Thursday, 9 August 2012

Beg Hospital Dah Siap!!

Hai.

Masuk jer 32 minggu, i start siapkan beg hospital. I perlukan beberapa hari juga untuk siapkan beg ni sebab i'm that kind of person. I tak reti nak packing dalam sehari.Oh ya, checklist ni, i banyak jadikan entri kak Veesakura ini sebagai panduan. Thanks tau dear!!

So, apa yang i bawa?



Semua dalam plastik.  :)


Ni romper yang i plan untuk baju 1st baby.I dah packing siap-siap mitten,barut,pampers newborn sekeping.


Rompers lengan panjang putih
(i pilih rompers sebab dia ada butang dari dada ke kaki, so i rasa senang sikit i nak pakaikan baby baju.sebenarnya sekarang i dah tertanya-tanya,macam mana i nak pakaikan baju pada baby yang masih sangat kecil tu)

Baju & seluar panjang putih dan pink

Hooded blanket,sapu tangan,wet tissue pek kecil,topi dan kapas

Lampin kain biasa
(i bawa 1 sebab mami i suruh walaupun i tak tahu nak guna ni untuk apa)

Barut,mittens dan booties
(i bawa 3 setiap satu sebab i ada 3 pasang baju)

Diapers Huggies newborn 10 keping 
(i pilih ni sebab ada wetness indicator)

Minyak kayu putih cap parrot botol kecil
(mami i suruh guna ni.i sebenarnya dah beli minyak yuyi untuk my baby tapi i dah try sapu minyak tu kat belakang telinga i.memang panas ok.macam minyak cap kapak)

Breastpump
(i bawa yang manual jer sebab orang cakap kat HSA tak boleh caj-caj barang elektrik.nasib breastpump i 3 in 1)

Krim bepanthen - in case kalau nipple i melecet
Kamera digital - hp i cepat abis bateri.so,kamera memang penting kalau i tak boleh caj hp.
2 Nursing bra
1 Tuala mandi
1 kain batik
4 disposable breastpads
1 sweater
1 skirt labuh untuk balik dari hospital
1 pasang stokin
Panties pakai buang - i bawa dua pek.setiap pek ada 5 panty.
Maternity pad - 10 keping.semoga cukup sebab pad ni besar gedabak.buat penuh beg je.
Lip balm,deodorant,losyen,mandian - suma i bawa yang travel size

Perasan tak semua barang baby i letak dalam plastik? I rasa cara ni memudahkan i yang kelam kabut ni. Bila nak pakai, capai jer. Tak payah nak tercari-cari. Eh,tetiba rasa macam diri sendiri bijak sangat sebab terfikirkan idea ni.

Benda-benda macam GL,buku merah dan ic tu i memang simpan dalam handbag.Semua barang ni i bajet untuk penginapan selama dua hari 1 malam di hospital.Kalau lebih, kena topup lagi barang.I boleh jer minta suami ambil kat rumah.Lagipun HBSA dengan rumah i jarak dalam 15 minit jer.

update : Lepas siap kemas beg ni, i panggil suami untuk tengok beg ni ok ke tak..

I : Ok tak?
Suami : Oklah tu. (cakap ok tapi i tengok dia pandang sekilas jer) 
I : Nanti kalau ada apa-apa jadi kat saya..ingat tau.Baju ni 1st baby pakai..yang ni pulak untuk baby balik. Kalau baby tetiba boy, bagi dia balik pakai baju putih ni.Kalau girl, baju pink..  (masa cakap tu, i dah rasa sebak nak menitik air mata) 
Suami : Eh, kalau awak takde, saya cepat-cepat cari bini baru..
I : =.=  (cancel jelah plan i nak nangis)


Ok, till then!!  :)