Tuesday, 3 July 2012

Boleh Bawa Suami Kalau Bersalin di HSA, Johor Bahru

Hi good people!

Panjangnya tajuk kan? Tapi takpe, sebab i rasa ini entri paling berguna untuk ibu-ibu mengandung di Johor Bahru ni yang merancang nak bersalin di hospital kerajaan. Untuk pengetahuan korang, kami suami isteri kedua-duanya berkhidmat dengan kerajaan. Niat i memang nak bersalin di Columbia Nusajaya tapi masalahnya, kos yang tinggi (in case C-zer ke, baby ada masalah ke, i ada kesukaran masa nak bersalin ke, pokailah nak membayar kosnya nanti) dan jarak hospital tu yang jauh dari rumah i. I tinggal di bandar JB.


Then, lepas fikir masak-masak, kami suami isteri sepakat nak bersalin di Hospital Sultan Ismail sebab suami diizinkan masuk untuk teman isteri masa bersalin. Tetapi masalahnya, jarak juga. Buatnya i nak bersalin time petang (5-7 petang), i rasa memang i bersalin kat kereta jer sebab meredah jem kat Jalan Tebrau tu.


So, pilihan terakhir ialah Hospital Sultanah Aminah sebab memang dekat sangat dengan rumah dan tempat kerja i. Dalam 10 minit jer boleh sampai. Masalahnya, semua orang cakap kalau di HSA,memang tak boleh bawa suami sebab ada kes suami menumbuk doktor masa isterinya bersalin.
(p/s : Gara-gara suami yang terlebih kuat ni, orang lain susah tau tak? Kalau i jumpa dia ni, memang dia kena bebel dengan i)


Tadi i pergi ke HSA untuk appointment di klinik kulit. Kebetulan pula, hari ini ialah Hari Bertemu Pelanggan di HSA. Jadi i tanya kat diaorang pasal benda ini. 


Q : Boleh ke suami masuk masa nak teman isteri bersalin?

A : BOLEH. Masa nak bersalin nanti, pergi ke bilik saringan untuk bersalin, cakap kat kaunter yang suami nak teman, nanti kaunter akan bagi BORANG UNTUK DIISI. Dulu, memang perlukan kebenaran dari Pengarah Hospital tapi sekarang, dah dibenarkan. Cuma kena isi borang.

(jawapan ini diberikan oleh Puan Siti, Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di HSA. I rasa pangkat dia tinggi sebab staf lain panggil dia Puan, instead of kakak. Dia baik, mesra orangnya)


Q : Prosedur untuk mohon wad kelas pertama?  
(kalau kakitangan kerajaan yang layak untuk kelas pertama tu, memang automatik dapatlah ye. i layak untuk kelas dua jer. sobs..sobs..bukan kakitangan kerajaan pun boleh mohon juga. ni untuk warganegara malaysia,warganegara asing, i tak ambil tahu)

A : Masa nak bersalin tu, kena bagi deposit RM800. Caj untuk bersalin normal ialah RM300. Untuk C-zer, RM800. So, let say kita bersalin normal, maka caj RM300 tu akan ditolak dari deposit. Kita boleh dapat baki RM500 tu. Faham ke penerangan ni? Then caj lain-lain i tak pasti sangat sebab staf tu cakap, untuk staff government free. Just perlu bayar caj bersalin jer.


(jawapan ini diberikan oleh staff dari Kaunter Hasil)


Maka i decide untuk bersalin jer di HSA, unless ada orang murah hati nak sponsor i kat swasta. Ngeh..ngeh..Lagipun menurut Puan Thalha, bersalin kat situ ok jer. Staff dah baik, berbanding zaman-zaman dulu. Sepanjang i mendapatkan rawatan kat situ, dari last year, so far service diaorang memang ok. Tak pernah lagi i kena marah. Pengalaman orang lain i tak pastilah. I cuma dapat doa semoga semuanya dipermudahkan untuk i dan baby. Amin..