Friday, 22 June 2012

Tak Tahu Nak Pilih Diapers Apa

Hai.

Tadi i berbual dengan kawan mengenai diapers ni.
Sebab lately ni i memang asyik fikir nak bagi diapers apa untuk baby nanti.
Ikut hati, memang nak bagi Mami Poko tapi i tengok, harga untuk Mami Poko ni kalau untuk NB52,S48,M44,L38,XL34 dan XXL28..semuanya RM30 kalau ada sale. Makin besar saiz, makin mahal.Kalau baby jenis badan berisi, memang jadi Mami Pokai la i nanti.

Untuk permulaan, i bagi baby pakai Huggies New Born sebab kawan i jual. NB22, dia jual RM10. Kira murahlah sebab i beli 66 pieces dengan harga RM30. Lagipun menurut google, banyak yang cakap Huggies dan Mami Poko ni memang ok, cuma Mami Poko yang paling bagus.

Tapi semuanya terpulanglah pada kulit baby kan?Suami cakap, jangan bagi baby barang mahal dulu. Nanti dia terbiasa, both of us juga yang susah. Hmm..

Apa diapers yang bagus ye?