah dimasuki kuman.
sumber dari blog Dr Zubaidi

So, doktor bagi i antibiotik cephalexin (kena makan 6 biji sehari untuk 5 hari) dan ural sachet untuk 3 hari. Doktor cakap ubat tu takde effect kat baby, i dah google..so far ubat tu memang selamat untuk baby.Dan baby pun masih bergolek-golek seperti biasa walaupun i makan ubat tu. Sekarang ni,masa nak kencing, i rasa sakit sikit kat abdomen.

Semua orang dah membebel kat i sebab tak suka minum air kosong.Huhu.Pasni kenalah minum air barli, air kelapa dan banyak-banyak air kosong untuk cepat sembuh.