Thursday, 16 August 2012

Cerita 34 Minggu dan Raya!!

Hai.

Sebenarnya malas nak update blog tapi dah namanya giler blog kan..Oklah,perkembangan mengandung 34 minggu. Ni bukan nak merungut tau..cuma nak rekod perkembangan diri sendiri jer.

Selalu sangat pening-pening. Tak tahu lah sama ada darah i rendah ke apa sebab masa last check up aritu, darah i memang rendah dari biasa, 110/60..

Sakit pinggang pagi petang siang malam.Dah tak berkesan dah nak sapu yoko yoko ke,berdiri tegak ke, tidur mengiring ke..buatlah apa saja. Masih juga sakit pinggang.

Last week i tetiba mengidam nak makan ketam. Ni semua sebab entri Gadis pasal sambal ketam la ni.Huhu.Nak harapkan i masak sendiri,memang kirim salam lah. Setakat masak udang, i boleh lagi tapi kalau ketam ni, minta maaf ler. Last-last ajak suami gi makan ketam kat kedai. Mahal oi. Habis duit bonus aku. =.=

Nak cincin bersilang yang lebih kurang camni.

This week, i teringin sangat tahap nak beli cincin.I ni bukan kaki barang kemas pun. Setakat ni i cuma ada cincin kawin dan rantai jer.Gelang pun i pakai sebab nenek i bagi. Tak tahulah kenapa i nak sangat beli cincin ni. Tapi suami tak bagi. Dia cakap membazir walaupun i nak guna duit sendiri. Sampai hati. I dah menitik-nitik air mata dengar dia cakap camtu walaupun mulut i cakap..takpelah..

-------------------------------------------------------------

Pasal raya.Ini entri hari raya i last year.I ni sebenarnya bukan muslim walaupun kalau tengok muka dan dengar i cakap, orang memang ingat i ni orang melayu. Tapi family i sambut raya. Sebab daddy i dah meninggal. Then mami i kawin dengan lelaki melayu islam dan lahirlah adik-adik i tiga orang. I pulak tinggal dengan diaorang start umur i 7 tahun.

My family. Sila abaikan rambut i yang keras kejung semacam tu.

Jadi, dah tinggal dengan diaorang, sah-sahlah i pun akan menyambut hari raya, berbuka puasa (walaupun i tak puasa.huhu), dan segala apa yang sewaktu dengannyalah. Shopping raya, makan dan minum makanan halal..yes,basic thing camtu.Dan i juga akan tolong mami masak masa raya, tolong kemas rumah, minta maaf time raya, dapat duit raya..

Tapi sejak i berkahwin dan kerja di JB ni, i cuma pernah balik raya tahun lepas jer. Tahun ni confirmlah tak balik sebab dah pregnant, i tak tahan naik flight.Uwaaa..

So, walaupun identiti i ni sedikit memeningkan tapi i pun manusia biasa. Walaupun i dan adik-beradik i berbeza agama, tapi kami tetap adik-beradik. Tetap lahir dari rahim yang sama juga. Sebenarnya i tak pernah pun rasa berbeza dengan orang lain. Rasa macam i memang wajib sambut raya walaupun i bukan islam. Berdosa ke i fikir camtu? I pun tak tahu.

So, kepada kawan-kawan blogger..SELAMAT HARI RAYA! Maaf kalau i ada terkasar dan tersilap bahasa. Nanti korang semua updatelah pasal raya ye..  ^.^