Wednesday, 22 August 2012

35 minggu :)

Hai.

Akhirnya kandungan i dah 35 minggu. :)
Anak mama,mama dan papa can't wait to see baby..

Dah masuk last trimester ni, i dah tak tahu nak buat apa.
Nak shopping barang baby, semua dah lengkap dah. Lagipun i baca blog mommies lain,diaorang cakap tak payah beli baju baby banyak sangat. Jadi kalau tak beli baju, nak beli apa lagi?
Nak shopping baju sendiri, erk..tak apa lah. Badan dah macam guni beras ni..semua benda tak muat.
Nak jalan-jalan? I baru berjalan tak sampai 15 minit, dah nak terkencing + perut asyik mengeras jer. Tak larat.

Tadi check up, nurse bagi ceramah pasal jaundis,penjagaan miss V kalau kena gunting (nurse cakap,biasanya 1st baby,diaorang akan gunting untuk elak kecederaan otak pada baby),makanan lepas bersalin..i dah rasa cuak nak muntah pun ada. Abislah aku punya tu kena gunting,pastu kena jahit..mesti sakit giler! Oh ya, kepala baby dah turun bawah dah.Semoga baby tak berpusing-pusing sampai dia lahir nanti.

Cuti bersalin i selama 90 hari telah diluluskan. Sebelum due i pada 27 September, i akan ambil cuti rehat seminggu. Maksudnya start 18 September, lepas cuti Hari Malaysia, i akan terus bercuti.
I risau juga, macam mana kalau i bersalin selepas due date? Rugilah cuti rehat i. Lepas tu, i nak buat apa bercuti lama-lama kat rumah kalau belum bersalin?

I selalu terbayang macam mana kalau i nak bersalin di ofis? Adakah i akan gelabah macam biasa? Atau cool jer? Then macam mana kalau i nak bersalin kat rumah time suami kerja malam? Erk..yang ni minta dijauhkan. But again, takde apa kot nak dirisaukan sebab semua orang cakap kat i, dan i banyak baca pengalaman orang..kalau terasa nak bersalin tu, tak semestinya sekarang rasa nak bersalin, sejam pastu terus bersalin, kan? Jarak hospital pun tak sampai 15 minit, so mampu kot i drive sorang-sorang.


p/s : Anak mama, kalau nak keluar, make sure papa ada tau. Kalau tak, mama tak tahu betapa kelam kabutnya mama nanti.