Wednesday, 27 June 2012

Itu ke Susu Ibu?

Hai.

Malam tadi, masa i tengah mengadap laptop untuk main FB, i tersentuh baju kat bahagian dada.
Then, i rasa basah.
I dah pelik, apsal pulak basah tetiba ni?
Cepat-cepat i selak baju, lepas tu i tengok ada cecair sedang keluar dari nipple kanan i. 
Taklah banyak, dalam beberapa titik.

I dah panik sebab i sorang jer kat rumah.
Terus terfikir, eh..badan aku bocor ke? Apa dah jadi ni? Aku sakit ke? Apa nak buat ni?
I bergegas ambil kapas kat bilik sebab i nak check cecair tu betul ke warna jernih jer..ntah-ntah darah..
Bila dah ada kapas tu, i tekap kat nipple, memang cecair tu jernih. 
Kalau susu, bukan sepatutnya warna putih ke?
Kalau kolostrum, bukan sepatutnya warna putih kuning ke?
Lagipun i baru jer nak masuk 27 minggu, takkan susu dah keluar?

Apa pun, cecair tu definitely bukan darah atau nanah.
I tak rasa sakit.
Jadi, i rasa takdelah apa sangat nak dirisaukan.

Hmm..tak sabar nak check up next week. Nanti bolehlah i tanya kat doktor..