Sunday, 10 June 2012

Cara-Cara Memandikan Bayi

Hai.
I dapat ni dari ForumCari.
I copy paste kat sini untuk panduan i di masa depan.
Seriously, i dah start rasa cuak dan ragu-ragu nak mandikan baby ni.
Tapi sebagai ibu, i dah janji dengan diri sendiri, biarlah i jaga anak i sendiri sebelum i start kerja.

Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia. Selain menggunakan air suam, ibu bapa juga disaran supaya tidak memasang kipas dan membuka tingkap. Alasannya masih sama supaya bayi tidak berasa sejuk.

Waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi pula, sekitar pukul 10 pagi dan pukul 5 petang. Daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan. Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaik-baiknya bedung bayi menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.

Langkah pertama
Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu.

Langkah kedua
Bersihkan kepala bayi.Kepit telinga supaya tidak  telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.

Ketika proses ini juga, sikat rambut bayi supaya dapat menanggalkan lendir yang melekat.

* Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan.
 
Langkah ketiga
 Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.

Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung.

Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering.
 
Langkah keempat
 Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju.

* Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat.Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.

Selesai bayi dibersihkan, disapukan bedak dan losen serta dipakaikan baju, ibu diwajibkan menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar selepas proses mandian.