Wednesday, 20 June 2012

Kena Minum Air Gula & Check Up

Hi good people!
Entri ini panjang dan i buat dalam bentuk diari yer..

8.30 pagi
Tiba di Klinik Kesihatan Abdul Samad untuk MGTT.  Sejak pukul 10 malam tadi, i tak makan dan minum apa-apa pun tau. Masa dalam kereta dah pesan kat baby. Arini mama ada ujian so mama kena puasa. Nanti mama bagi baby makan sedap-sedap. Baby be good yer.. Appoinment pukul 8 tapi i ingat takde orang so i lambat sikit. Sampai jer, klinik dah penuh. Padan muka aku. I dapat nombor 23.

9.00 pagi
Its my turn!! Tekak dah haus sangat. Masuk jer kat bilik nurse, i terus tanya..

I : Nurse, saya boleh minum air?
Nurse : Tak boleh. Kenapa? Awak dah minum air?
I : Eh,takdelah. Saya haus.
Nurse : Takpe, nanti saya bagi air. 

I tahu. Nak bagi air gulalah tu. =.=
Then, as expected, darah i pun diambil.Seperti yang dijangka, kata-kata seperti keciknya vein awak ni akan keluar. Dan seperti dijangka juga, nurse akan cakap darah i tak keluar.Nasib kali ni,dua kali cucuk jer dah dapat darah walaupun darahnya sikit je. Walaupun gitu, i tetap pening juga. Pandangan i dah start kabur sebab nak pitam masa nurse cakap kena habiskan air gula tu.

Tapi i minum juga. Sebab haus. Rasanya taklah teruk sangat. Manis jer. Lebih kurang manis macam air bikarbonat. I boleh habiskan tak sampai 2 minit. Nak bagi lagi pun boleh tapi i nak ice cube yer nurse. Tak suka air suam.

11.15 pagi.
Selepas 2 jam yang sangat bosan dan seksa, akhirnya darah i kali kedua diambil. Kali ni nurse cakap awal-awal yang dia akan tadah darah i sebab susah nak dapat. Dia cakap cara ni biasa diguna untuk baby. Rasanya? Sakit oi. Kesiannya kalau baby kena ambil darah camni.

2.30 petang.
I ada appoinment di Columbia Asia Nusajaya. Kali ni,suami temankan. Banyak pula patient arini dan Dr Rajesh pun nampak busy jer. Nurse timbang, berat i turun kepada 74.5kg. Last 2 weeks, 76kg. Aik, senang betul berat turun?

4.00 petang.
Baru nama i dipanggil. I tanya doktor, Neurogain okey tak sebab i niat nak ambil neurogain lepas blackmores i habis. Tapi Dr Rajesh cakap, since i dah ambil blackmores dan i takde apa masalah, continue jelah dengan blackmores.

Lepas tu,scan baby. Alololo...mula-mula baby tutup muka dia dengan tangan.Then ntah apa doktor buat, baby baik hati pula alihkan tangan kecil dia dan tayang muka comel tu. So, kami nampaklah mata dia yang tertutup, bibir dia yang macam my lips,hidung dia pun macam i juga.Berat baby 760 gram,which is normal. Uri pun kat atas,panjang baby semua normal. Syukur sangat-sangat.  ^.^

I tanya juga kat doktor, jantina baby masih sama ke? Doktor cakap, yes masih sama. Nasiblah, sebab kami dah beli banyak barang.

Oh, we're so happy! Mama and papa love you baby..